Sunni Syiah Bersatu Menuju Al-Malhamah Al-Kubro Bhgn 1

Dulu Yahudi berpecah kerana politik hingga terjadi perpecahan 71 Mazhab berbeza. Kini seluruh mazhab bersatu di bawah Zionis menjadikan mereka kelihatan hebat. 

Demikian juga Nasrani telah bersatu dengan 72 mazhab mereka di bawah payung Veto Amerika.

Islam masih belum bersatu dari 73 mazhab yang ada. Secara khususnya, dari 73 mazhab, ada dua mazhab besar dalam Islam iaitu Syiah dan Sunni. Dua mazhab inilah jika bergabung, akan menggentarkan hati Yahudi dan Nasrani. Sering kali ulama' kedua² mazhab ini mencerca sesama sendiri dan kita pula taklid dari kalam ulama'.

Percaya atau tidak, semua mazhab berpecah kerana politik. Ia bermula dengan Khawarij. Para syuhada' besar sebagaimana sabda Rasulullah ketika baginda memberi peringatan kepada Bukit Uhud, di atas kamu ada Rasulullah, As-Siddiq (Abu Bakr) dan Al-Syahid. Siapakah syahid itu sedangkan tiada lagi yang mati? Mereka adalah Umar, Uthman, Ali, Az-Zubair dll yang syahid selepas kewafatan Rasulullah. Semuanya kerana politik. Belum lagi sebut Perang Unta. Pernah juga pertembungan antara Ali dan Az-Zubair, kemudian apabila mereka berhadapan ingin berperang, Ali teringat kata² Rasulullah, sesiapa bunuh anak Safiyyah (Az-Zubair), dia masuk neraka. Kemudian Ali dan AzZubair berdamai. Itu gambaran awal, beberapa siri perpecahan umat Islam sehinggalah kini kita menyaksikan ada 73 mazhab berbeza sebagaimana nabi pernah menyebutnya.

Satu hadis menarik, umat ini ramai tetapi seperti buih di lautan kerana ada penyakit cinta dunia dan takut mati. Nanti kita bahas pada bahagian dua. 

Sehingga hari ini, hanya dua mazhab besar yang sering berselisih faham, kerana faktor politik. Ia bukanlah perang mazhab tetapi perang politik. Yang membunuh dan terbunuh, kedua²nya masuk neraka. Ia bukan perang fi sabilillah apabila muslim berperang sesama muslim. Yang dianggap syahid, apabila perang itu melibatkan orang kafir sebagaimana di Palestin dan Chechnya. Apabila Qasim Sulaimani dibom, ramai ulama' menggelarkan Syahid Al-Quds (Sang Syuhada Baitul Maqdis) kerana syarat syahid di medan perang adalah apabila musuh yang membunuh itu adalah kafir.

Adapun perang di Iraq, Yemen, Suriah, Afghanistan dll adalah perang yang sia-sia, yang membunuh dan terbunuh itu, masuk neraka.

Jadi, persoalan mungkin timbul. Saya sokong siapa? Biar saya jawab secara am. Saya suka kalau kedua mazhab ini bergabung dan mengembalikan semula Palestin kepada yang berhak. Tapi mustahil, kerana terdapat ejen Amerika, sekutu Amerika, di kalangan mazhab sunni. Jadi sudah terang lagi bersuluh, saya menyokong mazhab Syiah. Adakah saya syiah? Imam Al-Syafie juga pernah dituduh syiah. Hussein bin Ali dituduh Khawarij. Mungkin juga saya bakal dituduh sebagai Syiah dan cuba bertaqiyyah.

Bermula Iran, Suriah, Lubnan, Gaza. Ini jalur laluan menakluki Palestin. Umum mengetahui, Arab Saudi dan Mesir serta beberapa negara Arab tali barut Amerika tidak berbuat apa pun bahkan ada menyekat bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Palestin. Ini realiti dan kita mazhab sunni pejam mata, buat-buat tidak tahu. Jadi, siapakah yang dikatakan Hamas dan Briged Al-Qassam? Ia adalah tentera yang dibiayai Iran. Menarik bukan? Di saat kita kata, Iran kafir, bahkan merekalah mendanai tentera² di Palestin.

