Perbandingan Boost PayFlex, SPayLater, Grab PayLater & Ryt PayLater

Ringkasan Perbandingan PayLater di Malaysia: Boost PayFlex, SPayLater, Ryt Bank Pay Later & GrabPay Later

PayLater kini jadi pilihan ramai rakyat Malaysia kerana lebih mudah, cepat dan fleksibel. Tapi setiap penyedia ada kelebihan, kekurangan, caj tersembunyi, serta polisi early settlement yang berbeza. Konsep “Buy Now, Pay Later” (BNPL) atau lebih dikenali sebagai PayLater makin popular kat Malaysia. Sama ada beli barang online, makan kat restoran, atau scan DuitNow QR, pilihan untuk bayar kemudian ni memang memudahkan

Di bawah ni saya susunkan perbandingan empat pemain utama: Boost PayFlex, SPayLater, Ryt Bank Pay Later dan GrabPay Later. Kita tengok kelebihan, kekurangan, kadar caj, yuran lewat, sampai la sama ada ada kad debit khas atau tak.

Penafian: Mungkin maklumat di dalam ini tidak tepat sepenuhnya terutama sekali dalam bab caj, penalti dan bunga.


1. Boost PayFlex (Patuh Shariah)

Kelebihan:

  • Patuh Shariah (prinsip Tawarruq & Wakalah, elak riba).
  • Proses cepat — diluluskan dalam app Boost.
  • Kadang ada promo merchant (diskaun/cashback).
  • Pilihan “Pay in 30 days” atau ansuran (3,6,9,12, 24 bulan).

Kekurangan:

  • Terhad pada merchant Boost / QR.
  • Tiada kad debit PayLater khusus (walaupun ada Boost Beyond Card untuk pembayaran lain).

Struktur Bayaran:

  • Wakalah Fee: minimum RM5 / transaksi.
  • Kadar keuntungan tetap: 2.5%
  • Yuran lewat: 1% daripada ansuran tertunggak (didermakan).
  • Kad debit PayLater: ✅ Ya (Beyond Card caj RM20.00 one-off).
  • Early settlement: ✅ Ya (tak dikenakan caj keuntungan bagi tempoh belum berjalan). “Early Settlement Charges” (caj penyelesaian awal) dikurangkan dari “selling price” atau “total Ibra’ (Rebate) jika ada. Maksudnya, jika anda selesaikan lebih awal, ada potongan dari kos kewangan (“selling price”) melalui rebate / potongan. 

2. SPayLater (Shopee)

Kelebihan:

  • Jangkauan luas (semua pembelian Shopee).
  • Fleksibel: bayar bulan depan atau cicilan 3, 6, 12 bulan.
  • Banyak promosi baucer potongan harga.
  • Ansuran 1-3 bulan tiada interest!

Kekurangan:

  • Kos agak tinggi.
  • Caj pemprosesan 1.5% walaupun bayar bulan depan.
  • Akaun boleh dibekukan kalau lewat bayar.
  • Tiada diskaun untuk settle ansuran awal.

Struktur Bayaran:

  • Interest/Service fee: 1.5% sebulan (~18%, 18% setahun).
  • Yuran lewat: 1.5% sebulan.
  • Kad debit PayLater: ❌ Tiada.
  • Early settlement: ❌ Tiada (tetap perlu bayar baki + yuran penuh).

3. Ryt Bank Pay Later (Bank Digital)

Kelebihan:

  • Bank berlesen (di bawah BNM), lebih selamat.
  • Ada kad fizikal & maya untuk transaksi online/offline.
  • Pengguna boleh kawal had debit sendiri dalam app.

Kekurangan:

  • KYC lebih ketat macam bank biasa.
  • Penerimaan merchant masih baru, belum seluas e-wallet.
  • Kalau gagal bayar, akaun kena suspend walaupun tiada penalti lewat.

Struktur Bayaran:

  • Interest/yuran kewangan: 26.8% setahun (kadar efektif).
  • Yuran lewat: 1% sebulan (maksimum RM100).
  • Kad debit PayLater: ✅ Ada (kad fizikal).
  • Early settlement: ✅ Ya (hanya bayar baki pokok + caj hingga tarikh bayaran). Ryt Bank ada “early settlement benefit” jika bayar penuh dalam tempoh yang dibenarkan (sebelum atau pada due date), anda tidak perlu bayar interest / caj ansuran (yang belum bermula).

