AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 (APA 2012)
AKTA 736
Suatu Akta yang berhubungan dengan hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata dan memperuntukkan sekatan-sekatan yang tertentu berhubungan dengan hak demi kepentingan keselamatan Persekutuan.
Seksyen 3: Tafsiran
Hak dan kebebasan orang lain:
(a) Hak untuk menikmati dengan aman harta bendanya
(b) Hak kepada kebebasan bergerak
(c) Hak untuk menikmati persekitaran semula jadi
(d) Hak untuk menjalankan perniagaan
Kanak-kanak
Seseorang yang berumur di bawah 15 tahun
Orang yang mempunyai kepentingan
Seseorang yang tinggal/bekerja/menjalankan perniagaan/memiliki/mempunyai harta kediaman/komersial di sekitar/tempat perhimpunan
Penganjur
Seseorang yang bertanggungjawab bagi penganjuran/pengendalian sesuatu perhimpunan
Perhimpunan
Suatu perhimpunan sesuatu bilangan orang yang disengajakan di sesuatu tempat tertentu atau bergerak
Peserta
Seseorang yang sengaja hadir/telah hadir bagi maksud suatu perhimpunan
Protes jalanan
Perhimpunan yang terbuka bermula di suatu tempat perjumpaan yang ditentukan dan melibatkan perarakan bagi maksud membantah/memajukan sesuatu tujuan
Tempat awam
- Jalan
- Tempat terbuka kepada orang awam
- Tempat yang sedang terbuka untuk orang awam gunakan atau tidak
(a) Pada kebiasaannya terbuka untuk digunakan oleh orang awam/tidak
(b) Dengan persetujuan nyata atau tersirat daripada pemilik
(c) Dengan bayaran wang
Tempat larangan
- Seperti mana yang diisytiharkan dalam Akta Kawasan dan Tempat Larangan 1959
- Tempat-tempat yang dinyatakan dalam Jadual Pertama
Tempat perhimpunan
Tempat di mana perhimpunan diadakan dan berhubungan dengan perarakan termasuklah jalan yang dilalui atau akan berhenti
Tempat perhimpunan yang ditetapkan
Tempat yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Seksyen 25
Seksyen 4: Hak untuk menganjurkan perhimpunan atau menyertai perhimpunan
(1) Tidak meluas kepada:
(a) Bukan warganegara
(b) Perhimpunan diadakan di tempat larangan dan jarak 50 meter dari tempat larangan
(c) Bagi protes jalanan
(d) Penganjuran seseorang yang berumur bawah 21 tahun
(e) Penyertaan oleh kanak-kanak selain daripada yang dinyatakan dalam Jadual Kedua
(2) Seseorang melakukan kesalahan jika:
(a) Bukan warganegara Malaysia menyertai/menganjurkan perhimpunan
(b) Menganjurkan perhimpunan di tempat larangan dan dalam jarak 50 meter dari kawasan larangan
(c) Menganjur dan menyertai protes jalanan
(d) Berumur 21 tahun ke bawah menganjurkan perhimpunan
(e) Kanak-kanak yang menyertai perhimpunan melainkan perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua
(f) Merekrut/membawa kanak-kanak dalam perhimpunan selain daripada yang dinyatakan dalam Jadual Kedua
(3) Melakukan kesalahan di bawah perenggan (a) hingga (e) dihukum denda tidak melebihi RM10,000
(4) Melakukan kesalahan di bawah perenggan (f) dihukum denda tidak melebihi RM20,000
📌 Sambungan seterusnya
Seksyen 6: Tanggungjawab penganjur
(1) Penganjur mestilah mematuhi arahan yang telah ditetapkan.
