Assalamualaikum. Sudah bersedia disahkan dalam perkhidmatan Penjawat Awam (SPA) atau Badan Berkanun?
Terfikir apa nak bawa? Berikut adalah contoh, manakala bilangan adalah mengikut hari masing². Asalnya sepasang sahaja tetapi jika lebih dua malam, gandakan sepasang lagi. Contohnya, dua malam dua pasang, 3-4 malam, tiga pasang, 5-6 malam empat pasang.
Barang yang perlu dibawa semasa PTM
1) Dokumen
- Surat panggilan
- Kad Pengenalan dan Kad Staf
- Gambar passport (jika diminta di dalam surat tawaran)
2) Pakaian formal
-Baju kurung (Perempuan)
-Kemeja dan seluar slight hitam (lelaki)
-Bertali leher (lelaki)
-kasut hitam/berwarna gelap dan bertutup (wanita/lelaki) dan pengilat kasut hitam.
-Berstokin
-Tanda nama (tengok pada surat tawaran, seeloknya bawa kalau semua orang bawa).
- Tali leher hitam/biru gelap
- Baju Kot (jika diarahkan. Biasanya skim 41 harus bawa sesuai dengan tarafnya)
- Jaket eksekutif (kelas sejuk aircond)
- Seterika. (Ada setengah majikan, hantar PTM bukan di hotel/resort. Standby)
3)Pakaian Sukan
-T-shirt berkolar (warna cerah)
-Tracksuite (warna gelap)
-Kasut sukan dan berstokin
4)Selipar (satu sandal, satu jepun)
5)Barangan mandian (tuala, sabun, syampu, ubat gigi, berus gigi, pisau cukur, cebuk mandi)
6)Alat tulis dan buku nota
7)Sabun basuh baju dan baldi (kalau tak sampai 3 malam, tak perlu bawa. Standby plastik laundry besar je nak isi kain kotor masa nak balik)
8)Pendrive (tak penting pun, sebab biasanya tak ada masa nak download dari laptop fasi.
9)Duit poket
10) Botol air dan cawan. Bawa kopi segera ke. Tapi biasanya air masak je sebab makan 4-6 kali sehari dah (nak minum dalam bilik. Biasanya ada mesin coway cuckoo. Tak pun ambil air panas kat kafe/kantin)
11) Penyangkut baju. (Bawa 10 kalau boleh)
12) Caj telefon, vape&flavour, jam loceng/henset (jangan merokok dalam bilik).
13) Baju sembahyang (set baju melayu, songkok/kopiah, kain palikat). Sepasang pun cukup.
14) Baju tidur sepasang
15) Spenda (pakaian dalam secukupnya).
16) Minyak wangi/perfum jenis EDP. Jangan EDT, macam tak pakai je nanti.
17) Ubat ketiak. Ini penting, jangan lupa.
18) Tali sangkut baju untuk anginkan baju, supaya boleh recyle tanpa bau kepam haha
Comments
Post a Comment