Jalur laluan ini harus dibuka oleh Iran, rentas geografi perlu memasuki negara dan negeri sunni yang pro barat. Maka di situlah terbentuk peperangan. Amerika mendanai ISIS, Saudi dan lain² semata² menyekat Iran menggunakan laluan ini. Bukan mudah nak buka laluan dari Iran ke Suriah. Jadi, apabila Suriah mula memberikan kerjasama ini melalui Basyar Assad, ramai rakyat menentang. Di situlah pada 10 tahun lalu terjadi perang politik di Suriah. Sesiapa yang menentang kerajaan, pasti diperangi. Ia bermula pada 15 tahun lepas apabila Amerika, PBB dan Nato serta negara Arab tali barut Amerika memberi ancaman akan menggulingkan Basyar Assad jika membuka laluan kepada Iran. Ramai ulama' menasihati rakyat, berbaiah sahaja pada Basyar Assad termasuklah Al-Syeikh Ramadan Al-Buti sendiri. Tetapi sebahagian besar rakyat telah termakan hasutan, maka penentangan bermula. Dari situ, pada hari ini, kita lihat banyak bandar menjadi padang jarak padang terkukur di Suriah.

Di Iraq, laluan kecil harus dibuka dari Iran untuk sampai ke Suriah. Maka laluan ini juga menjadi padang jarak padang terkukur. Amerika meletakkan beberapa pengkalan di laluan ini serta mendanai beberapa tentera sekutu di kalangan rakyat Iraq sendiri. 

Kesan dari laluan ini dibuka, kekuatan Gaza amat digeruni Yahudi. Ada banyak laluan, tetapi laluan terdekat adalah melalui Baghdad. Cuma, di sana laluan itu terlalu banyak ancaman dari Amerika. Biasanya Iran memilih jalan jauh untuk ke Suriah iaitu Erbil dan Mosul. Ia sangat jauh dan membazir masa.

Tentera yang tidak pernah dikalahkan adalah bakal menjadi tentera Imam Mahdi. Mungkin ramai bersependapat bahawa mereka adalah tentera Taliban. Mungkin benar juga kerana mereka dari Timur iaitu Asia Tengah.

Ada berpendapatan, tentera Chechen malangnya syaratnya tak cukup kerana ia haruslah dari Timur di kalangan Bani Ishaq sedangkan Chechnya lebih kepada Asfar dan Rom. 

Bani Ishaq adalah ahlul bait? Ya, secara ringkasnya mereka di kalangan ahlul bait. Negara terbesar yang mempunyai darah ahlul bait hanyalah Iran, Yemen dan mungkin Mesir (perlu dikaji semula). Maka lebih tepat jika dikatakan, sejak revolusi Iran tahun 70an di mana Khomenei menggulingkan Raja Shah Iran sekaligus membentuk negara Islam dengan memansuhkan sistem sekular, mereka tidak dipernah dikalahkan oleh musuh Islam sehingga hari ini.

Terbaharu, pada dua tahun lepas, mereka sedang merekrut sekumpulan tentera Taliban menjadi komando sebagaimana mereka merekrut tentera Hamas menjadi Briged AlQassam. Sudah tentu yang merekrut itu pastinya hebat. Sebagai contoh, mana mungkin pesilat itu hebat jika bukan kerana gurunya juga hebat. Mana mungkin ulama' itu hebat jika bukan kerana gurunya juga hebat! Jadi, guru Briged Al-Qassam dan Taliban, adalah Iran. Demikian juga beberapa tentera lain di bawah panji Iran, semuanya dilatih dan didanai Iran.. bukan Amerika dan bukan Nato.

Seandainya semua negara Arab, nyah tentera Amerika dari bumi mereka, seterusnya memberi laluan kepada Iran untuk membuka Palestin melalui Jordan, Suriah dan Lubnan, maka akan terjadi satu fenomena unik yang dikatakan, pencetus kepada kemunculan Imam Mahdi. Ia pencetus kepada Perang Akhir Zaman kerana pembukaan Palestin bakal berlaku sekaligus menjadi pusat pemerintahan Islam di dunia. Inilah sebab, mengapa rancangan ini ditakuti Amerika laknatullah dan yang peliknya, kenapa negara Arab sendiri menjadi tali barut kepada laknatullah ini?

Bersambung...

Bahagian 2 di https://terataktok.blogspot.com/2021/02/sunni-syiah-bersatu-menuju-al-malhamah_24.html?m=1

Catat Ulasan

0 Ulasan