Skip to main content

Akta Polis & PTKPN-1-1

AKTA POLIS NO. 41 - 1967

Akta Polis ialah suatu akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang mengenai

pertubuhan, tatatertib, kuasa-kuasa dan tugas-tugas Pasuka Polis Diraja Malaysia dan

untuk menyediakan perkara-perkara yang bersangkut paut dengannya.

SEK 2 MAKNA PERKATAAN

            A) KETUA PEGAWAI POLIS

                 Pegawai polis yang diberi kuasa oleh Ketua Polis Negara untuk mengawal pasukan polis didalam sesebuah kawasan atau negeri.

            B) PEGAWAI PEMERINTAH

                 Pegawai polis yang diberi kuasa oleh Ketua Polis Negara untuk mengawal pasukan polis di sesuatu negeri, kawasan, tempat atau daerah polis.

            C) MATA-MATA / KONSTABEL

                 Seseorang pegawai polis yang berpangkat bawah dari Koperal termasuklah rekrut pelatih.

            D) PEGAWAI RENDAH POLIS

                 Mana-mana pegawai polis yang berpangkat dari Koperal hingga Sub Inspektor.

            E) MENTERI

                 Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan pasukan polis.

            F) PEGAWAI POLIS

                 Mana-mana juga anggota polis yang berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.

            G) PEGAWAI KANAN POLIS

                 Mana-mana pegawai polis yang berpangkat dari Inspektor percubaan hinggalah Ketua Polis Negara.

SEK 3 PERLEMBAGAAN PASUKAN POLIS

            a) Mengekalkan undang-undang dan ketenteraman.

            b) Menjaga keamanan dan keselamatan persekutuan.

            c) Mencegah dan mengesan jenayah.

            d) Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah.

            e) Mengumpul risikan keselamatan.

SEK 7 MENGGUNAKAN PASUKAN DIMASA DARURAT

            a) Dalam masa peperangan atau darurat, DYYM Agong boleh menggunakan pasukan atau mana-mana bahagian pasukan polis untuk berkhidmat bersama-sama angkatan bersenjata persekutuan atau mana-mana pasukan tempatan yang ditubuhkan.

            b) Dengan syarat pasukan yang digunakan itu akan terus dibawah Ketua Polis Negara.

SEK 8 LANTIKAN PEGAWAI POLIS TAMBAHAN

            a) Pesuruhjaya Polis atau Ketua Polis Negeri dengan persetujuan Ketua Polis Negara boleh melantik mana-mana orang untuk berkhidmat sebagai pegawai polis tambahan  boleh dilantik sehingga pangkat Sarjan Mejar.

         b) Pegawai polis tambahan akan berkhidmat dari bulan ke bulan iaitu mulai satu haribulan dan tamat pada akhir bulan itu (mulai 01/01/1989 tetap dan berpencen).

         c) Boleh diberhentikan atau memohon berhenti dengan sebulan notis secara bertulis kepada Pesuruhjaya Polis atau Ketua Polis Negeri.

         d) Syarat-syarat perkhidmatan polis tambahan:

              i) Akan berkuasa dan menikmati keistimewaan serta  kuasa-kuasa dan disiplin sebagaimana anggota polis biasa yang setaraf dengannya.

              ii) Hendaklah mematuhi ketuanya perintah di segi perlaksanaan tugas-tugasnya .

SEK 9 LANTIKAN KONSTABEL PENJAGA / MATA-MATA PENGAWAL

         a) Pesuruhjaya Polis atau Ketua Polis Negeri dengan persetujuan

              Ketua Polis Negara boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi

              mata-mata pengawal.

         b) Dengan syarat permohonan itu dibuat kerana menjalankan

              tugas-tugas khas.

         c) Pembiayaan ditanggung oleh pemohon bagi mengadakan tempat

              kediaman dan membayar uniform kepada mata-mata pengawal itu.

SEK 13 SUMPAH PEGAWAI POLIS DIWAKTU LANTIKAN

         a) Tiap-tiap pegawai polis dan pegawai polis tambahan sebelum

              menjalankan tugas hendaklah mengangkat sumpah.

         b) Sumpah akan dilafazkan dihadapan pegawai polis yang tidak

              kurang pangkat penguasa polis.

SEK 14 SIJIL LANTIKAN

         a) Setiap pegawai polis termasuk pegawai polis tambahan akan

              diberi kad kuasa yang menerangkan perlantikannya.

         b) Sijil lantikan akan ditandatangani oleh pegawai pemerintah atau

              pegawai kanan polis yang diberi kuasa olehnya.

SEK 15 MELETAK JAWATAN SEMASA PERANG ATAU DARURAT

         a) Pegawai polis tidak boleh meletak jawatan atau bersara dari

              pasukan dalam masa perang ataui darurat masih diisytiharkan.

         b) Melainkan seseorang itu mendapat sokongan dan kebenaran

              bertulis dari Ketua Polis Negara.

SEK 16 MELETAK JAWATAN SEMASA MENUNGGU TINDAKAN

         TATATERTIB

         a) Setiap pegawai polis yang menunggu tindakan tatatertib atau

              sebarang pendakwaan mahkamah tidak boleh meletak jawatan.

         b) Melainkan seseorang itu mendapat sokongan dan kebenaran  bertulis dari Ketua Polis Negara.

