Sejarah & Maksud Nombor Badan Polis Diraja Malaysia (PDRM): Dari Zaman Darurat ke Era Moden

Sejarah & Maksud Nombor Badan Polis Diraja Malaysia (PDRM): Dari Zaman Darurat ke Era Moden

Kalau sebut PDRM, ramai terus terbayang polis trafik saman tepi jalan, atau kereta peronda biru merah berkelip. Tapi sebenarnya, polis kita ada sejarah panjang dan penuh drama, siap ada zaman mereka jadi benteng utama lawan komunis.

Artikel ni kita throwback sikit perjalanan PDRM, dari zaman sebelum Merdeka sampai jadi pasukan moden hari ni. Plus, kita bongkar apa maksud nombor badan kat uniform polis (yang selalu orang nampak tapi tak semua tahu makna dia).


Awal Mula: Polis Sebelum Merdeka

Sebelum ada nama rasmi “PDRM”, setiap negeri kat Tanah Melayu dan Borneo British ada polis versi mereka sendiri. Masa tu, undang-undang dijaga ikut negeri masing-masing.

Lepas Jepun angkat kaki tahun 1945, British restructure semula pasukan polis. Tahun 1946, lahirlah Malayan Union Police Force — step pertama nak satukan pasukan polis seluruh Tanah Melayu.

Bila muncul Persekutuan Tanah Melayu (1948), nama bertukar jadi Federation of Malaya Police.
Di Sarawak pula, wujud Sarawak Constabulary, sebelum akhirnya digabung untuk sama-sama jadi pasukan polis kebangsaan.


Zaman Darurat: Polis vs Komunis (1948–1960)

Ni era paling hardcore. PDRM masa tu tak sekadar jaga trafik atau jenayah kecil — mereka literally benteng utama lawan gerila komunis.

Selain polis tetap, kerajaan tubuhkan pasukan tambahan macam:

  • Extra Police Constables (Sukarelawan Polis) – barisan extra polis untuk bantu kawal keselamatan PDRM tanpa gaji tetap. Mereka menerima upah setiap kali dipanggil bekerja dan mereka mendapat latihan dari polis. Mereka bekerja di balai polis.
  • Auxiliary Police (Polis Bantuan) - Mereka seakan EPC tetapi mereka bukan di tempatkan di balai polis. AP diwakili penghulu kampung dengan pantauan cawangan khas (SB) dan OCPD membentuk Kepolisan Komuniti. Mereka menerima latihan daripada polis dan skop mereka lebih luas dari HG kerana bukan sekadar mempertahankan kampung, lebih-lebih lagi AP mempunyai kuasa seperti polis. Mereka juga membantu polis jika ada rondaan. Namun upah yang mereka terima bukanlah dari kerajaan. Dikatakan mereka menerima upah $3 (Malayan Dolar) bagi satu tugasan iaitu bersamaan RM200 zaman sekarang.
  • Home Guard (HG) – orang kampung sendiri dilatih oleh polis dan tentera, melibatkan operasi dalam komuniti kampung masing-masing bagi menyekat komunis dan juga menjadi pasukan pertahanan kampung. Pada asalnya, mereka sukarelawan membantu tanpa upah tetapi akhirnya dibayar upah yang juga sama seperi AP ketika itu.

Bayangkan, polis kena jaga kampung baru, kawal keluar masuk orang, plus lawan gerila dalam hutan. Respect wehh.


Selepas Merdeka: Dari Polis Malaya ke PDRM

Tahun 1957, Tanah Melayu merdeka. Polis terus restructure jadi lebih mantap. Bila Malaysia ditubuhkan tahun 1963, nama rasmi bertukar jadi:

👉 Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Diraja” tu bukan suka-suka, ia pengiktirafan daripada Yang di-Pertuan Agong sebab jasa besar polis sepanjang Darurat.

Sejak tu, makin banyak unit khas ditubuhkan, antaranya:

  • Pasukan Gerakan Am (PGA) – dulu dikenali sebagai Field Force.
  • Unit Tindakan Khas (UTK) – ala SWAT Malaysia.
  • Pasukan Polis Marin (PPM) – jaga laut, pesisir dan sempadan air.
  • Senoi Praaq - Pasukan elit orang asli.
  • Pasukan Gerakan Khas (PGK) –  dikenali juga Very Able Troopers 69 (VAT69) merupakan pasukan komando polis setanding Gerakhas, PASKAL dan PASKAU.

