Mengapa Mangsa Terjerat dengan Love Scam (Berdasarkan Statistik & Laporan PDRM)?
1. Manipulasi Emosi (Loneliness & Attachment)
- Mangsa cepat percaya kerana hubungan dibina secara emosi.
- Suspek gunakan kata-kata cinta, ambil berat dan perhatian berterusan.
2. Profil Palsu yang Meyakinkan
- Suspek menyamar sebagai individu berstatus tinggi (juruterbang, tentera, engineer).
- Gambar dan identiti kelihatan sah serta profesional.
3. Janji Ganjaran atau Masa Depan
- Mangsa dijanjikan:
- Hadiah bernilai tinggi
- Perkahwinan
- Kehidupan bersama
- Ini mendorong mangsa untuk terus percaya tanpa syak.
4. Teknik Urgency & Tekanan
- Mangsa didesak membuat bayaran segera:
- Kastam tahan barang
- Kecemasan hospital
- Tiada masa untuk berfikir atau semak kesahihan.
- Mangsa sedang terdesak mencari jodoh terutama sekali di kalangan andartu, balu dan janda.
- Ada juga mangsa yang terdiri daripada isteri orang yang menghadapi masalah rumahtangga dan ingin mencari peganti sebelum bercerai rasmi.
5. Penglibatan Pihak Ketiga Palsu
- Sindiket gunakan “pegawai kastam”, “kurier”, atau “peguam”.
- Ini menjadikan penipuan nampak lebih realistik dan rasmi.
3 Ending Kisah Love Scam (Saat Mangsa Sedar Ditipu)
1. Suspek Hilang Secara Tiba-Tiba
- Selepas wang dipindahkan, semua komunikasi terputus.
- Akaun media sosial dan nombor telefon tidak dapat dihubungi.
2. Permintaan Wang Tidak Berhenti
- Mangsa mula curiga apabila bayaran sentiasa bertambah:
- Caj kastam
- Denda
- Yuran pelepasan
- Tiada hasil walaupun banyak bayaran dibuat.
3. Disahkan oleh Pihak Berkuasa / Pihak Ketiga
- Mangsa membuat semakan dengan:
- Polis
- Bank
- Keluarga/rakan
- Baru sedar modus operandi yang sama telah banyak dilaporkan.
LOVE SCAM: TREND YANG KIAN BERKEMBANG
PRINSIP PERUNDANGAN & PENGUATKUASAAN
Maklumat mengenai akta-akta di Malaysia yang berkaitan dengan jenayah siber dan agensi penguatkuasanya:
Teras Utama (MSC Bill of Guarantee No. 7)
"...any act (that) is illegal in the physical world, it will similarly be outlawed in the online environment."
PRINSIP:
Sesuatu yang menjadi kesalahan di luar talian (Offline), juga menjadi kesalahan di atas talian (Online).
Senarai Akta & Kesalahan Terlibat
| Akta | Agensi | Kesalahan |
|---|---|---|
| Akta Jenayah Komputer 1997 | PDRM | Hacking |
| Kanun Keseksaan | PDRM | Scam, Pemerasan, Kecurian |
| Akta Komunikasi & Multimedia 1998 | MCMC | Lucah, Jelik, Palsu |
| Akta Rumah Judi Terbuka 1953 | PDRM | Judi |
| Akta Hakcipta 1987 | KPDN | Cetak Rompak |
| Akta Hasutan 1948 | PDRM | Hasutan |
LOVE SCAM: MODUS OPERANDI
Penjelasan mengenai cara sindiket Love Scam beroperasi mengikut urutan:
Langkah 1: Berkenalan
- Mangsa berkenalan dengan suspek melalui media sosial (Facebook, Instagram, dll).
- Suspek akan menyamar sebagai:
- Juruterbang
- Peniaga
- Tentera
- Jurutera oil & gas
- Suspek akan menggunakan kata-kata manis sehingga mangsa jatuh cinta.
- Suspek kemudian memperdaya mangsa dengan alasan:
- Beri hadiah
- Pelaburan perniagaan
- Wasiat
- Bayaran bil hospital
Langkah 2: Minta Bayaran
- Mangsa dihubungi oleh pihak ketiga yang menyamar sebagai:
- Syarikat kurier
- Kastam
- Peguam
- Mangsa diminta membuat bayaran bagi mendapatkan bungkusan / harta yang dijanjikan suspek.