SEK 17 SENJATA, KELENGKAPAN DAN SEBAGAINYA HENDAKLAH DISERAHKAN APABILA BERHENTI DARIPADA PASUKAN

a) Seseorang pegawai polis yang berhenti dari pasukan hendaklah

              menyerahkan segala kelengkapan yang telah diberikan sebagai hak

              kerajaan termasuklah sijil perlantikannya, uniform dan sebagainya.

         b) Dalam sesuatu perkara khas, Ketua Polis Negara boleh memberi

              kuasa untuk menyimpan barang-barang yang tertentu selain daripada

              senjatapi dan peluru.

         c) Jika tidak mengikut arahan ini, boleh didenda tidak lebih RM

              100.00 atau dipenjara tidak lebih 3 bulan dan sebagai hukuman

              tambahan mahkamah boleh memerintahkan membayar dan

              menentukan nilai barang itu..

SEK 19 PEGAWAI POLIS DIKIRAKAN BERTUGAS

         a) Setiap pegawai polis dan pegawai polis tambahan dianggap

              sentiasa dalam bertugas apabila dikehendaki berbuat demikian.

         b) Hendaklah menjalankan tugas dan kuasa-kuasa yang diberi

              kepadanya dibawah akta ini atau undang-undang lain dimana-mana

              tempat dalam persekutuan.

SEK 20 TUGAS-TUGAS AM POLIS

         a) Menangkap semua orang yang ia berkuasa menangkap mengikut

              undang-undang.

         b) Menjalankan risikan keselamatan.

         c) Menolong menjalankan kehendak undang-undang mengenai cukai, kesihatan, imigresen dan pendaftaran.

         d) Menolong mengekalkan ketenteraman di perlabuhan, pengkalan  dan lapangan terbang.

         e) Menjalankan pendakwaan.

         f) Menjalankan saman, waran dan sapina yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

         g) Menghebahkan maklumat.

         h) Menangkap binatang yang merayau-rayau dan dimasukkan ke dalam pound awam.

         i) Menjaga harta yang tidak dituntut atau tercicir dan mencari tuannya.

         j) Menolong menyelamatkan nyawa dan harta benda orang ramai.

         k) Menjaga harta orang ramai daripada hilang atau rosak.

         l) Menghadiri mahkamah dan menjaga ketenteraman didalamnya.

         m) Mengiring dan eskot orag salah yang didalam jagaan Polis.

SEK 21 TUGAS POLIS DIJALANRAYA

         Adalah menjadi tugas polis dijalanraya untuk:

         a) Mengatur, mengawal dan mengubah perjalanan lalulintas.

         b) Menjaga ketenteraman dijalanraya, lebuh, lorong dan tempat-

              tempat yang menjadi kunjungan orang ramai.

         c) Mencegah halangan-halangan semasa perhimpunan dan

              perarakan dijalanraya yang mana jalanraya tersebut akan menjadi

              penuh sesak.

SEK 22 HARTA YANG TIDAK DITUNTUT

         a) Harta yang dijumpai atau penjaga harta itu tiada, hendaklah

              diserahkan kepada Ketua Polis Balai dan akan ditampalkan kenyataan

              dengan menyatakan jenis barang itu untuk dituntut dalam tempoh 2

              bulan.

         b) Jika jenis lakas rosak, hendaklah dijual dan hasil jualan

              serahkan kepada Ketua Polis Daerah untuk dipulangkan kepada yang

              menuntut setelah ditolak apa-apa perbelanjaan yang patut.

         c) Harta yang tidak dituntut dalam tempoh 2 bulan, boleh dijual

              atau dimusnahkan dengan perintah oleh Ketua Polis Negeri.

         d) Hasil jualan hendaklah dibahagikan seperti berikut:

              i) Sebahagian hasil jualan boleh diberi kepada orang

                     yang menjumpai.

              ii) Jika bakinya kurang daripada RM 50.00 akan di

                     masukan ke dalam tabung.

              iii) kumpulan wang Polis.

              iv) Dan jika ada bakinya (lebih RM 50.00) akan

                     dimasukkan ke dalam Hasil Am Persekutuan.

SEK 24 KUASA PEGAWAI POLIS MEMERIKSA LESEN, KERETA DAN SEBAGAINYA

         a) Seseorang pegawai polis boleh menahan dan memberhentikan mana-

            mana orang yang:

         - Dilihat melakukan suatu perbuatan atau ada dalam miliknya sesuatu

              barang; atau

         - Mempunyai alasan untuk mengsyaki telah melakukan kesalahan yang

              mana lesen, permit atau surat kuasa dikehendaki oleh mana-mana

              undang-undang bertujuan untuk dikemukakan apabila diperiksa.

         b) Jika orang itu tidak mempunyai lesen, permit atau surat kuasa, boleh

            ditangkap tanpa waran melainkan ia memberi nama dan alamatnya

            untuk menjawab saman atau apa-apa tindakan lain terhadapnya.

         c) Jika seseorang itu enggan memberhentikan kenderaan setelah

            diisyaratkan berhenti atau menghalang pegawai polis menjalankan

            tugas, boleh ditangkap tanpa waran melainkan ia memberi nama dan

            alamatnya untuk menjawab saman atau apa-apa tindakan lain

            terhadapnya.

         d) Apabila sesebuah kenderaan di bawa ke balai polis kerana disyaki

            telah melakukan sesuatu kesalahan.

         - Ketua Polis Daerah boleh memeriksa dan menahan kenderaan itu

              sehingga siasatan selesai tidak lebih 48 jam.

         - Jika terdapat sesuatu kesalahan berlaku, boleh ditahan sehingga hari

              perbicaraan; atau

         - Jika Ketua Polis Daerah berpuashati boleh melepaskan kenderaan itu

              kepada tuannya dengan mengikat jamin atau membayar cagaran

              sehingga perbicaraan.

