PINJAMAN PERUMAHAN, DOKUMEN DIPERLUKAN

Kenapa penjual rumah selalu fokus pada pekerja sektor awam atau KERAJAAN?Sebab mudah urusan pinjaman kerajaan ➡ LPPSA

Kalau mudah urusan ➡ mudah tutup fail. Cepat dapat rumah!🚀🚀🚀🚀🚀

Jangan segan untuk tunjuk penyata gaji anda kepada ejen hartanah. Ia memudahkan urusan pengiraan kelayakan pinjaman perumahan. Mungkin ejen kami akan pilih rumah yang terbaik untuk anda.

Tahukah anda,

1. jika anda mempunyai pendapatan sampingan dan sentiasa istiqamah menyimpan setiap keuntungan di dalam bank, ia juga menguatkan lagi status kewangan anda dan menjadi satu asbab pinjaman diluluskan?

2. Jika gaji bersih anda besar tetapi komitmen luar juga besar, ia juga menjadi penghalang kepada kecepatan masa pinjaman diluluskan. Komitmen luar ini termasuklah bayaran sewa/ansuran kenderaan, perabot, nafkah, bil api air dan sebagainya di luar penyata pendapatan anda.

3. Jika anda menghampiri usia berpencen, anda masih boleh meneruskan pinjaman sehingga usia 75 tahun dengan syarat anda mempunyai pencen! Tetapi ia juga asbab pinjaman rumah menjadi lambat lulus.

PINJAMAN PERUMAHAN, DOKUMEN DIPERLUKAN

LOAN GOV ( LPPSA)

Gaji minimum bersih RM1300

Salinan kad pengenalan

Salinan sijil lahir pembeli

Salinan slip gaji asal ( 3 bulan terkini )

Sijil/Surat pengesahan jawatan

Surat iringan ketua jabatan

Surat tawaran perlantikan jawatan

Salinan kad pengenalan pasangan atau waris (adik beradik/ibubapa)

Salinan sijil nikah/kad nikah

Surat pengesahan agensi pinjaman (angkasa dll)

LOAN BANK ( SWASTA )

Gaji minimum bersih RM3000

Salinan kad pengenalan pembeli dan pasangan atau waris (adik beradik/ibubapa)

Salinan sijil lahir

Surat pengesahan majikan

Surat tawaran perlantikan jawatan (jika ada)

6 bulan slip gaji

6 bulan penyata bank

Borang EA

Penyata kwsp terkini

Surat pengesahan agensi pinjaman (angkasa dll)

Dokumen sokongan sekiranya ada pendapatan tambahan lain

Catatan Tambahan

Rujukan detail yang diperlukan untuk  Tujuan Pengiraan semakan Kelayakan dapatkan penyata gaji mengikut pekerjaan prospek dan detil yang diperlukan

*Penjawat Awam*

Slip Gaji 1 bulan terkini

*Tentera*

Slip Gaji 3 bulan terkini dan nyatakan umurnya serta status perkahwinan. Bujang atau berkahwin

*Swasta*

Slip Gaji 6 bulan terkini dan komitmen bulanan dia

Catat Ulasan

0 Ulasan