STATISTIK KES (JANUARI – FEBRUARI 2025 VS 2026)
1. Statistik Mengikut Modus Operandi
| Bil | Modus Operandi | Jum. Kes (2025) | Jum. Kes (2026) | -/+ Kes | Kerugian 2025 (RM) | Kerugian 2026 (RM) | -/+ Kerugian (RM) |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Tipu Pembelian Online | 87 | 172 | +85 | 787,391.42 | 1,304,202.73 | +516,811.31 |
| 2 | Phone Scam | 55 | 38 | -17 | 1,239,211.96 | 1,035,367.90 | -203,844.06 |
| 3 | Love Scam / Parcel Scam | 10 | 10 | 0 | 287,690.00 | 598,510.00 | +310,820.00 |
| 4 | Pinjaman Tidak Wujud | 56 | 67 | +11 | 356,696.84 | 633,811.33 | +277,114.49 |
| 5 | Tipu Tawaran Pekerjaan | 37 | 47 | +10 | 858,496.58 | 485,116.65 | -373,379.93 |
| 6 | Pelaburan | 45 | 80 | +35 | 1,350,239.96 | 3,012,064.42 | +1,661,824.46 |
| 7 | Menyamar Rakan/Keluarga | 24 | 17 | -7 | 130,411.00 | 40,903.00 | -89,508.00 |
| JUMLAH | 314 | 431 | +117 | 5,010,137.76 | 7,109,976.03 | +2,099,838.27 |
2. Statistik Mengikut Kategori Pekerjaan
| Bil | Kategori | Jum. Kes 2025 | Jum. Kes 2026 | -/+ Kes | Kerugian 2025 (RM) | Kerugian 2026 (RM) | -/+ Kerugian (RM) |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Kerajaan | 46 | 99 | +53 | 797,131.14 | 1,542,473.85 | +745,342.71 |
| - Guru | 11 | 10 | -1 | 336,206.50 | 139,395.00 | -196,811.50 | |
| - Kesihatan | 11 | 10 | -1 | 272,626.00 | 56,693.00 | -215,933.00 | |
| - Tentera | 3 | 2 | -1 | 9,694.00 | 15,250.00 | +5,556.00 | |
| - Lain-lain | 21 | 77 | +56 | 178,304.64 | 1,331,135.85 | +1,152,831.21 | |
| 2 | Swasta | 141 | 189 | +48 | 1,793,946.37 | 3,032,695.30 | +1,238,748.93 |
| 3 | Pelajar | 32 | 32 | 0 | 202,805.01 | 318,493.93 | +115,688.92 |
| 4 | Ahli Perniagaan | 18 | 16 | -2 | 378,328.00 | 160,974.00 | -217,354.00 |
| 6 | Suri Rumah | 11 | 35 | +24 | 337,220.41 | 314,957.00 | -22,263.41 |
| 7 | Sendiri | 47 | 27 | -20 | 1,172,785.35 | 304,532.52 | -868,252.83 |
| 8 | Pesara | 19 | 33 | +14 | 328,221.48 | 1,435,849.43 | +1,107,627.95 |
| JUMLAH | 314 | 431 | +117 | 5,010,137.76 | 7,109,976.03 | +2,099,838.27 |
RINGKASAN UTAMA
-
Peningkatan Kes:
Terdapat kenaikan daripada 314 kes (2025) kepada 431 kes (2026). -
Kerugian Tertinggi:
Modus operandi Pelaburan mencatatkan kerugian tertinggi pada tahun 2026 iaitu melebihi RM 3 juta. -
Kategori Mangsa:
- Sektor Swasta mencatat jumlah kes tertinggi.
- Kategori Pesara menunjukkan peningkatan kerugian paling ketara (melebihi RM 1.1 juta).
Moral of the Story: Cinta Itu Buta, Tapi Jangan Sampai Jadi Pekak & Pokai
Zaman sekarang, "I Love You" bukan lagi sekadar luahan perasaan, tapi dah jadi strategi pemasaran. Kalau profil media sosial nampak terlalu sempurna, muka macam artis, kerja luar negara, tapi bila nak jumpa ada saja halangan, itu bukan jodoh dari langit, itu scammer tengah 'memancing'.
Nasihat "Sentap" Untuk Kita Semua:
Jangan Terlalu "Desperate": Kita memang nak teman hidup, tapi biarlah berpijak di bumi nyata. Kalau baru kenal dua hari dah panggil "Honey" dan "Sayang" sambil minta duit, itu bukan soulmate, itu penyedut hampagas yang nak sedut duit simpanan anda.
Logik Atas Emosi: Ingat, kastam takkan telefon individu secara peribadi untuk minta bayaran denda guna akaun bank personal. Itu peraturan asas, jangan buat-buat lupa sebab dah "mabuk" dengan janji manis.
Duit Bukan Pengukur Cinta: Kalau dia betul-betul sayang, dia takkan biar kita berhutang atau pecah tabung haji untuk "selamatkan" dia. Cinta sejati tak minta nombor PIN kad ATM.
Kad kamu milik kamu, pin kamu milik kamu, password kamu milik kamu, TAC kamu milik kamu. Bila kau kongsi, kau sedang beri pusaka dan harta pada orang lain secara ikhlas.
Kesimpulannya: Cukuplah kita jadi mangsa keadaan, jangan jadi mangsa kebodohan sendiri. Lebih baik single tapi berduit, daripada ada "kekasih" di hujung skrin tapi poket kering kontang. Kalau rasa was-was, tanya kawan atau keluarga. Kadang-kadang orang luar lebih nampak "bendera merah" yang kita sibuk abaikan sebab hati tengah berbunga.
Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong (duit dalam bank) berciciran!

0 Ulasan