4. GrabPay Later

Kelebihan:

  • Sangat mudah untuk Ride, Food, Mart & merchant Grab.
  • Ada pilihan “Pay Next Month” tanpa faedah.
  • Integrasi lancar dalam ekosistem Grab.
  • Interest/Service fee: 1.5% sebulan

Kekurangan:

  • Kegunaan agak terhad (utama dalam ekosistem Grab & merchant partner).
  • Kelayakan bergantung rekod penggunaan Grab.

Struktur Bayaran:

  • Interest/service fee: 1.5% sebulan (18% – 36% setahun) untuk ansuran.
  • Yuran lewat: RM10 atau 1% (mana lebih tinggi).
  • Kad debit PayLater: ❌ Tiada.
  • Early settlement: ❌ Tiada (perlu bayar baki + yuran penuh).

Jadual Ringkas Perbandingan

Aspek Boost PayFlex SPayLater Ryt Bank Pay Later GrabPay Later
Jenis Produk Patuh Shariah Konvensional Konvensional (Bank) Konvensional
Wakalah Fee RM5 / transaksi - - -
Kadar Interest/Profit Tetap ~3–12% 1.5%–3.5% / bulan 8%–18% / tahun 1.33%–3% / bulan
Yuran Lewat 1% (didermakan) 1.5% / bulan 1% / bulan (max RM100) RM10 atau 1%
Kad Debit Fizikal ✅Ada ❌ Tiada ✅ Ada ❌ Tiada
Diskaun Early Settlement ✅ Ada ❌ Tiada ✅ Ada ❌ Tiada

Kesimpulan

  • Paling mesra Syariah: Boost PayFlex.
  • Paling senang untuk shopping online: SPayLater.
  • Paling selamat (di bawah bank berlesen): Ryt Bank Pay Later.
  • Paling mudah dalam ekosistem harian (makan/ride): GrabPay Later.

Apa pun pilihan, jangan lupa bayar on time. Caj kecil kalau diganda-ganda boleh jadi hutang besar.

Kalau nak paling jimat, SPayLater (3 bulan) dan Grab PayLater (bulan pertama) adalah pilihan sebab boleh elak interest sepenuhnya.

Jika kamu jenis yang suka buat bayaran langsai awal, pilihlah Ryt Bank atau Boost Pay Flex.

SPayLater pula memang popular sebab terus dalam Shopee, tapi kena hati-hati dengan processing fee yang “senyap-senyap” makan kos.

Tips penting:

Apa pun platform yang dipilih, pastikan bayar tepat masa. Walaupun caj interest nampak kecil, kalau terkumpul lama boleh jadi beban hutang.



Bonus: Atome PayLater

✅ Kelebihan

  • Tiga pembayaran mudah (“3-easy payments”): Anda bayar 1/3 awal, dan dua pembayaran lagi selang 30 hari.
  • Untuk ansuran 6 bulan: ada “installment rate” dikenakan, iaitu caj/“service fee” bagi pelan lebih panjang.
  • Tiada interest / caj tambahan untuk pelan “3 payments” / “3 bulan” — selagi anda ikut jadual pembayaran.

❌ Kekurangan / Had & Yuran Lewat

  • Yuran pemprosesan awal (“Processing Fee”), wakalah fee, dan duti setem akan ditolak dari jumlah pembiayaan (iaitu jumlah yang anda mohon akan dikurangi yuran-yuran ini terlebih dahulu).
  • Caj Lewat Bayar (Late Payment Charge): RM 23 untuk setiap pembayaran tertunggak.
  • Dalam beberapa kes, denda tambahan RM 7 juga mungkin dikenakan bergantung kepada sumber pembiayaan Atome untuk transaksi tertentu.
  • Akaun akan digantung (“frozen” / “tangguh”) jika gagal bayar tepat waktu, sehingga baki tertunggak + yuran lewat dibayar.
  • Interest/Service fee: 1.5% sebulan

ℹ️ Mengenai Early Settlement / Diskaun Penambahan

  • Tidak ada maklumat awam yang menyatakan Atome menawarkan diskaun khas jika selesaikan semua baki lebih awal selain daripada hanya elak yuran/lewat jika bayar tepat waktu.
  • Istilah “service fee” telah diperbaharui kepada “installment rate” untuk ansuran 6 & 12 bulan bermula Mei 2024.


Catat Ulasan

0 Ulasan