AKTA POLIS 1967 (ΑΚΤΑ 344)

Berikut adalah salinan penuh kandungan teks daripada dokumen Akta Polis 1967 (Akta 344) untuk Kursus Asas Polis Bantuan:

AKTA POLIS 1967 (AKTA 344)

SUATU AKTA YANG BERHUBUNG DENGAN ORGANISASI, DISIPLIN, KUASA-KUASA DAN TUGAS-TUGAS POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN PERKARA-PERKARA YANG BERSAMPINGAN DENGANNYA

Seksyen 2: Tafsiran

 * Amunisi: Apa-apa senjata meliputi granat, bom, dan misil-misil sama ada boleh digunakan dengan senjata atau tidak, dan sesuatu amunisi yang mengandungi/direkabentuk, apa-apa cecair, gas atau benda lain yang berbahaya.

 * Daerah Polis: Mana-mana kawasan yang ditetapkan oleh Ketua polis Negara.

 * Ketua Pegawai Polis: Seseorang pegawai polis yang diberi kuasa oleh Ketua polis Negara mengawal sebarang tempat.

 * Ketua Polis Negara: Ketua Polis Negara yang dilantik di bawah seksyen 5.

 * Konstabel: Seseorang pegawai polis yang berpangkat rendah daripada Koperal termasuk rikrut.

 * Menteri: Menteri yang bertanggungjawab bagi polis.

 * Pegawai Kanan Polis: Termasuk Ketua Polis Negara (KPN) hingga Inspektor Percubaan.

 * Pegawai Pemerintah: Pegawai polis yang diberi kuasa oleh Ketua Polis Negara untuk mengawal sesebuah negeri.

 * Pegawai Polis: Seseorang anggota polis.

 * Pegawai Rendah Polis: Seseorang pegawai polis yang berpangkat Sub Inspektor ke bawah hingga Koperal.

 * Pesuruhjaya: Pesuruhjaya Polis yang dilantik di bawah seksyen 5.

 * Timbalan Ketua Polis Negara: Timbalan Ketua Polis Negara yang dilantik di bawah seksyen 5.

Seksyen 3: Keanggotaan Pasukan Polis

Seksyen 3(3) fungsi utama polis ialah:

 * Memelihara undang-undang.

 * Mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia.

 * Mencegah dan mengesan penjenayah.

 * Menangkap dan mendakwa pesalah.

 * Mengumpul risikan keselamatan.

Seksyen 4: Kawalan Pasukan

 * Di bawah perintah oleh seorang pegawai polis (Ketua Polis Negara) yang bertanggungjawab kepada Menteri bagi kawalan dan arahan pasukan.

 * Ketua Polis Negara hendaklah melantik Timbalan (seorang pegawai polis) berada di bawah arahannya.

 * Timbalan Ketua Polis Negara hendaklah mempunyai semua kuasa yang diberi kepada seorang Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis.

 * Timbalan Ketua Polis Negara, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya Kanan, Penolong Pesuruhjaya yang diberi kuasa khas/am boleh melaksanakan mana-mana perbuatan sebagai seorang Ketua Polis Negara.

 * Ketika ketiadaan Ketua Polis Negara, atau mana-mana pegawai polis tidak kurang Pesuruhjaya yang diberi kuasa oleh Agong boleh menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Negara.

Seksyen 5: Perlantikan Ketua Polis Negara, dll

 * Ketua Polis Negara, seorang Timbalan Ketua Polis Negara, dan beberapa Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Konstabel hendaklah dilantik bagi melaksanakan akta ini.

 * Pangkat bagi Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis sepertimana di dalam Jadual Pertama.

Jadual Pertama (Seksyen 2 dan Seksyen 5(2))

1. Pegawai Kanan Polis

 * Ketua Polis Negara

 * Timbalan Ketua Polis Negara

 * Pesuruhjaya

 * Timbalan Pesuruhjaya

 * Penolong Kanan Pesuruhjaya

 * Penolong Pesuruhjaya

 * Penguasa

 * Timbalan Penguasa

 * Penolong Penguasa

 * Inspektor

 * Inspektor Percubaan

2. Pegawai Rendah Polis

 * Sub Inspektor

 * Sarjan Mejar

 * Sarjan

 * Koperal

3. Konstabel

Seksyen 6: Kawalan Polis Diraja Malaysia dalam sesuatu negeri

(a) Mana-mana kawasan/negeri dikawal oleh seorang Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis yang ditentukan oleh menteri.

(b) Formasi/daerah/bahagian/Kawasan/tempat yang dikawal oleh mana-mana polis ditentukan oleh Ketua Polis Negara.

Seksyen 7: Menggunakan khidmat pasukan dalam masa darurat

YDP Agong boleh mengarahkan pasukan polis berkhidmat bersama-sama dengan Angkatan Tentera Malaysia ketika darurat/perang. Kawalan di bawah Ketua Polis Negara.