SEK 25 KUASA MENAHAN DAN MEMERIKSA KAPAL TERBANG

         a) Seseorang pegawai kanan polis, tanpa waran boleh memeriksa

              kapal terbang yang sedang berjalan diatas landasan atau udara dan

              mmerintahkannya berhenti mendarat di tempat yang diarahkan.

         b) Dengan syarat:

- Ada alasan untuk mempercayai kapal terbang itu telah digunakan

                   dalam melakukan kesalahan yang boleh ditangkap; atau

                 - Untuk menangkap seseorang yang telah melakukan kesalahan yang

                   berada didalam kapal terbang itu.

             c) Sebelum kapal terbang itu diperintah berhenti atau mendarat, terlebih

                dahulu hendaklah memberitahu pegawai pengawal trafik udara dan

                tindakan selanjutnya dibawah arahannya.

   SEK 26 KUASA MELETAKKAN SEKATAN JALANRAYA

             a) Mana-mana pegawai polis berkuasa mengadakan / membuat sekatan

                jalanraya atau lorong jika difikirkan patut dan mustahak untuk:

             - Menjaga dan mengekalkan undang-undang serta ketenteraman; atau

             - Mencegah dan mengesan jenayah.

             b) Mana-mana orang atau kenderaan yang tiada isyarat untuk berhenti

                boleh didenda tidak lebih RM 1,000.00 atau penjara tidak lebih 1

                tahun.

             c) Boleh juga ditangkap tanpa waran melainkan ia memberi nama dan

                alamatnya untuk menjawab saman atau apa-apa tindakan lain

                terhadapnya.

             d) Pegawai polis tidak boleh didakwa terhadap apa-apa kehilangan,

                kecederaan atau kerosakan kepada mana-mana orang didalam perkara

                ini.

   SEK 27 KUASA MENGATUR PERHIMPUNAN, MESYUARAT DAN PERARAKAN

             a) Ketua Polis Daerah atau pegawai polis yang diberi kuasa bertulis

                olehnya boleh mengarahkan diadakan perhimpunan, perarakan atau

                mesyuarat dalam daerah itu sebagaimana patut dari segi:

             - Kegunaan jalanraya.

             - Tempat-tempat bebas.

             - Bilangan orang atau kenderaan.

             - Masa yang tertentu.

             b) KPD boleh menolak atau membatalkan lessen dengan alasan tertentu

                yang bertentangan dengan kehendak lesen berkenaan.

             c) Mana-mana pegawai polis boleh memberhentikan atau mengarahkan

                bersurai sesuatu perhimpunan, perarakan atau mesyuarat sekiranya:

             - tidak mempunyai lesen; atau

             - lesen telah dibatalkan, atau

             - melanggar syarat-syarat lesen.

             d) Seseorang pegawai polis yang boleh tangkap tanpa waran mana-

                   mana orang yang melakukan kesalahan dibawah seksyen ini.

             e) Seseorang yang tidak berpuashati kerana keengganan KPD

                   untuk mengeluarkan lesen, boleh buat rayuan kepada pesuruhjaya

                   atau KP negeri dalam masa 48 jam – keputusan KP negeri adalah

                   muktamad.

SEK 27 (A) KUASA MEMBERHENTIKAN AKTIVITI YANG DIBUAT SELAIN  DITEMPAT AWAM

             a) Jika sebarang aktiviti dibuat selain di tempat awam (dalam

                   bangunan / premis).

             b) Dapat menarik perhatian orang luar bangunan / premis dan

                   menyebabkan kehadiran 20 orang atau lebih; atau

c) Aktiviti akan menyebabkan mudarat kepada keselamatan

                  persekutuan atau kekacauan keamanan.

             d) Mana-mana pegawai polis boleh mengarahkan aktiviti itu

                  diberhentikan atau bersurai.

             e) Jika 3 orang atau lebih enggan mematuhi perintah – aktiviti itu

                  akan dianggap sebagai aktiviti haram.

             f) Mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran

                  mana-mana orang yang disyaki melakukan kesalahan dibawah seksyen

                  ini.

SEK 27 (B) MENGGUNAKAN KEKERASAN UNTUK MENYURAIKAN ATAU MENANGKAP ORANG-ORANG DIBAWAH SEK 27 ATAU SEK 27

             (A)

             a) Mana-mana pegawai polis atau orang lain yang membantu polis

                  boleh menggunakan segala langkahan yang perlu untuk menyuraikan

                  atau menangkap mereka.

             b) Jika menentang boleh gunakan kekerasan yang munasabah

                  sahaja.

   SEK 28 KUASA MENGATUR PERMAINAN MUZIK DI TEMPAT BEBAS

             KPD atau pegawai kanan polis yang diberi kuasa bertulis didalam daerah

             itu boleh mengikut keadaan yang difikirkan patut, mengatur permainan

             alat-alat muzik di tempat bebas didalam daerahnya.

   SEK 31 KUASA MEMBUAT PERINTAH BERKURUNG

             a) Seseorang Pesuruhjaya Polis atau KP negeri jika difikirkan

                  mustahak demi kepentingan keselamatan persekutuan atau

                  ketenteraman awam.

             b) Boleh menghendaki orang ramai berada dalam rumah pada masa

                  dan kawasan yang ditetapkan tidak lebih 24 jam.

             c) Menteri boleh melanjutkan perintah berkurung tidak lebih dari

                  14 hari.

             d) Orang yang dikecualikan:-

             - DYMM agong.

             - Pasukan tentera / Polis yang bertugas.

             - Mana-mana orang yang dikecualikan dalam perintah

                  berkurung.

             e) Seseorang boleh memohon permit pengecualian daripada:

             - Pesuruhjaya Polis atau KP Negeri.