(2) Penganjur hendaklah:
(a) Memastikan penganjur/pengendali perhimpunan tidak melanggar undang-undang/larangan yang telah ditetapkan;
(b) Memastikan penganjur/mana-mana orang yang menyertai perhimpunan tidak melakukan perbuatan atau mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan serta mengganggu ketenteraman awam;
(c) Memastikan penganjur/peserta perhimpunan tidak melakukan kesalahan di bawah undang-undang bertulis;
(d) Memastikan penganjur/pengendali perhimpunan mengikut pemberitahuan perhimpunan yang diberikan di bawah subseksyen 9(1) dan seksyen 15 APA 2012;
(e) Melantik beberapa orang yang perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur;
(f) Bekerjasama dengan pihak berkuasa awam untuk memperuntukkan perkara-perkara yang berkaitan;
(g) Memastikan perhimpunan tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta dan alam sekitar;
(h) Memastikan perhimpunan tidak akan menyebabkan kesusahan orang awam;
(i) Memastikan pembersihan tempat perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan;
(j) Dalam perhimpunan serentak atau balas, memastikan penganjuran perhimpunan tidak menghalang secara spesifik perhimpunan yang satu lagi daripada diadakan atau mengganggu penganjuran perhimpunan itu.
Seksyen 7: Tanggungjawab peserta
Seseorang peserta hendaklah:
(a) Menahan diri daripada:
i. Mengendalakan/menghalang mana-mana perhimpunan;
ii. Menyakiti hati/menggunakan kata kesat terhadap mana-mana orang;
iii. Membuat apa-apa perbuatan yang berkecenderungan mengembangkan perasaan jahat/permusuhan/mengganggu ketenteraman orang lain;
iv. Melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
v. Menyebabkan kerosakan pada harta;
(b) Mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh polis/penganjur/mana-mana yang dilantik mengendalikan perhimpunan.
Seksyen 8: Tanggungjawab polis
Mana-mana polis boleh mengambil langkah yang perlu untuk memastikan perhimpunan dikendalikan dengan baik.
Seksyen 9: Pemberitahuan perhimpunan
(1) Penganjur hendaklah memberi notis kepada Ketua Polis Daerah tempat perhimpunan yang hendak diadakan 10 hari sebelum.
(2) Tidak terpakai bagi perhimpunan diadakan di suatu tempat yang telah ditetapkan dan mana-mana perhimpunan yang telah ditetapkan dalam Jadual Ketiga.
(3) Langgar peraturan subseksyen (1) boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000.
Seksyen 12: Kehendak untuk memaklumkan orang yang mempunyai kepentingan
(1) Ketua Polis Daerah hendaklah dalam tempoh 24 jam membuat pemberitahuan kepada pihak yang berkepentingan berhubung dengan perhimpunan itu dengan menampal notis/apa-apa yang munasabah maklumat tersebut dapat diketahui.
(2) Orang yang mempunyai kepentingan boleh membantah atas kebimbangan dengan membuat secara bertulis kepada Ketua Polis Daerah 48 jam setelah dimaklumkan tentang perhimpunan.
(3) Ketua Polis Daerah hendaklah mengambil kira kebimbangan/bantahan yang diterima untuk mengenakan sekatan-sekatan dan syarat-syarat di bawah seksyen 15.
Seksyen 14: Respon terhadap pemberitahuan perhimpunan
(1) Ketua Polis Daerah hendaklah memberikan respon dalam tempoh 5 hari setelah menerima pemberitahuan di bawah seksyen 9(1) untuk memaklumkan sekatan/syarat.
(2) Jika tidak respon, penganjur boleh meneruskan perhimpunan sepertimana yang dicadangkan.
Seksyen 15: Sekatan-sekatan dan syarat-syarat
(1) Ketua Polis Daerah yang menjaga boleh mengenakan syarat/sekatan bagi menjaga ketenteraman awam.
(2) Syarat dan sekatan yang berhubung di bawah seksyen ini ialah:
(a) Tarikh, masa dan tempoh
(b) Tempat perhimpunan
(c) Cara perhimpunan
(d) Kelakuan peserta semasa perhimpunan
(e) Pembayaran kos pembersihan akibat perhimpunan
(f) Faktor alam sekitar, sensitiviti budaya, agama dan kepentingan sejarah yang ada pada tempat tersebut
(g) Kebimbangan dan bantahan orang yang ada kepentingan
(h) Apa-apa perkara yang difikirkan perlu oleh Pegawai Penjaga Daerah (KPD)
(3) Tidak mematuhi syarat/sekatan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM10,000.