PERLANTIKAN, PERKHIDMATAN, DLL

Seksyen 13: Akuan apabila pegawai polis dilantik

Sebelum memulakan apa-apa tugas jawatannya, hendaklah membuat pengakuan di hadapan Pegawai Polis berpangkat Penguasa Polis (Supritendant) ke atas.

Seksyen 14: Perakuan perlantikan

Sijil perlantikan hendaklah ditandatangani oleh seorang Pegawai Pemerintah atau seorang Pegawai Kanan Polis yang diberi kuasa.

Seksyen 15: Persaraan atau perletakan jawatan dalam masa perang atau darurat

Tidak boleh bersara/meletakkan jawatan kecuali mendapat kebenaran daripada Ketua Polis Negara.

Seksyen 16: Perletakan jawatan semasa prosiding disiplin belum selesai

Tidak boleh selagi belum selesai prosiding disiplin/pendakwaan melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Polis Negara.

Seksyen 17: Senjata, perlengkapan, dll hendaklah diserahkan apabila tidak lagi menjadi anggota pasukan

 * Hendaklah menyerahkan segala yang dibekalkan di tempat di mana perkhidmatan terakhir. Ketua Polis Negara boleh memberikan kebenaran khas kecuali senjata/amunisi.

 * Gagal patuhi subseksyen (1) adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda tidak lebih RM100 atau penjara tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali.

 * Pegawai polis meliputi semua yang dilantik/menjalankan tugas polis di bawah akta ini. Ungkapan pasukan termasuklah badan yang ditubuhkan untuk menjalankan tugas-tugas polis di bawah akta ini.

Seksyen 18: Pegawai-pegawai polis tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang terpakai kepada pegawai awam

Semua pegawai polis adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang sama sebagai pegawai awam dan mempunyai taraf yang sama dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia.

TUGAS-TUGAS DAN KUASA-KUASA POLIS

Seksyen 19: Pegawai polis hendaklah disifatkan sebagai bertugas

Hendaklah disifatkan sebagai bertugas apabila dikehendaki dan hendaklah melaksanakan tugas-tugas dan kuasa-kuasa yang diberikan di mana-mana dalam Malaysia.

Seksyen 20: Tugas-tugas am pegawai polis

(a) Menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang.

(b) Memproses risikan keselamatan.

(c) Menjalankan pendakwaan.

(d) Memberi bantuan dalam mana-mana undang-undang berhubung dengan hasil, eksais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran.

(e) Memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan.

(f) Melaksanakan saman, sapina, waran, memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa.

(g) Mempamerkan maklumat.

(h) Melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunya.

(i) Menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kendang awam.

(j) Memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta.

(k) Melindungi harta awam dari hilang/rosak.

(l) Menghadiri mahkamah jenayah jika diperintah khas dan menjaga ketenteraman di dalamnya.

(m) Mengiring dan menjaga banduan dan orang lain yang ada dalam jagaan polis mempunyai keistimewaan yang sama seperti seorang pegawai penjara.

Seksyen 21: Tugas di jalan awam

 * Menjadi tugas-tugas polis:

   * (a) Mengatur/mengawal dan melencongkan mana-mana lalulintas.

   * (b) Menjaga ketenteraman di jalan awam/lorong/jalan tembus/tempat mendarat/kunjungan awam dan tempat di mana orang awam ada akses.

   * (c) Mencegah halangan pada waktu perhimpunan di jalan awam/lorong sekiranya menjadi sesak/terhalang.

 * Seseorang yang ingkar arahan, sabit kesalahan denda tidak melebihi RM200 atau penjara tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya.

 * Satu kesalahan yang boleh ditangkap, melainkan memuaskan hati pegawai polis dan mematuhi saman yang mungkin akan dikenakan.

Seksyen 22: Harta yang tidak dituntut

 * Menjadi tugas pegawai polis untuk menjaga harta alih yang tidak dituntut yang diberikan/dijumpai. Hendaklah serah kepada Ketua Polis Balai yang berhampiran dan menampal notis yang boleh dilihat dalam tempoh 2 bulan untuk dituntut.

 * Harta yang mudah musnah, dijual dan hasil diberikan kepada Ketua Polis Daerah setelah ditolak kos tanggungan yang munasabah.

 * Jika tidak dituntut, boleh dijual/dimusnahkan mengikut cara yang diarahkan oleh Pegawai Pemerintah. Setelah ditolak apa-apa perbelanjaan, bahagi secara:

   * (a) Pegawai Pemerintah boleh membayar saguhati kepada orang yang jumpa.

   * (b) RM50 pertama dibayar ke Kumpulan Wang Polis, selebihnya dibayar ke hasil am Malaysia.

