KANUN TATACARA JENAYAH AKTA 593

KANUN TATACARA JENAYAH AKTA 593

& KAEDAH-KAEDAH

Suatu Akta berhubung dengan peraturan dan tatacara berkaitan jenayah meliputi tangkapan, penyiasatan, prosedur mahkamah dan lain-lain peraturan yang berkuat kuasa berhubung kait dengan prosedur jenayah.



**BAB I

TAFSIRAN**

Seksyen 2: Tafsiran

Dalam Kanun ini—

Aduan
Pengataan secara lisan atau bertulis kepada majistret untuk diambil tindakan kerana telah melakukan kesalahan / didapati bersalah atas sesuatu kesalahan.

Daerah Polis
Mana-mana kawasan yang ditetapkan di bawah Akta Polis 1967.

Denda
Sebarang denda, penalti wang atau perlucuthakan atau pampasan yang diputuskan atas sabitan kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah.

Had Bidang Kuasa Tempatan
Bagi pentadbiran daerah tempat di mana letaknya bangunan mahkamah itu.

Inspektor Polis
Inspektor Polis tidak termasuk Sub Inspektor.

Kes Saman
Kes yang berhubung dengan kesalahan yang bukan kes waran.

Kes Waran
Kes berhubung dengan kesalahan yang boleh dihukum dengan kematian atau penjara lebih 6 bulan.

Kesalahan Boleh Tangkap
Kesalahan yang mana pegawai polis boleh tangkap tanpa waran mengikut ruangan ketiga Jadual Pertama.

Kesalahan
Perbuatan/ketinggalan yang boleh dihukum oleh sebarang undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Kesalahan yang boleh dijamin
Kesalahan mengikut Jadual Pertama atau mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa. Kesalahan tidak boleh dijamin ialah mana-mana kesalahan lain.



Kesalahan yang tidak boleh ditangkap
Kesalahan yang mana pegawai polis tidak boleh tangkap tanpa waran mengikut ruangan ketiga Jadual Pertama.

Ketua Polis Daerah
Pegawai polis yang ditentukan di bawah kuasa Ketua Polis Negara untuk bertindak baginya.

Mahkamah
Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen, atau mana-mana peringkat Mahkamah Majistret.

Pegawai Perubatan Kerajaan
Seorang pengamal perubatan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Kesihatan untuk menjalankan fungsi-fungsi di bawah seksyen 34C Akta Perubatan 1971.

Pendaftar
Ketua Pendaftar/Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftaran Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, atau Mahkamah Tinggi.

Pesalah Muda
Seseorang yang berumur 18 tahun ke atas dan di bawah 21 tahun yang disabitkan kesalahan yang boleh dihukum penjara atau denda.

Tempat
Termasuklah rumah, bangunan, khemah dan kapal.


**BAB II

MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH SECARA AM**

Seksyen 6: Mahkamah

Mahkamah untuk pentadbiran keadilan jenayah di dalam Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan atau Akta Mahkamah Kehakiman 1964 atau Akta Mahkamah Rendah 1948 atau mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa.


📌 Sambungan seterusnya


Seksyen 7: Mahkamah-mahkamah hendaklah terbuka

Tempat bersidang bagi tujuan penyiasatan/perbicaraan sebarang kesalahan adalah terbuka di mana orang awam boleh masuk.


Seksyen 9: Bidang kuasa jenayah Majistret

Majistret mempunyai kuasa untuk: (a) Mendengar, membicara, memutus, dan melupuskan pendakwaan kesalahan yang dilakukan;
(b) Dimansuh;
(c) Dimansuh;
(d) Membuat penyiasatan, menyaman serta memeriksa saksi, menangkap serta mengeluarkan waran tangkap, membicara mengikut undang-undang;
(e) Mengeluarkan waran geledah tempat-tempat terdapat apa-apa barang berkait sebarang kesalahan dan memberikan jaminan berkelakuan baik;
(f) Siasatan kematian;
(g) Majistret diberi kuasa untuk membuat semua perkara oleh mana-mana undang-undang bertulis.



**BAB III

PEMBERIAN BANTUAN DAN MAKLUMAT KEPADA MAJISTRET DAN POLIS DAN ORANG-ORANG YANG MENANGKAP**

Seksyen 11: Bila orang ramai mesti menolong Majistret, Jaksa Pendamai dan polis

Tiap-tiap orang mestilah menolong jika diminta: (a) Menangkap, mencegah daripada melepaskan diri mana-mana orang yang telah ditangkap;
(b) Mencegah daripada pecah keamanan atau mana-mana percubaan hendak mendatangkan kerosakan mana-mana kereta api, jalan trem, terusan, limbungan, pelabuhan kapal, telegraf atau harta awam;
(c) Memberhentikan rusuhan atau gaduh gempar.


Seksyen 12: Menolong orang-orang yang lain daripada pegawai polis yang menyempurnakan waran

Apabila waran tangkap dialamatkan kepada seseorang yang lain daripada pegawai polis, mana-mana orang lain boleh menolong menyempurnakan waran, jika orang yang dialamatkan itu ada berhampiran dan sedang bertindak menyempurnakan waran.


