Sering kali ia dikaitkan sebagai pelupa dan nyanyuk (lupa bilangan solat, lupa wuduk, mandi wajib berjam-jam dan sebagainya). Sebetulnya, ia bukan penyakit pelupa seperti itu. Antara sebab penyakit lintasan hati adalah luka hati, dengki, takbur, baru masuk Islam, dan berbagai lagi. Syaitan dari kalangan jin akan membisikkan di dalam hati atau memberi bayangan sewaktu kita melaksanakan ibadat atau bila-bila masa. Ada yang terkena setiap hari, ada yang terkena sebulan sekali, ada yang jarang terkena. Mungkinkah qarin? Jawapannya tidak kerana qarin tidak berupaya menjejaskan seseorang itu walaupun bisikannya setiap detik kerana kita juga dibantu oleh bisikan malaikat. Jika diturutkan dengan lintasan waswas itu, nescaya ia mendorong kita menjadi jahat. Contohnya: 1. Jika sebab baru masuk Islam, ia akan mula meragui keesaan Allah dan ingin kembali ke agama asalnya. 2. Jika disebab dengki, ia akan menganiaya orang yang didengkinya itu. 3. Jika disebabkan luka hati, dia akan murung dan meng
Comments
Post a Comment