 * Mana-mana pegawai polis tidak dibenarkan membeli. Melanggar subseksyen ini adalah melakukan kesalahan terhadap disiplin.

Seksyen 24: Kuasa pegawai polis untuk memeriksa lesen, kenderaan, dll

 * Mana-mana pegawai polis boleh:

   * (a) Memberhentikan dan menahan mana-mana orang yang sedang melakukan apa-apa perbuatan/dalam milikan atau alasan yang munasabah mensyaki sedang melakukan/memiliki untuk orang itu mengemukakan lesen/permit/kebenaran bawah mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa.

   * (b) Memberhenti/memeriksa tanpa waran mana-mana kenderaan/vessel yang disyaki sedang digunakan dalam melakukan apa-apa kesalahan.

 * Enggan mematuhi di bawah subseksyen (1), boleh tangkap tanpa waran, jika memuaskan hati polis, dia dengan sewajarnya boleh dikenakan saman/prosiding lain.

 * Tidak mematuhi apa-apa isyarat memberhentikan kenderaan/vessel atau menghalang polis melaksanakan tugas, boleh tangkap tanpa waran melainkan memuaskan hati polis, dia dengan sewajarnya boleh dikenakan saman/prosiding lain.

 * Mana-mana polis boleh menahan kenderaan/vessel ke daerah polis yang berhampiran dan Ketua Polis Daerah berkuasa menahan dalam tempoh 48 jam.

Seksyen 25: Kuasa untuk menahan dan memeriksa pesawat udara

 * Tertakluk di bawah subseksyen (2), mana-mana pegawai kanan polis boleh menahan dan tanpa waran boleh memeriksa mana-mana pesawat udara (kecuali pesawat ekslusif perkhidmatan Kerajaan Malaysia/Negeri asing). Jika dalam penerbangan boleh memerintah untuk mendarat mana-mana lapangan terbang.

 * Tidak boleh dilaksanakan kecuali:

   * (a) Dengan alasan yang munasabah pesawat tersebut sedang/telah digunakan dalam melakukan kesalahan yang boleh ditangkap atau

   * (b) Untuk menangkap seseorang yang melakukan kesalahan yang boleh ditangkap.

 * Perintah untuk memberhentikan dibuat oleh pegawai kawalan trafik udara.

 * Kuasa menahan 48 jam sepertimana di bawah seksyen 24 oleh Ketua Polis Daerah di mana lapangan terbang itu terletak.

POLIS BANTUAN

Seksyen 47: Perlantikan Pegawai Polis Bantuan

 * Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri boleh melantik/menaikkan pangkat Pegawai Polis bantuan dari Inspektor Percubaan hingga Penguasa Polis (Superintendant).

 * Seorang Pegawai Pemerintah atau mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa dengan atau tanpa bertulis, boleh melantik/menaikkan pangkat mana-mana Polis Bantuan dari pangkat Konstabel hingga Sub Inspektor.

Seksyen 48: Akuan hendaklah dibuat oleh pegawai polis bantuan

 * Sebelum menjalankan tugas, perlu mengangkat sumpah di hadapan pegawai polis tidak kurang pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP).

Seksyen 49: Perakuan perlantikan

Perakuan perlantikan hendaklah ditandatangani oleh pegawai polis tidak kurang pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) yang diberi kuasa oleh Pegawai Pemerintah.

Seksyen 49A: Gaji dan elaun

Berkhidmat secara sukarela dan tidak berhak menerima apa-apa saraan kecuali elaun yang ditetapkan oleh Menteri berhubung dengan tugas khas.

Seksyen 50: Tugas-tugas dan kuasa-kuasa, dll

YDP Agong boleh menetapkan tugas-tugas/kuasa-kuasa/keistimewaan kawasan di mana tugas/kuasa/keistimewaan itu boleh dijalankan/dinikmati.

AM

Seksyen 85: Membawa senjata

Boleh bawa senjata sewaktu bertugas.

Seksyen 86: Pembolosan

 * Mana-mana pegawai polis tanpa sebab yang munasabah tidak hadir tugas selama 21 hari berterusan/menunjukkan tidak akan hadir bertugas.

 * Semua tunggakan gaji dilucutkan.

 * Pegawai polis meliputi Polis Tambahan, Polis Simpanan dan Sukarelawan Polis, Sukarelawan Simpanan Polis apabila dikerah, pasukan polis dari wilayah lain yang ada dalam Malaysia di bawah akta ini.

Seksyen 87: Dahagi

 * Mana-mana pegawai polis menghasut/penderhakaan/berkomplot.

 * Tidak berusaha meleraikan penderhakaan.

 * Tidak memaklumkan kepada pegawai atasan.

 * Sabit kesalahan dipenjara tidak lebih 5 tahun.