Seksyen 13: Orang ramai dikehendaki memberi maklumat di atas perkara-perkara yang tertentu

(1) Tiap-tiap orang yang mengetahui: (a) Mengenai perbuatan atau niat hendak melakukan mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen Kanun Keseksaan; atau
(b) Kematian mengejut atau luar biasa atau kematian disebabkan kekerasan atau kematian yang disyaki atau mayat tanpa diketahui sebab kematian,
hendaklah dengan seberapa segera memberikan maklumat mengenai peristiwa itu pada balai polis/pegawai polis/penghulu yang hampir.

(2) Jika sesuatu mayat dipercayai mati disebabkan perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang, tidak boleh meminda atau mengubah kedudukan kecuali setakat yang perlu.



Seksyen 14: Pegawai polis hendaklah melaporkan perkara-perkara tertentu

Tiap-tiap pegawai polis/penghulu hendaklah dengan segera melaporkan kepada majistret atau pegawai polis inspektor ke atas mengenai: (a) Kematian mengejut atau luar biasa atau kematian disyaki;
(b) Terjumpa mayat tanpa diketahui sebab-sebab kematian.


**BAB IV

TANGKAPAN, MELEPASKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA**

Seksyen 15: Tangkapan, bagaimana dibuat

(1) Menyentuh/menggenggam badan orang yang hendak ditangkap melainkan jika ia menyerahkan dirinya melalui percakapan atau tingkah lakunya.

(2) Jika melawan dengan kekerasan/cuba melarikan diri, boleh menggunakan langkah yang perlu.

(3) Tidak boleh mendatangkan kematian melainkan kesalahan boleh dijatuhkan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup.


📌 Sambungan seterusnya


Seksyen 16: Menggeledah tempat yang dimasuki oleh orang yang hendak ditangkap

(1) Mana-mana orang/pegawai polis/penghulu yang menjalankan waran tangkap dan mempercayai orang itu berada di dalam mana-mana tempat, penjaga tempat hendaklah memberikan kebebasan untuk menjalankan penggeledahan.

(2) Boleh memecahkan mana-mana pintu luar atau dalam atau apa-apa tempat yang dipunyai oleh orang yang hendak ditangkap atau orang lain jika tidak mendapat kebenaran walaupun selepas diberitahu kuasa dan tujuan.


Seksyen 17: Memeriksa orang yang berada dalam mana-mana tempat yang digeladah dengan waran

Semua orang yang berada di dalam tempat penggeledahan yang sah berkenaan sesuatu kesalahan boleh ditahan dan pemeriksaan badan boleh dilakukan di hadapan Majistret/Penghulu/Inspektor bagi mencari barang yang boleh disembunyikan.


Seksyen 18: Kuasa memecahkan mana-mana tempat untuk melepaskan diri

Pegawai polis/orang lain yang berkuasa menangkap boleh memecahkan mana-mana tempat bagi melepaskan diri jika terkepung.


Seksyen 19: Ditegah menahan secara berlebih-lebihan dan peraturan memeriksa perempuan

(1) Orang yang ditangkap tidak boleh dikasari melainkan sekadar yang perlu bagi mencegah pelarian.

(2) Perempuan diperiksa oleh perempuan dengan menitikberatkan kesopanan.



Seksyen 20: Memeriksa orang-orang yang ditangkap

Apabila seseorang ditangkap: (a) Oleh pegawai polis dengan waran yang tidak boleh dijamin atau boleh dijamin tetapi tiada penjamin;
(b) Tanpa waran oleh orang awam dan tidak boleh diikat jamin atau tiada penjamin;

pegawai polis yang menerima tangkapan boleh memeriksa dan menyimpan segala benda selain pakaian yang menutup auratnya di tempat selamat sehingga dibebaskan atau dilepaskan.


Seksyen 20A: Prosedur pemeriksaan orang

(1) Apa-apa pemeriksaan tubuh hendaklah mematuhi prosedur pemeriksaan tubuh seperti dinyatakan dalam Jadual Keempat Kanun ini.

(2) Terpakai kepada mana-mana pegawai agensi penguatkuasaan yang diberi kuasa menangkap atau memeriksa orang.

(3) Menteri Keselamatan Dalam Negeri boleh meminda Jadual Keempat melalui perintah yang disiarkan dalam warta.


Seksyen 21: Kuasa merampas senjata yang berbahaya

Pegawai atau mana-mana orang yang menjalankan tangkapan boleh merampas senjata berbahaya dan menyerahkannya kepada majistret.


Seksyen 22: Memeriksa orang kerana hendak mendapat tahu nama atau tempat tinggal

Sesiapa yang ditahan secara sah disebabkan mabuk/sakit/gangguan mental/terlalu muda dan tidak berupaya memberikan keterangan diri boleh diperiksa untuk menentukan nama dan alamat tempat tinggal.