             - Pegawai polis tidak kurang pangkat Sub Inspektor.

             - Pegawai awam yang diberi kuasa bertulis oleh pesuruhjaya polis atau

                  KP negeri.

   SEK 35 ANGGOTA SUKARELA SIMPANAN

             a) Mana-mana orang yang bukan anggota pasukan bersenjata atau

                  pasukan lain yang ditubuhkan mengikut undang-undang yang sah.

             b) Berumur tidak kurang 18 tahun (tidak lebih 54 tahun) dan

                  mempunyai kelayakan / kelulusan yang ditetapkan boleh diterima

                  sebagai anggota sukarelawan simpanan.

SEK 36 PERLANTIKAN ANGGOTA SUKARELAWAN POLIS

         a) Berpangkat ASP ke atas dilantik, dinaikkan pangkat atau buang

              kerja oleh KPN dengan persetujuan menteri bagi pihak DYYM

              Agong.

         b) Berpangkat Inspektor hingga Cif Inspektor dilantik, dinaikkan

              pangkat atau buang kerja oleh KPN.

         c) Pegawai Rendah Sukarelawan simpanan dan konstabel dilantik,

              dinaikkan pangkat atau buang kerja oleh pegawai pemerintah.

         d) Segala lantikan, kenaikan pangkat, perletakkan jawatan atau

              buang kerja yang berpangkat ASP ke atas hendaklah disiarkan dalam

              warta kerajaan.

SEK 38 ANGGOTA SUKARELAWAN SIMPANAN DIMINTA  MELETAKKAN JAWATAN

         Seseorang anggota sukarelawan simpanan boleh diberhentikan jika

         didapati tidak menjalankan tugas dengan memuaskan dimana ia

         dikehendaki membuatnya dari masa ke semasa.

SEK 39 SUMPAH OLEH PEGAWAI POLIS SUKARELAWAN SIMPANAN

         a) Sebelum menjalankan tugas, setiap pegawai polis sukarelawan

              simpanan dikehendaki mengangkat sumpah.

         b) Sumpah dilafazkan dihadapan pegawai polis yang tidak kurang

              pangkat ASP.

SEK 41 MELETAK JAWATAN

         a) Setiap pegawai polis sukarelawan simpanan dibenarkan melatak

              jawatan dengan memberi sebulan notis secara bertulis kepada

              pegawai pemerintah.

         b) Dengan syarat apabila dikehendaki berkhidmat, tidak boleh

              meletak jawatan melainkan mendapat kebenaran pegawai pemerintah.

SEK 45 KUASA PEGAWAI POLIS SUKARELAWAN SIMPANAN

         a) Pegawai polis sukarelawan simpanan yang sedang menjalankan

              tugas polis mempunyai kuasa-kuasa dan tugas yang sama dengan

              anggota polis biasa.

         b) Berhak mendapat perlindungan dan dikenakan disiplin /

              tatatertib mengikut taraf pangkatnya mengikut pegawai polis biasa.

SEK 47 PERLANTIKAN POLIS BANTUAN

         a) KPN dengan persetujuan menteri boleh melantik atau  menaikkan pangkat pegawai polis bantuan dengan berpangkat kehormat dari Inspektor ke Penguasa.

         b) Pegawai pemerintah atau mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa bertulis olehnya boleh melantik pegawai polis bantuan dengan  pangkat kehormat dari konstabel hingga sub Inspektor.


SEK 48 SUMPAH OLEH PEGAWAI POLIS BANTUAN

         Setiap pegawai polis bantuan sebelum menjalankan tugas hendaklah

         mengangkat sumpah jawatan di hadapan pegawai kanan polis yang tidak

         kurang pangkat ASP.

SEK 52 TANGGUNGAN UNTUK BERKHIDMAT DALAM SIMPANAN

         a) Setiap pegawai polis warganegara malaysia yang telah bersara

              adalah disenaraikan dalam simpanan pasukan PDRM.

b) Melainkan persaraan itu disebabkan oleh kesihatan atau

              kecacatan tubuh badan atau bersara umur lebih 65 tahun.

SEK 55 PANGGILAN BERKHIDMAT

         a) Anggota polis simpanan boleh dipanggil untuk berkhidmat

              dengan perintah DYMM Agong apabila berlakunya pengisytiharan

              darurat.

         b) Dikehendaki melapurkan diri pada masa dan tempat seperti

              yang diarahkan oleh KPN (ruj. Sek 56).

SEK 68 PENUBUHAN KADET KOR

         a) Menteri boleh dengan perintah menubuhkan Kadet Kor di sekolah-

            sekolah dengan mendapat kelulusan DYMM Agong.

         b) Pasukan kadet kor hendaklah bergabung dengan pasukan polis tetapi

            bukanlah sebagai anggota polis biasa.

SEK 69 ANGGOTA KADET KOR

         a) Perlantikan anggota kadet kor bukanlah dari anggota pasukan

            bersenjata persekutuan atau lain-lain pasukan yang ditubuhkan di

            bawah mana-mana undang-undang.

         b) Seseorang yang berumur lebih 21 tahun dan tidak lebih 55 tahun

            boleh dilantik sebagai pegawai kanan kadet kor.

         c) Pasukan kadet kor juga boleh ditubuhkan di sekolah-sekolah

            sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

SEK 70 LANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PEMBUANGAN

         ANGGOTA KADET KOR

         a) Pegawai kanan kadet kor yang berpangkat ASP ke atas yang

            ditetapkan oleh menteri boleh dilantik, naik pangkat atau buang kerja

            oleh KPN.

         b) Berpangkat Cif Inspektor termasuk Inspektor dilantik, naik pangkat

            atau buang kerja oleh KPN.

         c) Pegawai rendah kadet kor dilantik, naik pangkat atau buang kerja

            oleh Pegawai Pemerintah.