Seksyen 88: Penalti kerana menyebabkan penderhakaan

 * Seseorang yang menyebabkan/cuba menyebabkan/melakukan apa-apa penderhakaan, sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih 2 tahun atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya. Pegawai Kanan Polis boleh tangkap tanpa waran.

 * Meliputi semua yang dilantik di bawah akta ini.

Seksyen 89: Memiliki, membuat, menjual, membekalkan secara haram peralatan-peralatan yang dibekalkan kepada pegawai polis dan penggunaan pakaian seragam polis tanpa kebenaran

 * Seseorang yang bukan pegawai polis:

   * (a) Memiliki pingat/Bintang yang dianugerahkan kepada mana-mana pegawai polis.

   * (b) Membuat/menjual/membekal/menawar untuk menjual apa-apa lencana/tanda pangkat tanpa kebenaran sah.

   * (c) Tanpa kebenaran Pegawai Pemerintah, memakai/mengguna/mempamer kecuali sewaktu mengadakan pertunjukan pentas/pertunjukan panggung adalah melakukan satu kesalahan di bawah akta ini.

Seksyen 90: Kelakuan tidak senonoh di balai polis

Berkelakuan lucah/tak senonoh/aib/rusuh di balai polis adalah satu kesalahan di bawah akta ini.

Seksyen 91: Pegawai Polis boleh tangkap tanpa waran bagi kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 31(2), 86, 87, 88, 89, dan 90

Seseorang pegawai polis boleh tangkap tanpa waran bagi kesalahan di bawah seksyen 31(2), 86, 87, 88, 89 dan 90.

Seksyen 92: Pegawai polis tidak boleh menjadi anggota Kesatuan Sekerja

 * Semua anggota polis tidak boleh menjadi ahli Kesatuan Sekerja/persatuan yang mempunyai tujuan politik.

 * Kesatuan yang ditetapkan hendaklah diputuskan oleh Menteri.

 * Pegawai polis termasuklah semua yang dilantik di bawah akta ini.

Seksyen 93: Persatuan-persatuan polis

 * Perkara berkaitan kecekapan dan Kebajikan pegawai polis (gaji, pencen, surat perkhidmatan).

 * Tidak termasuk kenaikan pangkat dan disiplin.

 * Bebas dan tidak bersekutu dengan mana-mana badan/orang luar.

 * Dikecualikan daripada undang-undang pertubuhan.

Seksyen 94: Penalti Am

Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah akta ini yang tiada diperuntukkan apa-apa penalti boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 95: Kaedah-kaedah

 * YDP Agong boleh membuat kaedah-kaedah yang tidak berlawan dengan akta ini.

 * YDP Agong boleh membuat kaedah-kaedah yang berhubungan dengan semua atau sebahagian berikut:

   * (a) Pengkelasan dan kekananan pelbagai gred/pangkat/perlantikan dalam pasukan.

   * (b) Pemberian darjah kehormat kepada mana-mana orang dan masa orang itu boleh memakainya.

   * (c) Bayaran pencen/ganjaran/gaji/elaun/pampasan kepada anggota pasukan.

   * (d) Pentadbiran Kumpulan Wang Polis.

   * (e) Semua perkara di dalam akta ini.

   * (f) Secara am bagi faedah dan pentadbiran pasukan.

Seksyen 96: Peraturan-peraturan polis

 * YDP Agong boleh membuat peraturan-peraturan polis yang tidak berlawanan dengan akta ini.

 * Berhubung dengan semua atau sebahagian mana-mana perkara berikut:

   * (a) Kenaikan/penurunan pangkat.

   * (b) Disiplin (takrif kesalahan/prosedur/mengawal selia dan hukuman).

   * (c) Kenaikan pangkat dan peperiksaan Kemahiran.

   * (d) Perihal dan pengeluaran senjata/amunisi/pakaian seragam/keperluan-keperluan yang perlu dibekalkan.

   * (e) Kebenaran untuk tak hadir.

   * (f) Bayaran salinan dokumen (laporan/pelan/gambarfoto) yang dibuat.

   * (g) Semua perkara dalam akta ini.

Seksyen 97: Perintah Tetap

Ketua Polis Negara boleh mengeluarkan perintah-perintah pentadbiran bernama "PERINTAH TETAP".

 * Tidak berlawanan dengan akta ini atau dengan kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan polis.

 * Untuk kawalan/arahan/maklumat am pasukan.

 * Untuk menjalankan tugas-tugas polis.



Jadi, adakah anda rasa, Polis Bantuan sama seperti pengawal keselamatan biasa?

Nota: Kandungan ini disediakan bagi tujuan Latihan Kursus Asas Polis Bantuan

Adakah anda memerlukan bantuan lain mengenai kandungan akta ini?


Catat Ulasan

0 Ulasan