Pernah dengar kat tiktok, ig, thread, fb, x twitter cenggini??
“Hi, saya coffee lover.”
Ayat ni biasa kita dengar. Tapi bila ditanya kopi kegemaran apa, jawapannya selalunya:
Spanish Latte
Caramel Macchiato
Butterscotch Latte
Salted Caramel Latte
Jarang sangat kita dengar orang jawab,
Americano tanpa gula
Espresso
Black coffee
So persoalannya di sini,
kita betul-betul cintakan kopi, atau sebenarnya kita cintakan dessert yang menyamar jadi kopi?
Ada satu quote yang pedas tapi jujur:
“You don’t love coffee, you just love freaking dessert.”
Dan… sakit juga bila kena batang hidung sendiri 😅
Ujian Paling Jujur: Anda Ketagih Kopi atau Ketagih Gula?
Cuba buat ujian ringkas ni.
☕ Kalau anda boleh minum kopi pahit (Americano / Espresso / Latte tanpa gula)
dan masih rasa puas, fokus, dan “lega” —
👉 besar kemungkinan anda memang coffee lover.
🍰 Tapi kalau kopi pahit buat anda mencebik, tak boleh telan, dan perlu tambah gula, sirap, atau susu pekat baru rasa “boleh hidup” —
👉 kemungkinan besar yang anda kejar itu ialah gula, bukan kopi.
Ada orang kata:
“Saya tak boleh start hari tanpa kopi”
Tapi realitinya,
yang dia maksudkan ialah tak boleh start hari tanpa gula.
Spanish Latte: Kopi atau Minuman Pencuci Mulut?
Kita kena jujur sikit pasal Spanish Latte.
“Spanish” di sini bukan pasal biji kopi dari Sepanyol,
tapi campuran susu pekat manis.
Susu pekat = gula + lemak
Sirap tambahan = lebih gula
Foam + susu = lagi kalori
Dalam satu gelas Spanish Latte,
anggaran gula boleh mencecah 5–6 sudu teh.
👉 Saranan pengambilan gula tambahan harian: maksima 5 sudu teh sahaja.
Maksudnya apa?
Anda boleh habiskan “kuota gula harian” dalam 10–15 minit… hanya dengan satu cawan kopi pagi.
Belum campur kuih, biskut, air manis, atau dessert lepas makan tengah hari.
“Tapi Cappuccino Pahit, Tak Sedap”
Ini pun realiti yang ramai alami.
Cappuccino di kebanyakan kedai (termasuk rangkaian besar seperti Starbucks atau Coffee Bean) memang:
- Kurang manis
- Lebih pahit
- Banyak foam
- Rasa kopi lebih “ke depan”
Sebab itu ramai kata:
“Cappuccino ni tawar atau pahit, tak best.”
Padahal itu rasa kopi sebenar. Cuma masih ada SUSU PEKAT MANIS ATAU KRIMER PEKAT MANIS atau susu segar campur gula!
Bezanya,
kalau kita buat sendiri di rumah,
kita boleh kawal sukatan gula.
Masalahnya bukan cappuccino.
Masalahnya lidah kita dah terlalu biasa dengan manis melampau.
Kenapa Kita Perlu Ambil Berat Isu Ini?
Ini bukan soal “nak jadi hipster kopi” atau “nak tunjuk minum kopi pahit”.
Ini soal kesihatan jangka panjang.
Pengambilan gula berlebihan berkait rapat dengan:
- Obesiti
- Kencing manis
- Fatty liver
- Masalah hormon
- Energy crash (letih lepas minum manis)
Ironinya,
kita minum kopi untuk jadi bertenaga,
tapi gula berlebihan buat kita lagi cepat penat.
Tips Nikmati Kopi Dengan Lebih Bijak (Jadilah Anti-Gula Buatan)
Tak perlu ekstrem. Tak perlu terus minum espresso pahit hari pertama.
Cukup buat peralihan perlahan 👇
1️⃣ Minta “Less Sugar”
Kalau pesan latte berperisa:
- Less syrup
- Kurangkan susu pekat
- Jangan tambah topping manis
- No sugar added LEBIH BAIK!!
Lidah kita boleh dilatih.
2️⃣ Tukar Daripada Spanish Latte → Latte Biasa
Latte biasa pun masih ada susu. Biasanya KENA MINTA NO SUGAR!
Masih creamy.
Masih sedap.
Cuma latte di Malaysia masih ada gula tetapi gula tersembunyi.
3️⃣ Biasakan Americano atau Latte Tanpa Sirap
Mulakan:
- Americano + sedikit gula
- Lama-lama → no sugar
Anda akan mula rasa:
- Aroma kopi
- Rasa biji kopi
- Aftertaste yang sebenar
4️⃣ Fahami Ini: Tak Semua Orang Perlu Suka Kopi Pahit
Dan itu tak salah.
Yang penting: 👉 jangan keliru antara cinta kopi dan ketagihan gula
Kesimpulan: Nikmati Kopi, Tapi Jadi Pengguna Yang Sedar
Tak ada siapa larang minum Spanish Latte.
Tak ada siapa kata kopi manis itu “jahat”.
Cuma kita kena jujur dengan diri sendiri.
Adakah kita:
- Minum kopi sebab kafein dan rasanya?
- Atau sebab badan kita menjerit mahukan gula setiap pagi?
Bila kita sedar beza ni,
barulah kita boleh buat pilihan yang lebih bijak.
Minum kopi boleh jadi nikmat.
Tapi jangan biarkan habit harian jadi punca masalah kesihatan.
☕ Nikmati kopi anda.
🧠 Didik lidah anda.
🍬 Dan kawal gula sebelum gula kawal anda.
Cat lover tapi buang kucing.
Coffee Lover tapi gula-gula

0 Ulasan