SEK 73 PEMBUBARAN

         Menteri dengan persetujuan DYMM Agong boleh memerintahkan sesebuah pertubuhan

         kadet kor dibubarkan jika difikirkan mustahak.

SEK 74 PEGAWAI POLIS TERTAKLUK KEPADA PERATURAN

         TATATERTIB

         Semua pegawai polis adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan

         tatatertib yang dibuat oleh DYMM Agong dari masa ke semasa dibawah

         ceraian 132 (2) perlembagaan persekutuan atau SEK 96 akta ini.

SEK 75 DENDA DI KAMAR TATATERTIB

         a) Denda-denda yang dikenakan di kamar tatatertib boleh diperolehi

            daripada memotong atau menahan gaji tetapi tidak termasuk elaun-

            elaun dan elaun kemahiran.

         b) Jumlah potongan tidak boleh melebihi 1/7 gaji bulanan seseorang

            anggota itu.

         c) Jika lebih dari satu hukuman denda dikenakan, mestilah tinggalkan

            آ¾ daripada gajinya tidak termasuk elaun-elaun lain.

SEK 76 PEGAWAI POLIS TIDAK BOLEH MENERIMA GAJI SEMASA

         MENINGGALKAN PEKERJAAN ATAU DALAM PENJARA

         a) Pegawai polis yang meninggalkan pekerjaan atau berada dalam

            penjara tidak boleh menerima gaji, elaun atau elaun kemahiran

            kecuali elaun sewa rumah.

         b) Melainkan dengan pertimbangan pihak berkuasa tatatertib boleh

            membenarkan gajinya dibayar tidak lebih آ½ daripada gaji

            bulanannya termasuk elaun sewa rumah.

SEK 78 TAHAN KERJA

         a) Apabila difikirkan mustahak demi kepentingan orang ramai,

            seseorang pegawai polis itu boleh diberhentikan daripada

            menjalankan kuasa-kuasa dan tugas-tugas jawatannya dengan serta

            merta.

         b) Pihak berkuasa tatatertib boleh menahan kerja / tugas pegawai itu

            sementara menunggu penyiasatan kelakuannya dibawah akta ini.

         c) Pegawai polis yang ditahan kerja masih dianggap seolah-olah tidak

            ditahan kerja dan akan tertakluk kepada kuasa-kuasa dan disiplin

            pasukan.

         d) Seseorang yang ditahan kerja sementara menunggu perbicaraan

            mahkamah atau kamar tatatertib akan dibayar آ½ gajinya dan elaun-

            elaun lain.

         e) Elaun sewa rumah akan dibayar sepenuhnya tetapi elaun kepandaian

            (trade pay) tidak boleh dibayar semasa ditahan kerja.

         f) Pihak berkuasa tatatertib boleh mengizinkan pembayaran gaji dan

            elaun lebih dari yang diterima seperti di atas kepada pegawai itu

            apabila difikirkan patut.

SEK 79 LEMBAGA PENYIASAT DIATAS KEMATIAN ATAU

         KECEDERAAN PEGAWAI POLIS ATAU KEHILANGAN DAN

         KEROSAKAN HARTA

         a) Seseorang pegawai pemerintah boleh mengarahkan diadakan satu

            lembaga penyiasat berkenaan dengan:

         - kematian atau kecederaan mana-mana anggota polis.

         - kehilangan atau kerosakan harta benda kerajaan yag diamanahkan

                 kepada pasukan polis.

         b) Lembaga penyiasat akan mengandungi:

             - Yang Dipertua - Seorang pegawai polis tidak kurang

                                            pangkat ASP.


             - Ahli-ahli - Seorang pegawai atau lebih

                                            sebagaimana yang diarahkan oleh

                                            pegawai pemerintah.

         c) Lembaga penyiasat yang bersidang berkenaan kematian atau

            kecederaan seseorang pegawai polis akan bertanggungjawab membuat

            perakuan dan cadangan berikut:

                 - menentukan samada simati / cedera berada dalam tugas atau tidak

                     semasa kejadian.

                 - samada kematian / kecederaan itu disebabkan tugasnya atau tidak.

                 - samada disebabkan kelalaian / kesilapannya atau tidak.

- samada pencen / ganjaran atau elaun patut dibayar atau

                 tidak mengikut peruntukkan dibawah akta ini atau lain-lain

                 undang-undang.

             - samada sebarang tindakan perlu diambil atau tidak untuk

                 mencegah kematian / kecederaan seumpama itu terhadap pegawai

                 polis lain dimasa akan datang.

         d) Lembaga penyiasat yang bersidang berkenaan kehilangan atau

            kerosakan harta pula akan menentukan:

             - Anggaran harta yang hilang / rosak.

             - Tanggungjawab seseorang kerana kehilangan / kerosakan harta itu.

             - Tindakan yang perlu untuk mencegah kehilangan atau kerosakan

                 lain pada masa akan datang.

             - Caranya untuk mendapat balik harga kehilangan / kerosakan harta

                 itu atau menggantikan yang baru kepada tuannya.

