Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2023

Berapa kelayakan saya beli rumah?

 Berapa kelayakan saya beli rumah? Kelayakan adalah subjektif. Selalu sahaja pihak bank akan bertanya soalan masyhur ini iaitu: 1. Kerja apa? (Kalau gomen, mesti lebih senang. Kalau swasta, tentera, polis, ada syarat lain) 2. Ada komitmen luar penyata gaji? (Hutang kedai atas pembelian seperti motor, kereta dll) 3. Berapa gaji bersih? (Biasanya nak tengok kemampuan tertinggi nilai rumah yang mampu milik) 4. Tunjuk penyata gaji 3-6 bulan? (Tujuan utama, nak pastikan elaun tetap atau tidak). Secara amnya, cara kiraan rumah yang mampu dimiliki ialah,  A. Selepas tolak pinjaman rumah, baki gaji bersih tinggal separuh. Jika gaji bersih RM3000, maka nilai bulanan rumah adalah RM1500 maksimum, dengan syarat: B. Jika ada komitmen luar penyata gaji, ia haruslah ditolak terlebih dahulu. Contohnya komitmen luar slip gaji adalah RM500 sebulan, maka gaji bersih hakiki ialah RM2500 sebulan. Maka nilai bulanan rumah adalah RM1250 maksimum. Jadi, bagi dua kes ini, berapakah harga rumah yang mampu saya

Beli rumah tanpa deposit, zero legal fee, zero SPA?

 Beli rumah tanpa deposit, zero legal fee, zero SPA? Secara umumnya, hanya rumah dalam pembinaan sahaja yang ada tawaran sebegitu. Jika rumah dah siap? Ada juga, ia skim di bawah pinjaman LPPSA atau bantuan dari kerajaan negeri masing². Secara tidak langsung, sesiapa yang membeli rumah subsale atau rumah terpakai (second hand) sudah pasti terikat dengan bayaran deposit yang pada kebiasaannya 10% dari harga rumah. Oleh itu, sesiapa bercadang membeli rumah, katalah nilainya RM250,000, tentukan sudah ada sekurang²nya RM25,000 untuk deposit. Ada juga pihak bank melalui syarikat hartanah, peguam atau koperasi, menawarkan pakej serendah 2% deposit. Dalam kes ini, 8% deposit akan diambil semula setelah pinjaman diluluskan. Maka jika benar, sediakanlah minimum RM5000 bagi rumah berharga RM250,000.  Biasanya, (bukan sesungguhnya) ejen penjual rumah akan sebut pasal pengeluaran akaun 2 KWSP. Saya percaya, semua dari kita sudah kekurangan wang di dalam akaun 2 KWSP. Oleh itu, opsyen ini kita lang