Pi Network Matikan ‘Central Node’, Ada Pengumuman Besar di Consensus 2025?

Pi Network, yang memulakan perjalanannya sebagai aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna melombong kripto tanpa memerlukan perkakasan berat, telah menarik perhatian lebih daripada 70 juta pengguna di seluruh dunia. Namun, selepas pelancaran Mainnet Terbuka pada 20 Februari 2025, projek ini menghadapi pelbagai cabaran yang menimbulkan persoalan tentang masa depannya. 

Nampaknya Pi Network sedang membuat langkah berani ke arah masa depan yang lebih terbuka dan desentralisasi. Baru-baru ini, mereka mengumumkan penutupan "central node" utama mereka, satu tindakan yang menandakan perubahan besar dalam struktur sistem rangkaian mereka. Apa yang lebih menarik, langkah ini dibuat sejurus sebelum acara besar dunia kripto, Consensus 2025 yang sedang berlangsung di Toronto!

Gambar ini menunjukkan visual rangkaian nod Pi Network. Bulatan merah menandakan struktur lama yang sangat bergantung kepada satu pusat kawalan iaitu "central node". Kita dapat lihat banyak nod (titik biru) bersambung terus ke satu titik tengah, yang menggambarkan sistem berpusat.

Dengan penutupan central node ini, struktur seperti dalam bulatan merah dijangka tidak lagi digunakan. Sebaliknya, sambungan antara nod akan lebih seimbang dan bebas, mencerminkan sistem desentralisasi sebenar, di mana tiada satu titik pun yang mengawal keseluruhan rangkaian.

Ini menandakan perubahan besar dari sistem pusat ke sistem peer-to-peer, satu langkah yang menjadikan Pi Network lebih telus dan berdaya tahan.

Menuju Sistem Desentralisasi Sepenuhnya

Selama ini, Pi Network sering dikritik kerana terlalu “tertutup” dan dikawal oleh satu entiti pusat. Tapi kini, central node yang selama ini mengawal sistem telah ditutup dan digantikan dengan rangkaian nod bebas yang dikendalikan oleh komuniti. Ini bermakna, sistem Pi akan beroperasi dalam bentuk peer-to-peer tanpa kuasa kawalan tunggal, satu langkah besar ke arah kebebasan digital sebenar.

Kod Sumber Akan Didedahkan

Lebih menarik, pasukan Pi Network juga mengesahkan bahawa mereka akan membuka kod sumber (source code) mereka tidak lama lagi. Langkah ini bukan sahaja meningkatkan ketelusan, tapi juga boleh membina kepercayaan dalam kalangan komuniti yang selama ini tertanya-tanya bagaimana sistem ini benar-benar berfungsi. Ramai yang percaya ini boleh menamatkan spekulasi tentang ketulenan dan hala tuju sebenar projek ini.

Sistem Konsensus IPoS

Rangkaian Pi kini bergantung pada satu sistem konsensus milik mereka sendiri yang dinamakan Improved Proof of Stake (IPoS). Ia bertujuan untuk mengekalkan keselamatan tanpa perlu bergantung kepada pihak pusat. Dengan sistem ini, semua transaksi dan aktiviti dalam blockchain Pi akan disahkan oleh nod bebas. Ramai pakar percaya ini akan menjadikan Pi lebih dekat kepada standard sebenar platform Layer-1.

Pengumuman Besar di Toronto

Seiring dengan acara Consensus 2025, pasukan Pi akan membuat beberapa pengumuman penting selama tiga hari berturut-turut bermula 14 Mei. Pengasas bersama Pi, Dr. Nicolas pun turut hadir dan akan berucap di sana, satu petanda bahawa apa yang akan diumumkan bukan perkara kecil.

Desas-desus dalam komuniti menyatakan bahawa kita mungkin akan melihat ciri-ciri baru dalam ekosistem Pi atau integrasi dengan sistem lain. Malah, pada 8 Mei lepas, mereka sempat "tease" yang sesuatu besar akan berlaku dan ramai yang dah mula buat spekulasi!

Aplikasi Pi Dikemas Kini

Dalam masa yang sama, aplikasi melombong Pi dan Pi Browser juga telah dikemas kini di Play Store, hanya beberapa jam sebelum acara utama bermula. Antara penambahbaikan termasuk prestasi aplikasi, antara muka yang lebih mesra pengguna, dan sambungan yang lebih stabil.

Sekadar info, aplikasi melombong Pi kini sudah melebihi 100 juta muat turun, dan Pi Browser pula telah mencecah 10 juta pengguna! Walaupun begitu, masih ada sesetengah ciri yang belum boleh diakses di negara tertentu. Ada yang perlu guna VPN untuk akses sepenuhnya, nampaknya masih ada ruang untuk penambahbaikan.


Pi Network mungkin sedang bersiap untuk transformasi paling besar dalam sejarah projek mereka. Penutupan central node dan pembukaan kod sumber bukan perkara kecil. Sama ada ini akan bawa kejayaan besar atau sekadar gimik pemasaran, kita tunggu dan lihat apa yang akan diumumkan dalam beberapa hari ini.

Apa pendapat anda? Adakah Pi Network benar-benar sedang menuju ke arah masa depan yang lebih bebas dan terbuka, atau ini semua sekadar permainan persepsi?


Catat Ulasan

0 Ulasan