SEK 81 KUMPULAN WANG POLIS

         Punca-punca kewangan kumpulan wang polis.

         a) Denda-denda yang dikenakan ke atas pegawai polis yang melakukan

            kesalahan tatatertib.

         b) Setengan daripada wang bayaran kerana tugas-tugas khas yang

            dijalankan oleh pegawai polis.

         c) Semua wang atau harta yang diberikan kepada pihak polis dan

            dirampas atas perintah mahkamah (harta yang dilelong – SEK 412 –

            SEK 413 KAJ).

         d) Wang dimasukkan hasil lelongan harta yang tidak dituntut mengikut

            SEK 22 Akta ini.

         e) Wang derma atau hadiah kepada kumpulan wang polis atau kepada

            seseorang individu yang diterima oleh KPN.

         f) Pendapatan daripada jualan harta yang dibeli atau keuntungan

            pelaburan kumpulan wang polis.

SEK 82 KUMPULAN WANG POLIS DAN MAKSUD-MAKSUDNYA

         a) Kumpulan wang polis dikawal oleh KPN.

         b) Diadakan bertujuan untuk:

         - Memberi hadiah kepada pegawai polis kerana perkhidmatan luar biasa

             atau khas yang telah dijalankan.

         - Mendapatkan pegawai-pegawai polis yang masih berkhidmat atau

             bersara ganjaran atau elaun yang tidak dibayar oleh hasil orang ramai

             (org awam).

         - Memberikan pinjaman kepada pegawai-pegawai kanan yang masih berkhidmat atau

             bersara dengan bersyarat atau memberi ganjaran kepada tanggungan pegawai polis

             yang telah meninggal dunia.

SEK 85 MEMBAWA SENJATA

         Setiap anggota polis dibenarkan membawa senjatapi diwaktu

         menjalankan tugas-tugasnya.

SEK 86 LARI DARIPADA PEKERJAAN

         a) Seseorang pegawai polis tanpa sebab yang munasabah tidak hadir

            bertugas selama 21 hari berturut-turut.

         b) Dan menunjukkan tiada niat hendak kembali bertugas dianggap telah

            lari dari tugas.

c) Jika disabitkan salah, boleh dihukum penjara tidak lebih 1 tahun.

         d) Apabila seseorang itu telah disabitkan salah, pihak berkuasa

            tatatertib boleh mengarahkan supaya semua tunggakan gaji

            kebelakangan yang dibayar dirampas.

SEK 87 PENDERHAKA (DAHAGI)

         a) Seseorang pegawai polis yang menyebabkan, menghasut atau

            bercampur dengan sebarang penderhakaan atau membangkitkan

            kebencian didalam pasukan; atau

         b) Bersubat dengan mana-mana orang lain untuk melakukan

            penderhakaan; atau

         c) Tidak menggunakan daya usaha supaya meleraikan sebarang

            penderhakaan yang ada dalam pengetahuannya dan tidak memberitahu

            kepada pegawai yang kanan.

         d) Jika disabit salah boleh dipenjara tidak lebih 5 tahun.

SEK 89 MEMILIKI, MEMBUAT, MENJUAL ATAU MEMBEKAL BARANG-

         BARANG & MENGGUNA UNIFORM POLIS TANPA KEBENARAN

         Mana-mana pegawai polis tanpa waran boleh menangkap seseorang yang

         bukan pegawai polis apabila:

         a) Memiliki sesuatu barang yang dibekalkan kepada pegawai polis untuk

            menjalankan tugas.

         b) Tanpa kebenaran yang sah mengilang, menjual atau membekalkan

            apa-apa lencana atau tanda untuk menunjukkan yang ia adalah

            anggota pasukan.

         c) Tanpa kebenaran pegawai pemerintah menggunakan atau

            menunjukkan pakaian seragam polis atau lencana (selain di

            pertunjukkan pentas).

SEK 90 BERKELAKUAN TIDAK SENONOH DI BALAI POLIS

         Mana-mana orang yang berkelakuan tidak senonoh atau keji, lucah dan

         membuat kacau di mana-mana balai polis akan menjadi satu kesalahan

         dibawah akta ini.

SEK 91 KESALAHAN YANG BOLEH DITANGKAP TANPA WARAN

         Mana-mana pegawi polis boleh menangkap tanpa waran kesalahan-

         kesalahan dibawah akta ini:

         a) Sek 31 (2) - melanggar perintah berkurung.

         b) Sek 86 - lari dari pekerjaan.

         c) Sek 87 - penderhakaan (dahagi).

         d) Sek 89 - memiliki, membuat, menjual, membekal barang

                        atau menggunakan unuform polis.

         e) Sek 90 - Berkelakuan tidak senonoh di balai polis.

SEK 92 ANGGOTA POLIS TIDAK BOLEH MENJADI ANGGOTA

         KESATUAN PEKERJA

         a) Seseorang pegawai polis tidak boleh menjadi anggota kesatuan

            pekerja atau pertubuhan yang berunsurkan politik.

         b) Larangan ini termasuk semua peringkat pegawai polis serta pegawai

            polis tambahan dan semua pegawai polis yang berada dalam

            persekutuan mengikut peruntukkan akta ini.

SEK 93 PERSATUAN-PERSATUAN POLIS

               a) Persatuan-persatuan polis dutubuhkan bertujuan:

               i. Membolehkan pegawai-pegawai polis bagi menimbangkan

                     dan membawa ke pengetahuan kerajaan semua perkara mengenai

                     kebajikan dan kecekapan termasuk gaji dan elaun serta;

               ii) Berkenaan pencen dan lain-lain syarat perkhidmatan selain

                     soal kenaikan pangkat dan tatatertib seseorang anggota.

               b) Batas-batasnya:

               i) Ditadbir mengikut kaedah-kaedah.

               ii) Persatuan dan cawangan-cawangannya bebas dan tidak

                     digabungkan dengan lain-lain pertubuhan atau orang luar dari

                     pasukan.

               iii)Dikecualikan daripada peruntukkan undang-undang berkaitan dengan

                   pendaftaran pertubuhan.

