Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Resipi Nasi Laham Mandi Ceria (Cheer Lamb Mandy)

Ba han-bahan Laham Mandi ( 7 orang ). Bahan utama; Laham kambing 3 kg untuk 10 cawan beras basmati. Rempah laham mandi bukan apa pun, cuma kena ada: 1 inci halia, 1 sudu serbuk buah pelaga, 1 sudu serbuk cengkih, 1 sudu kecil serbuk buah pala, 1 helai daun salam (Bay Leave). kalau tak ada benda lain, cuma ada rempah di atas pun, dah boleh jadi nasi mandi. Ok kita teruskan dengan resipi. ***PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI*** 10 cawan beras basmati (atau 3kg) 3 kg daging kambing & lemak-lemak 3 liter air (anggaran) lebih tak apa. Biasanya nisbah beras dan air ialah 1:1.5 4 cm kulit kayu manis* 5 helai daun salam (bay leave)* 1 cm buah pelaga * 1 cm lada hitam* 1/2 cm cengkih* 1 1/2 sudu teh jintan putih* 1 sudu teh jintan manis* 1/4 sudu teh serbuk limau kering* 2 labu bawang besar - potong baji* Garam secukup rasa 1/2 cawan air mawar (kalau ada yg tak suka bau boleh kurang kan 1/4cwn) 1 sudu teh serbuk pewarna kuning telur (arab biasa guna za'afaran) Semangkuk kecil lemak dagi