Ramainya umat ini sehingga jika kita semua bersepakat berdiri sahaja di tanah Palestin tanpa berbuat apa², sudah tentu lintang pukang Yahudi melarikan diri. Tetapi Allah mencabut rasa gerun Yahudi dan Nasrani kerana umat ini cinta dunia dan takut mati. Saf solat dijarakkan kerana takut mati sedangkan penyakit ini bukan darurat. Lebih teruk taun di zaman sahabat, tetapi tiada pun berlaku penjarakan saf. Ini adalah fenomena baru melanda umat Islam yang terkena penyakit Wahn.
Zaman sekarang kita menyaksikan gelaran doktor dianggap sangat tinggi ilmunya. Merekalah yang menjadi ulama suu yang menyebabkan kita jadi sebegini. Kesilapan ulama khair, mereka dahulunya menolak sistem pengajian dajjal ini. Akhirnya seperti nama bersabda secara ringkasnya, kamu melantik orang bodoh untuk menjadi ketua (agama) di kalangan kamu. Kita nampak mereka cerdik kerana phD bahkan pada hakikatnya mereka adalah bodoh (jahil) yang menjual agama Allah dengan harga murahan. Menuju akhir zaman.
Zaman sekarang, gelaran doktor adalah gelaran berilmu. Bermula dari sarjana muda (4 tahun), sarjana (2 tahun) dan falsafah (3 tahun), sudah digelar cendiakawan sedangkan kita tahu, ulama' muktabar zaman dulu mengaji kulit ke kulit, paling cepat pun, 20 tahun termasuk menjadi hafiz al-quran dan hadis. Sedangkan ulama' doktor sekarang, bukan bermula dari institusi pondok bahkan majoriti mereka bermula dari sekolah sekular yakni pengajian berdasarkan soalan ramalan peperiksaan. Maksud saya, anda tak perlu baca bab ini, bab ini tak keluar peperiksaan, bacalah bab ini sahaja. Saya juga pernah melibatkan diri sebagai guru, saya alaminya. Hanya berdasarkan pengalaman soalan peperiksaan lepas, saya memandu murid agar mengikuti nasihat saya, sekadar hafal bab ini dan lain tinggalkan. Menakjubkan kesemuanya dapat A. Inilah sistem pendidikan sekular yang melahirkan ulama' suu berpangkat doktor.
Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menolak sistem pendidikan sekular ini. Terpaksa juga beberapa ulama' khair melanjutkan pelajaran ke peringkat phD semata-mata ingin menentang puak² ini. Kepada ulama' yang telah terjun bidang phD kerana ingin berjuang kembali, kami doakan.. semoga Allah berkahimu dan jika kamu mati dalam menuntut ilmu, syahidlah kamu dengan penyaksian kami sendiri.
Jadi, apakah kaitan semua ini dengan tajuk tersebut? Kembali kepada penyatuan dua mazhab besar! Kita keliru dengan perkelahian dua ulama' mazhab ini. Jikalau Rasulullah masih hidup, tidaklah jadi begini. Saling takfir dan taksub politik. Kita pun sudah keliru, ulama' mazhab sendiri pun dah berpecah dua, jahat dan baik. Nak ikuti yang mana satu? Baiklah, selanjutnya..
Adakah kita bersedia dengan tahun 2023? Perjanjian Lausanne akan berakhir pada tahun itu, genap 100 tahun Khilafah tersungkur di bawah Mustafa Kamal Atartuk. Dalam perjanjian itu antaranya, semua jajahan Turki dilepaskan. Ini termasuklah Syria, Iraq, Jordan, Palestin, Armenia, Kuwait, hingga ke Mekah (bukan keseluruhan Arab Saudi sekarang). Maka apa yang bakal menjadi tanda tanya, adakah semua negara dan negeri yang satu ketika dahulu di bawah panji Turki, akan menjadi wilayah Turki semula?
Apakah Mesir, Maghribi, Makadonia, Yunani, Albania, Bosnia, Bulgaria dan lain-lain turut menjadi negara Turki?
Adakah ini dinamakan pembukaan kota Rom semula sebagaimana hadis nabi, tanpa pertumpahan darah?
Berita terkini Feb 2021, Turki hangat mengebom dari udara, Tentera Kurds, seolah² ingin memberi laluan pada Iran. Kalau tak dapat bantu Palestin, bantulah tentera yang ingin membantu Palestin. Tapi seperti tajuk bahagian 1, laluan itu jauh. Benar kata pepatah Melayu, biar lambat asalkan selamat.
Hakikatnya mungkin pembukaan kota Rom, belum lagi. 2023 satu tahun yang mudah diramal, tetapi masih belum ada apa-apa persiapan. Jalan dari Iran ke Palestin masih tertutup oleh tali barut Amerika. Tentera yang tidak pernah dikalahkan pula masih membina kekuatan dan merekrut komando baharu. Dan syarat Imam Mahdi dibaiah juga seolah-olah bukan esok melainkan ketika hari ini, pada hari ini TV3 menyiarkan berlaku dukhan iaitu asap tebal selama 40 hari yang memusnahkan semua teknologi, tanaman dan ternakan. Sebahagian ulama' mentakrifkan sebagai, satu hentaman meteor yang kuat hingga medan magnetik melumpuhkan semua teknologi yang ada, semua peluru musnah meletup sini sana. Semua alat elektronik tidak berfungsi. Tiada elektrik, tiada satelit. Maka, jika ini berlaku dalam tempoh 2 tahun akan datang, maka tahun 2023 lah tahun kota Rom dibuka. Tetapi, apabila sesuatu mudah diramal, bermakna ianya tidak tepat. Kemungkinan 2023 akan berlaku peperangan dahulu kerana apabila perjanjian itu tamat, tetapi negara bekas jajahan Turki kemungkinan besar enggan berbaiah. Mungkin Syria dan Lubnan, sebagai contoh, akan berbaiah. Tetapi bagaimana pula negara lain?
