Dana Ventures Fund Pi Network bernilai $100 juta mencetuskan reaksi balas apabila para Pioneer berasa diketepikan selepas bertahun-tahun menunggu tanpa ganjaran yang dijanjikan.
Keyakinan pasaran menurun apabila aplikasi desentralisasi (DApps) yang dijanjikan masih tidak kelihatan, dan isu ketelusan semakin menjejaskan kepercayaan komuniti.
Pioneer Berasa Dikhianati oleh Pelancaran Ventures Fund
Pasukan Teras (Core Team) Pi Network kini menerima kritikan hebat daripada komuniti mereka sendiri selepas mengumumkan pelancaran Pi Network Ventures, sebuah dana bernilai $100 juta untuk membangunkan aplikasi desentralisasi (DApps) di atas rangkaian Pi. Bukannya diraikan, pengumuman ini dianggap sebagai satu pengkhianatan oleh ramai Pioneer yang telah menyokong projek ini selama bertahun-tahun.
Menurut penganalisis Pi, Dr Altcoin, lebih 94% Pioneer tidak pernah memperoleh walaupun 1,000 Pi disebabkan kegagalan sistem mengkreditkan ganjaran rujukan dan bonus duta. Kini, mereka dikejutkan pula apabila aplikasi yang dijanjikan sebelum ini akan dibangunkan menggunakan dana yang dikumpul daripada usaha dan masa mereka sendiri.
Kekecewaan ini semakin mendalam apabila sejak tahun 2021, pengguna terpaksa menunggu dengan sabar menghadapi kelewatan pengesahan KYC, tarikh pelancaran Open Network yang sering ditangguhkan, serta alasan-alasan tidak jelas yang diberi oleh Pasukan Teras. Salah satu syarat utama sebelum pelancaran mainnet adalah kehadiran 100 aplikasi DApps yang aktif namun sehingga kini, masih terlalu sedikit yang wujud.
Kini timbul persoalan besar: ke manakah perginya hasil pendapatan iklan, serta hasil sebenar daripada pertandingan hackathon yang dianjurkan sebelum ini?
Penipuan Terancang: Pi Tarik Tikar (Rug Pull) Tanpa Disedari?
Baru-baru ini, Pasukan Teras Pi telah mencipta gelombang hype besar melalui acara Consensus 2025 dan pengumuman “Pi Ecosystem”, yang berjaya melonjakkan harga Pi daripada $0.40 ke $1.60. Namun menurut pemerhati dan pengkritik industri, inilah saat sebenar manipulasi berlaku.
Sebaik sahaja harga mencapai puncaknya, Pasukan Teras dikatakan telah menjual puluhan juta malah mungkin ratusan juta token Pi secara senyap. Tindakan ini berlaku ketika komuniti sibuk meraikan pengumuman dan "ilusi kemajuan", tanpa menyedari mereka sedang dimanipulasi secara halus.
Ramai Pioneer menyangka mereka sedang menuju ke arah pelancaran mainnet sepenuhnya dengan kehadiran 100 aplikasi DApps berkualiti tinggi. Namun pada 14 Mei lalu, tiada kemas kini besar diumumkan sebaliknya hanya pengenalan kepada Pi Network Ventures. Sejak itu, harga Pi menjunam semula kepada $0.80 dan kini semakin menghampiri paras asalnya, $0.40.
Kenyataan ini mencetuskan tuduhan bahawa Pasukan Teras telah melakukan satu bentuk rug pull strategi di mana pembangun mencipta hype palsu, menaikkan harga, menjual aset mereka, dan meninggalkan pelabur terkapai-kapai. Ironinya, komuniti tidak menyedarinya… atau memilih untuk diam.
"Rug pull" ialah istilah dalam dunia kripto yang merujuk kepada penipuan di mana pembangun projek menarik keluar dana pelabur secara tiba-tiba, lalu meninggalkan projek tersebut tanpa nilai. Ia diibaratkan seperti menarik permaidani dari bawah kaki seseorang, menyebabkan mereka jatuh tanpa sempat bersedia.