 ORDINAN NO: 2 (KUASA-KUASA PERLU) DARURAT 196

      PERATURAN-PERATURAN POLIS (KELAKUAN DAN

    TATATERTIB) PEGAWAI-PEGAWAI RENDAH POLIS DAN

                   KONSTABEL 1970

    PERATURAN 2

     i) Mana-mana pegawai polis yang melakukan kesalahan tatatertib boleh

               dituduh mengikut 66 kesalahan seperti yang tertera didalam jadual.

    ii) 15 kesalahan tatatertib:

          a) Kesalahan No. 2 – memukul atau menggunakan apa-apa

                     kekerasan terhadap mana-mana anggota pasukan.

          b) Kesalahan No. 5 – menggunakan bahasa lucah, memaki atau

                     menghina mana-mana anggota pasukan.

          c) Kesalahan No. 9 – Meminum atau menerima apa-apa minuman

                     keras semasa menjalankan tugas.

          d) Kesalahan No. 7 – engkar perintah ketua di cawangannya.

          e) Kesalahan No. 13 – Tanpa sebab tertentu tidak hadir tugas tanpa

                     kebenaran.

          f) Kesalahan No. 15 – tidur semasa menjalankan tugas.

          g) Kesalahan No. 25 – menunjukkan takut ketika menjalankan tugas.

          h) Kesalahan No. 26 – melepaskan tembakan dengan tiada sebab

                     berpatutan.

          i) Kesalahan No. 38 – Malas, cuai, berbual-bual, baring / duduk

                     atau merokok semasa bertugas.

          j) Kesalahan No. 40 – semasa bertugas atau selepas bertugas

                     memakai uniform tidak kemas atau kotor.

          k) Kesalahan No. 41 – sengaja atau cuai membuat apa-apa aduan

                     palsu kepada mana-mana anggota pasukan.

          l) Kesalahan No. 49 – membuat apa-apa aduan dengan

                     menyembunyikan nama.

          m) Kesalahan No. 52 – Berdalih atau berbohong dalam sesuatu

                     penyiasatan rasmi.

n) Kesalahan No. 60 – cuai atau enggan memberi pertolongan

          kepada orang sakit atau cedera.

     o) Kesalahan No. 62 – tiada kuasa atau sebab yang berpatutan

          memandu kenderaan pasukan.

iii) Hukuman-hukuman terhadap kesalahan tatatertib yang dilakukan:

     a) buang kerja.

     b) turun pangkat.

     c) ditangguh kenaikan gaji.

     d) diberhentikan kenaikan gaji.

     e) denda tidak melebihi 1 bulan gaji.

     f) celaan keras.

     g) Celaan.

     h) kerja memenatkan – tidak lebih 4 jam satu hari dan tidak lebih 5

          hari, rehat 10 minit bagi setiap 1 jam.

     i) kawad tambahan – tidak lebih 2 jam satu hari dan tidak lebih 5

          hari, rehat 10 minit bagi setiap 1 jam.

     j) kerja lebih masa – tidak lebih 4 jam bagi 1 hari dan tidak lebih 5

          hari.

PERATURAN 3: PERTUDUHAN-PERTUDUHAN TATATERTIB

a) Pertuduhan hendaklah dibuat mengikut kesalahan yang terjadual

     sahaja dan pertuduhan hendaklah mencatitkan dengan ringkas berkenaan

     kesalahan yang dilakukan, masa dan tempat dilakukan.

b) Jika ada lebih dari 1 kesalahan yang dilakukan, buat pertuduhan yang

     berasingan dan hukuman berasingan juga sebagaimana pertuduhan

     dikenakan (dengan syarat jika lebih dari 1 kesalahan yang dilakukan dalam

     1 kejadian, hendaklah dituduh hanya dengan kesalahan yang besar sekali).

c) Beberapa orang boleh dipertuduh dan dibicarakan bersama atas

     kesalahan yang sama atau kesalahan lain tapi dalam kejadian yang sama.

d) Pertuduhan hendaklah diberitahu kepada tertuduh 14 hari sebelum

     diadakan acara kamar tatatertib.

e) Pertuduhan boleh dipinda atau diubah sebelum sesuatu keputusan

     dibuat dan beritahu pindaan itu kepada tertuduh serta diberi peluang untuk

     menyoal balas atau memberi keterangan terhadap tuduhan pindaan itu.

f) Tertuduh boleh disabitkan salah kerana mencuba melakukan atau

     bersubahat melakukan kesalahan yang dipertuduhkan.

PERATURAN 4: MEMBERI SURATAN-SURATAN

a) Seseorang pegawai yang dipertuduh atas kesalahan tatatertib, atas

     permintaannya boleh diberi apa-apa juga suratan yang berkaitan dengan

     pertuduhan itu kecuali suratan yang keistimewaan akan dituntut dihadapan

     mahkamah.

b) Jika difikirkan perlu oleh pihak berkuasa pengadil memberi apa-apa

     maklumat atau suratan kepada tertuduh, bolehlah diberi salinan maklumat

     atau suratan itu kepada tertuduh.

PERATURAN 5: PERWAKILAN

a) Seseorang yang dituduh dengan kesalahan tatatertib boleh dibenarkan

     oleh pihak berkuasa pengadil untuk diwakili oleh pegawai polis lain

sebgai peguambelanya (dengan syarat pegawai pembela tidak boleh lebih

     kanan pangkatnya dari pihak berkuasa pengadil – pegawai yang akan

     membicarakan kesalahan itu).

b) Permohonan bertulis hendaklah dibuat kepada mana-mana juga pegawai

     yang hendak menjadi peguambela dan mendapatkan persetujuannya dan

     kemudian dihantar permohonan kepada pihak berkuasa pengadil untuk

     mendapat kelulusan.

c) Setelah dibenarkan, pegawai pembela dikehendaki hadir dalam

     penyiasatan atau perbicaraan itu.