Palestin? Belum lagi.. pembukaannya adalah bersama Imam Mahdi. Itu khusus untuk Imam Mahdi dan juga Nabi Isa.
Agak mendebarkan jika dalam tempoh 2 tahun ini, akan berlaku Dukhan. Perbaiki iman kita kerana hanya yang beriman akan selamat dari Dukhan. Bertahanlah di rumah masing², mungkin tingkap pecah. Saya syorkan, ketika ia berlaku.. menetaplah di bawah katil atau bawah tilam. Ia sangat buruk sehingga menghitamkan wajah kerana kepanasannya.
Jika benar teori ini, maka dalam tempoh 2 tahun inilah Imam Mahdi akan dibaiah. Beliau adalah seorang yang tidak diketahui nama sebenarnya kerana Rasulullah cuma mengkhabarkan, dia dari keturunan aku, dari Fatimah. Di situ sahaja, wujud perselisihan, adakah dari Hasan atau Husain? Saya lebih memilih Husain walaupun hujjah memilih keturunan Hasan adalah kuat. Ini kerana, keturunan Husain sering melibatkan diri dalam peperangan, bahkan di Iran, keturunan inilah yang mengangkat senjata tahun lepas apabila Iran mengumumkan, akan menyerang Amerika di kawasan Iraq. "KAMI KUMPULAN AHLUL BAIT DARI KETURUNAN HUSAIN BIN ALI, MENGANGKAT SENJATA DAN AKAN MENYERTAI PEPERANGAN INI".
Akhirnya Amerika terus berundur dan Trump menarik balik kata-kata dan ingin berdamai.
Kedua, nama Imam Mahdi, namanya seolah² namaku, nama bapanya seolah² nama bapaku. Sebahagian ulama' bersetuju sama ada namanya adalah Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah. Tetapi tahukah apa maksud seolah²? Ia semacam, seperti, hampir dan sebagainya. Maksudnya Muhammad bin Abdullah adalah nama sebenar, jika nama sebenar, Rasullah tidak berkata seolah² tetapi terus sahaja berkata, nama Imam Mahdi adalah Muhammad bin Abdullah. Itu cara nabi kita bercakap jika kita biasa membaca hadis. Tetapi jika nabi memberi kias, bermakna ada benda lain. Sebagaimana kita ketahui, nabi sendiri mempunyai banyak nama antaranya Abu Qasim, Toha, Yaaseen, Al-Amin, Al-Sadiq, Ahmad, Al-Hasyir dan Al-Aqib. Ia agak rumit mengenali dengan banyak nama, bahkan nama seolah² Abdullah juga boleh jadi Abdul + 99 Nama Allah seperti Abdul Razak, Abdul Rahman, Abdul Rahim dll. Nah, sebab itulah walaupun ada teknologi data yang hebat, masih belum ditemukan siapakah Imam Mahdi. Nanti kita huraikan di bahagian ketiga.
Jalur laluan Iran ke Palestin harus dibuka dengan kerjasama dua mazhab besar serta dua mazhab kecil yang berpotensi iaitu satu mazhab dari bangsa Kurds dan satu mazhab wahhabi dari bangsa Saud. Perang politik seharusnya dihentikan dan berbaiah dengan pemimpin sedia ada untuk wujudkan kesatuan dan kesepakatan sebagaimana ketika Muawiyah Abi Sufian dibaiah oleh ramai ulama' termasuk Husain sendiri. Bahkan Saidina Ali juga bertindak sedemikian ketika hampir sahaja Muawiyah tidak mahu berbaiah kepada Ali kerana Ali tahu, Muawiyah memiliki tentera yang hebat berdasarkan satu hadis, hampir sahaja dua tentera besar yang mana salah satunya mempunyai kekuatan hebat akan berperang tetapi akhirnya berdamai. Jalan keluar isu kesatuan sunni dan syiah adalah, masing² berbaiah sahaja dengan ketua negara mereka. Taat dan jangan belot. Jangan menjadi tali barut. Hentikan ketaksuban politik selepas tamat pilihanraya. Pemimpin sudah diangkat, biarkan sahaja mereka menguruskan negara mereka.
Paling penting persoalan di sini, Tentera Amerika lebih 100,000 itu, buat apa di Tanah Arab, apa kerjanya? Makan angin?
Bersambung..
Bahagian 3 di https://terataktok.blogspot.com/2021/02/sunni-syiah-bersatu-menuju-al-malhamah_25.html?m=1
Bahagian 1 di https://terataktok.blogspot.com/2021/02/sunni-syiah-bersatu-menuju-al-malhamah.html?m=1
Comments
Post a Comment