Ketelusan yang Gagal dan Kepercayaan yang Runtuh
Lebih 70 juta pengguna dari lebih 200 negara telah menyumbang kepada kejayaan Pi Network bukan kerana dana pelaburan besar, tetapi kerana kepercayaan tulen terhadap visi projek ini. Namun, apabila tindakan Pasukan Teras semakin kabur, kepercayaan itu kini mula rapuh.
Dr Altcoin menegaskan, “Pioneer bukan sekadar pengguna. Kami adalah nadi kepada projek ini. Diamnya Pasukan Teras tentang isu-isu ini menunjukkan dengan jelas bahawa ada sesuatu yang disembunyikan.”
Masalah KYC dan Simbol Binance: Pengalihan Tumpuan?
1. Proses KYC Masih Bermasalah
Ramai pengguna terus mengeluh tentang proses KYC yang lambat dan tidak mesra pengguna. Ada yang gagal mengesahkan identiti walaupun telah mencuba berkali-kali, menjadikan mereka tidak layak menerima ganjaran penuh atau menyertai mainnet.
2. Spekulasi tentang Simbol Pi dalam Logo Binance
Kehadiran bentuk seakan simbol Pi dalam logo promosi Binance baru-baru ini telah mencetuskan spekulasi bahawa Pi mungkin akan tersenarai di platform itu. Namun sehingga kini, tiada sebarang pengesahan rasmi. Sebaliknya, ramai melihat ia sebagai satu lagi strategi untuk mengalih perhatian komuniti daripada isu sebenar yang sedang berlaku.
Masa Depan Pi dalam Bahaya
Tanpa ketelusan, pelaksanaan janji, dan keikhlasan dalam menyantuni komuniti, Pi Network berisiko tinggi kehilangan kekuatan sebenar yang menjadikannya fenomena global iaitu para Pioneer yang telah memberi segalanya. Jika situasi ini berterusan, kejatuhan nilai bukan sekadar kepada token Pi, tetapi juga kepada reputasi dan kelangsungan projek itu sendiri.
Sesi Soal Jawab Dengan Kokkalis: Masa Depan Pi Network
Soalan:
Berdasarkan ucapan Dr. Kokkalis, apakah pandangan anda tentang masa depan Pi?
Jawapan Saya:
Dr. Kokkalis jelas sekali gagal memberikan impak yang kuat semasa sesi panel tersebut. Tanpa mengulas terlalu mendalam buat masa ini, berikut ialah pandangan saya tentang masa depan Pi:
-
Pi Network Ventures perlu ditubuhkan dengan pasukan yang berfungsi sepenuhnya.
Proses penubuhan ini sahaja mungkin akan mengambil masa antara 6 hingga 12 bulan. -
Proses menilai dan memilih projek daripada ribuan permohonan untuk pembiayaan pula boleh mengambil masa tambahan 6 hingga 12 bulan lagi.
-
Pengagihan dana kepada pembangun dan syarikat permulaan (start-up) yang berjaya dijangka memerlukan lagi 3 hingga 6 bulan.
-
Pembangunan aplikasi DApps yang berkualiti tinggi dan mematuhi piawaian teknikal berkemungkinan mengambil masa 1 hingga 2 tahun lagi.
-
Keseluruhan proses daripada penubuhan pasukan Ventures, ke pemilihan projek, pemberian dana, sehinggalah pelancaran ekosistem kukuh dengan lebih 100 DApps berkualiti secara realistiknya akan mengambil masa antara 2.5 hingga 5 tahun.
-
Jika Pi disenaraikan di bursa kripto utama seperti Binance dalam masa terdekat, harga mungkin melonjak sementara kepada sekitar $2–$3, namun itu belum mencerminkan kematangan sebenar ekosistem.
-
Dahulu, saya pernah menjangkakan harga Pi mencecah $314, dengan anggapan bahawa ekosistem 100 DApps telah pun siap sepenuhnya. Namun, melihat kepada kemajuan semasa, saya kini percaya bahawa sasaran itu mungkin hanya tercapai dalam tempoh sehingga 10 tahun dari sekarang.
Nasihat Saya Kepada Sesama Pioneer:
Turunkan jangkaan anda terhadap Pi Network untuk tempoh 5 tahun akan datang. Sebaliknya, tuntut semula ganjaran rujukan dan bonus yang sepatutnya menjadi hak anda.
0 Ulasan