Seksyen 23: Bila polis atau penghulu boleh tangkap tanpa waran

(1) Mana-mana polis/penghulu boleh tangkap tanpa waran: (a) Melakukan kesalahan boleh ditangkap di bawah mana-mana undang-undang berkuat kuasa;
(b) Memiliki alat pecah rumah tanpa alasan yang sah;
(c) Orang yang diisytihar mengikut Seksyen 44 KPJ (melarikan diri);
(d) Memiliki barang curi atau didapati dengan cara mencurigakan;
(e) Menghalang pegawai polis melaksanakan tugasnya;
(f) Lari dari Angkatan Bersenjata Malaysia;
(g) Orang yang menyembunyikan diri dalam keadaan yang boleh dipercayai bahawa ia akan melakukan kesalahan boleh ditangkap;
(h) Orang yang tidak mempunyai atau enggan memberi nama dan alamat yang memuaskan;
(i) Orang yang dikenali sebagai perompak, pemeras ugut, pemecah rumah, pencuri, penerima barang curi atau penjenayah berulang;
(j) Orang yang melakukan pecah keamanan di hadapannya;
(k) Orang di bawah Pemerhatian Polis yang melanggar syarat di bawah Seksyen 296 KPJ.


📌 Sambungan terakhir


Seksyen 33: Seksyen 16 dan Seksyen 18 boleh digunakan untuk tangkapan di bawah Seksyen 32

Kuasa mengejar dan menangkap seperti di bawah Seksyen 32 KPJ terpakai walaupun:

  • Tangkapan tanpa waran; atau
  • Tangkapan bukan dilakukan oleh pegawai polis yang berkuasa menangkap.

**BAB VIII

PERHIMPUNAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG**

Seksyen 83: Siapa yang boleh memerintah perhimpunan yang menyalahi undang-undang untuk bersurai

  • Majistret
  • Pegawai Polis yang diwartakan
  • Pegawai Polis tidak rendah dari Inspektor
  • Ketua Polis Balai (KPB)

Berkuasa menyuraikan perhimpunan 5 orang atau lebih yang mengganggu ketenteraman awam.


Seksyen 84: Menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan yang menyalahi undang-undang

  • Mana-mana pegawai polis/ahli tentera/orang awam boleh membantu
  • Boleh menggunakan langkah perlu/kekerasan yang difikirkan perlu
  • Untuk menyuraikan perhimpunan dan menangkap penentang
  • Tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan/mudarat/kematian akibat tindakan sah

**BAB XII

TINDAKAN PENCEGAHAN OLEH POLIS**

Seksyen 103: Polis harus mencegah kesalahan boleh tangkap

Tiap-tiap pegawai polis hendaklah dengan daya usahanya mencegah daripada berlakunya apa-apa kesalahan boleh tangkap.


Seksyen 104: Maklumat mengenai rancangan melakukan kesalahan boleh tangkap

Tiap-tiap pegawai polis:

  • Boleh mendapat maklumat rancangan hendak melakukan kesalahan boleh tangkap
  • Hendaklah memberitahu kepada ketuanya/pegawai berkuasa

Seksyen 105: Tangkapan bagi mencegah kesalahan boleh tangkap

Mana-mana pegawai polis:

  • Dapat tahu seseorang hendak melakukan kesalahan yang boleh ditangkap
  • Hendaklah menangkap orang yang merancang tanpa menunggu waran

Seksyen 106: Mencegah kerosakan kepada harta awam

Seseorang pegawai polis boleh:

  • Dengan kuasanya sendiri
  • Mencegah daripada berlakunya sebarang kerosakan
  • Terhadap mana-mana harta awam (boleh alih atau tidak)
  • Tanda-tanda laut/darat

**BAB XIII

MAKLUMAT KEPADA POLIS DAN KUASA MEREKA MENYIASAT**

Seksyen 107: Maklumat mengenai kesalahan

(1) Maklumat berlaku kesalahan secara lisan kepada Ketua Polis Balai (KPB) atau pegawai polis di bawah jagaan hendaklah ditulis dan dibacakan semula.

(2) Dicatatkan dalam buku laporan polis. Tarikh & masa sama ada secara lisan atau bertulis. Pemberi maklumat perlu menandatangani.


Seksyen 107A: Laporan mengenai status penyiasatan

(1) Pengadu boleh mendapatkan status penyiasatan daripada Ketua Polis Balai (tempat aduan).

(2) Ketua Polis Balai perlu beri maklumat status penyiasatan tidak lebih 2 minggu dari tarikh terima.

(3) Kecuali aduan mengenai kesalahan boleh tangkap/tempoh 4 minggu telah tamat/berkemungkinan menjejaskan penyiasatan.


Seksyen 108: Prosedur dalam kes tidak boleh ditangkap

(1) Pengadu berjumpa Majistret.
(2) Polis memerlukan perintah Pendakwa Raya untuk menjalankan siasatan.
(3) Mana-mana pegawai polis tidak rendah daripada Sarjan/KPB boleh siasat selepas arahan, namun tidak boleh menangkap.




Catat Ulasan

0 Ulasan