Rahsia di Sebalik Nombor Badan Polis

Kalau perasan, setiap anggota polis ada nombor badan kat uniform. Itu bukan random nombor ya, tapi ada maksud spesifik:

  • PC (Police Constable)
    → Dulu untuk konstabel pasukan tetap.
    → Sekarang diganti dengan RF (Regular Force).

  • MPC (Marine Police Constable)
    → Untuk anggota Polis Marin.
    → Sekarang pun guna singkatan RF sebab masih pasukan tetap.

  • EPC (Extra Police Constable)
    → Dulu pasukan tambahan masa Darurat.
    → Sekarang jadi SP (Sukarelawan Polis).

  • AP (Auxiliary Police)
    → Polis Bantuan, dewasa ini biasanya kerja di bawah syarikat GLC, swasta dan badan berkanun (persekutuan atau negeri).
    → Nombor badan moden: PB (Polis Bantuan).

  • HG (Home Guard)
    → Pasukan pertahanan kampung masa Darurat.
    → Dibubarkan (1960) dan diwujudkan semula. Come back dengan nama Rela.
    Technically RELA bukan sambungan rasmi HG, cuma fungsi dia ada lebih kurang sama.


Kesimpulan

Sejarah PDRM bukan sekadar pasukan saman-menyaman, tapi kisah survival negara. Dari lawan komunis, kawal kampung, sampai jaga sempadan laut dan udara.

Hari ni, nombor badan yang kita nampak kat uniform polis bukan sekadar “nombor random”, ia ada makna, tunjukkan dari unit mana dan status anggota tersebut.

So lepas ni kalau jumpa polis, cuba perhati nombor badan dia. At least, kita tahu sikit cerita di sebalik angka tu. 🔥


Sumber gambar: google

Bukit Kepong: Kisah Heroik Polis Lawan Komunis

Kalau cerita sejarah polis Malaysia, memang tak sah kalau tak sebut Tragedi Bukit Kepong. Peristiwa ni berlaku pada 23 Februari 1950, masa Darurat Tanah Melayu.

Bayangkan:

  • Balai Polis Bukit Kepong kecil je, terletak tepi Sungai Muar, Johor.
  • Anggota bertugas masa tu cuma 22 orang (polis tetap + polis bantuan).
  • Tiba-tiba, lebih 180 pengganas komunis datang serang sebelum subuh.

Walaupun jumlah musuh berkali ganda, anggota polis ni tetap pilih untuk lawan sampai habis, tak ada istilah menyerah.

Siapa Wira-Wira Bukit Kepong yang Gugur?

Polis Tetap (PC, MPC dan EPC):

  • Sarjan PC2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong)
  • Koperal PC7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong)
  • Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar
  • PC9136 Hassan bin Osman
  • PC3933 Hamzah bin Ahmad
  • PC8600 Jaafar bin Hassan
  • PC7493 Muhamad bin Jaafar
  • PC5674 Abu bin Mohd Ali
  • PC7862 Abu Kadir Jusoh
  • MPC60 Ibrahim bin Adam
  • MPC68 Awang bin Ali
  • MPC181 Basiron bin Adam
  • EPC3475 Mohd Top bin Lazim
  • EPC3795 Jaafar bin Arshad

Polis Bantuan (AP):

  • AP2130 Samad bin Yatim
  • AP1912 Mahmud bin Sa'at
  • AP1925 Ali bin Akob
  • AP2127 Othman Yahya

Ahli Keluarga yang Gugur:

  • Mariam Ibrahim – isteri kepada Mata-mata Jaafar Hassan (mati syahid bersama anak kecil dalam pelukan).
  • Halimah Ibrahim – isteri kepada Mata-mata Hassan Osman, turut terkorban ketika mempertahankan suami.

Kenapa Peristiwa Ni Jadi Ikonik?

Sebabnya:

  • Mereka tahu odds memang tak masuk akal (22 lawan 180).
  • Tapi demi tugas, maruah & tanah air, semua sanggup korbankan nyawa.
  • Kisah ni jadi bukti bahawa PDRM bukan sekadar penguat kuasa, tapi wira negara sebenar.

🔥 Jadi bila kita sembang pasal polis, jangan lupa, di sebalik singkatan tu ada darah & pengorbanan wira macam di Bukit Kepong.



Catat Ulasan

0 Ulasan