PERATURAN 6: ACARA KAMAR TATATERTI B

a) Didalam perbicaraan, tuduhan akan dibaca oleh pihak berkuasa

     pengadil dan tertuduh diminta membuat pengakuanbersalah atau sebaliknya.

b) Jika tertuduh mengaku bersalah:-

     - pengadil hendaklah merekodkan pengakuan itu dan mencatit kenyataan-

         kenyataan yang menyokong akuan itu dengan menyoal saksi-saksi yang

         tahu mengenai kenyataan ituserta memberitahu tertuduh akibat

         pengakuannya.

     - tertuduh dibenarkan membuat apa-apa rayuan bagi meringankan hukuman.

         Sekiranya tertuduh mendiamkan diri atau tidak mahu bercakap, kenyataan

         itu juga hendaklah direkodkan oleh pengadil.

     - kemudian pengadil akan merekodkan keputusan bersalah dan menjatuhkan

         hukuman setimpal.

C) Jika tertuduh tidak mengaku bersalah:-

     - pengadil boleh menyoal saksi-saksi untuk memberi keterangan sebagai

         menyokong pertuduhan itu dan keterangan saksi untuk direkodkan (dengan

         syarat jika keterangan itu telah direkodkan secara bertulis terlebih dahulu

         maka saksi dikehendaki mengesahkan sahaja apabila dibacakan senula

         keterangan itu).

     - tertuduh atau pembelanya dibenarkan menyoal balas saksi-saksi atau

         memeriksa apa-apa keterangan suratan.

     - selepas mendengar hujah-hujah kedua-kedua belah pihak didapati tiada

         apa-apa kes yang dibuktikan pihak berkuasa pengadil boleh membuang kes

         itu.

     - jika didapati bersalah, tertuduh dibenarkan membuat rayuan rayuan bagi

          meringankan hukuman, sekiranya mendiamkan diri nyataan itu juga akan

          direkodkan oleh pengadil.

     - pengadil akan merekodkan keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada

          tertuduh.


Comments

Popular posts from this blog

Perintah Tetap Ketua Polis Negara H602

PERINTAH TETAP KETUA POLIS NEGARA H 602 POLIS BANTUAN 1. Pendahuluan Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis, No.41/67 dan Peraturan-Peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U.(A) 461 bertarikh 21hb, Disember, 1970). Ketua Polis Negara boleh, atas permohonan agensi-agensi yang menubuhkan Polis Bantuan menggunakan apa-apa nama yangbersesuaian dengan matlamat dan penubuhan agensi berkenaan. 2. Tafsiran Pegawai Polis Bantuan bermaksud mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 47 Akta Polis 1967 dan diberikan kuasa-kuasa dan keistimewaan-keistimewaan untuk menjalankan tugas-tugas polis di dalam sesuatu kawasan yang ditetapkan di bawah kawalan agensi Polis Bantuan. Agensi Polis Bantuan Mana-mana jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, agensi syarikat atau organisasi yang memperolehi kelulusan secara bertulis dari Ketua Polis Negara di bawah Seksyen 50 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan kuasa-kuasa dan keistimewaan-keistimewaan untuk menjalankan tugas-tugas pol

Beyond The Future Era FoE

A life beyond Future Era  First things first: FE is the second best age in this game, SAAB is the best. If you plan on aging up, you either do it to go to SAV tp help on AA in GvG, or you planning on staying in SAAB because it is the best GBG age to be in. Second thing you should know: AF and OF suck big time because you won’t be able to reach high attrition anymore (expect your FE attrition to be cut in half)   and because you can’t really rush the ages beyond FE (because of the special goods that you can’t trade), you’ll be in these ages for a while and you will hate it. But as soon as you reach SAM it’s all fine again and SAAB is fun again. So if you still plan on aging up, this is what you should do: First make sure you advance on the continent maps. You should have zero problems fighting AF, OF and VF maps with Hover Tanks. Make sure you’ve done these cmaps before aging up to AF. It’s on the SAM cmap where you will need to

Penyakit hati - Waswas dan Lintasan Hati

Sering kali ia dikaitkan sebagai pelupa dan nyanyuk (lupa bilangan solat, lupa wuduk, mandi wajib berjam-jam dan sebagainya). Sebetulnya, ia bukan penyakit pelupa seperti itu.  Antara sebab penyakit lintasan hati adalah luka hati, dengki, takbur, baru masuk Islam, dan berbagai lagi. Syaitan dari kalangan jin akan membisikkan di dalam hati atau memberi bayangan sewaktu kita melaksanakan ibadat atau bila-bila masa. Ada yang terkena setiap hari, ada yang terkena sebulan sekali, ada yang jarang terkena. Mungkinkah qarin? Jawapannya tidak kerana qarin tidak berupaya menjejaskan seseorang itu walaupun bisikannya setiap detik kerana kita juga dibantu oleh bisikan malaikat. Jika diturutkan dengan lintasan waswas itu, nescaya ia mendorong kita menjadi jahat.  Contohnya: 1. Jika sebab baru masuk Islam, ia akan mula meragui keesaan Allah dan ingin kembali ke agama asalnya. 2. Jika disebab dengki, ia akan menganiaya orang yang didengkinya itu. 3. Jika disebabkan luka hati, dia akan murung dan meng