📌 Sambungan terakhir
Seksyen 16: Rayuan terhadap syarat-syarat dan sekatan-sekatan
(1) Penganjur boleh membuat rayuan atas sekatan/syarat yang dikenakan dalam tempoh 48 jam kepada Menteri selepas dimaklumkan.
(2) Menteri hendaklah memberi keputusan dalam tempoh 48 jam selepas menerima rayuan.
Seksyen 20: Kuasa menangkap
(1) Seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana penganjur/peserta jika:
(a) Enggan/tidak mematuhi sekatan/syarat di bawah seksyen 15;
(b) Semasa perhimpunan memiliki senjata;
(c) Merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan selain daripada yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Pegawai polis hendaklah, sebelum menjalankan tangkapan, mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan sekatan/syarat dipatuhi.
Seksyen 21: Kuasa untuk menyuraikan perhimpunan
(1) Seseorang pegawai polis boleh mengeluarkan arahan untuk bersurai dalam hal disebabkan berikut:
(a) Diadakan di tempat larangan atau jarak 50 meter dari kawasan larangan;
(b) Perhimpunan menjadi protes jalanan;
(c) Mana-mana orang dalam perhimpunan telah melakukan apa-apa perbuatan/mengembangkan perasaan jahat/permusuhan di kalangan orang awam;
(d) Mana-mana orang dalam perhimpunan itu melakukan kesalahan di bawah undang-undang bertulis;
(e) Peserta perhimpunan tidak mematuhi syarat/sekatan di bawah seksyen 15;
(f) Peserta perhimpunan terlibat dalam perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang kesat senonoh/keganasan terhadap orang atau harta.
(2) Pegawai polis boleh menggunakan kekerasan yang munasabah ketika menyuraikan perhimpunan.
(3) Mana-mana orang yang tidak patuh arahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000.
Seksyen 23: Rakaman
Seseorang anggota polis boleh membuat apa-apa rakaman.
Seksyen 24: Akses media
Mana-mana wakil media boleh mempunyai akses yang munasabah ke tempat perhimpunan dengan apa-apa kelengkapan untuk membuat laporan tentang perhimpunan.
Seksyen 25: Tempat perhimpunan yang ditetapkan
(1) Menteri boleh mewartakan mana-mana tempat sebagai tempat perhimpunan.
(2) Mana-mana orang yang menganjur/menyertai perhimpunan di tempat yang disediakan hendaklah mematuhi seksyen 6 dan 7.
JADUAL PERTAMA
(Seksyen 3)
Tempat larangan
- Empangan, tempat takungan, dan kawasan tadahan air
- Loji rawatan air
- Stesen penjana elektrik
- Stesen minyak
- Hospital
- Balai bomba
- Lapangan terbang
- Landasan kereta api
- Terminal pengangkutan awam darat
- Pelabuhan, terusan, dermaga, jeti, jambatan, marina
- Tempat ibadat, tadika, sekolah
JADUAL KEDUA
(Perenggan 4(1)(e))
Perhimpunan yang boleh disertai oleh kanak-kanak
- Perhimpunan keagamaan
- Perarakan pengebumian
- Perhimpunan berhubung dengan adat
- Perhimpunan yang diluluskan oleh Menteri
JADUAL KETIGA
(Perenggan 9(2)(b))
Perhimpunan yang baginya pemberitahuan tidak dikehendaki
- Perhimpunan keagamaan
- Perarakan pengebumian
- Majlis perkahwinan
- Rumah terbuka semasa perayaan
- Pertemuan keluarga
- Hari keluarga yang diadakan oleh majikan bagi manfaat pekerjanya dan keluarga mereka
- Mesyuarat tahunan pertubuhan atau persatuan
0 Ulasan