6 Sebab Kenapa Kedai Makan Boleh Kena ‘Blacklist’ Dengan Pelanggan Selepas First Visit
Pernah tak korang semangat nak try satu kedai makan baharu, mungkin sebab viral dekat TikTok atau aesthetic dia macam gempak, tapi lepas sekali je jejak kaki, korang terus sumpah tak nak datang lagi? Haa, korang tak berseorangan.
Sebenarnya, nak tarik pelanggan datang kali pertama tu senang, tapi nak suruh dorang repeat order tu yang mencabar. Netizen telah pun bersuara, dan ini adalah rumusan padu kenapa kedai makan korang boleh kena ‘one-time stand’ dengan pelanggan. Jom kita bedah satu-satu!
1. Poket Koyak: Masalah Harga & Caj Hidden
Zaman sekarang semua benda mahal, tapi janganlah sampai harga makanan tu tak masuk akal.
- Harga Terlampau Mahal: Pelanggan paling pantang kalau kena "harga kayangan" atau "harga Yahudi". Hidangan biasa-biasa, nasi goreng biasa dengan telur mata, tapi caj macam makan dekat hotel lima bintang. Istilah mudahnya, macam nak "kerat tengkuk" pelanggan!
- Caj Air Kosong Melampau: Satu lagi benda yang boleh buat orang terus hilang selera ialah air kosong yang dicaj sampai RM3.50 segelas. Air masak je pun, bukan air mineral gred premium dari pergunungan Alps!
- Gerai Tepi Jalan Harga Kalah Restoran: Ini pun satu hal, kau meniaga tepi jalan jenpun. Sewa kedai, api air, tak ada. Pekerja pula, kau taukeh, kau ler kuli. Tapi air boba kau, Mixue boleh beli dua.
2. Turn-Off Paling Besar: Tahap Kebersihan & Higien
Ini memang red flag paling utama. Kalau makanan sedap macam mana pun, tapi bab kebersihan ke laut, memang kirim salam jawapannya.
- Premis & Kemudahan Kotor: Kedai bau hapak, meja melekit lambat dikemas, tandas macam tak pernah basuh setahun, plus ada special appearance daripada lalat tegar atau tikus sebesar kucing. Auto-cancel!
- Bendasing dalam Makanan: Tengah syok mengunyah, tiba-tiba jumpa rambut, atau paling ngeri, ada telur lalat pada lauk. Malah, makanan yang terlampau masin sampai potong selera pun dikira sebagai isu kualiti kebersihan penyediaan.
- Pekerja Pengotor: Pelayan yang mencedok makanan kelihatan comot atau "belemoih". Lagi parah kalau kantoi keluar tandas tapi tak basuh tangan dengan sabun.
- Kedekut Sabun: Dekat sinki basuh tangan, sabun dia punya cair macam air paip sebab tauke campur air nak jimat kos. Nak cuci minyak kat tangan pun tak lepas!
- Meja kotor: Dah ler meja kosong, makanan tak angkat. Dah panggil, suruh clear, lepas tu lap meja ala kadar..
- Lalat bersepah: Tau ler lalat banyak, ni dengan makanan tak tutup, tk ada yang kawal lalat, telur lalat bertompok-tompok.. big NO.
3. Rosak Mood: Kualiti Servis & Layanan Pekerja
Orang datang kedai makan bukan setakat nak isi perut, tapi nak tenangkan fikiran lepas penat kerja.
- Sikap Sombong & Kasar: Baru sampai, muka tauke atau pelayan dah kelat macam "muka ditampar setan". Tiada senyuman, bercakap nak tak nak, malah ada yang layan pelanggan macam nak ajak bertumbuk.
- Pekerja Tidak Cekap: Pelanggan dah angkat tangan macam nak jawab soalan periksa, tapi pelayan boleh buat bodoh sebab sibuk bergosip, bergelak tawa, atau main telefon sesama sendiri.
- Pelayan Menggedik: Ini pun satu hal. Tingkah laku pekerja yang tidak profesional, suka menggatal, atau menggedik dengan pelanggan boleh buat orang rasa rimas dan tak selesa. Dah tau customer datang bawak bini, jangan ler gewdik nau!
- Muka ketat: Memang ler kami nak datang makan je, tapi kalau muka ketat, kita orang pun hilang mood. Macam ler kau sorang je ada masalah. Ambil MC ler kalau masalah besau nau!
4. Menunggu Sampai Berjanggut: Kelajuan & Sistem Pesanan
Masa itu emas, dan perut yang lapar tak boleh dibawa bincang.
- Servis Terlalu Lambat: Kedai tak ramai orang, tapi nak tunggu sepinggan mi goreng sampai sejam. Ada kes lagi sedih, duduk punya lama, rupanya order langsung tak ambil.
- Sistem Giliran Tidak Adil: Isu pilih kasih! Kita yang datang dulu duduk menung, tapi meja sebelah yang baru sampai (atau yang order besar/kawan-kawan tauke) dapat makanan dulu.
- Salah Hantar Pesanan: Kita pesan nasi ayam, yang sampai kuetiau goreng. Bila hantar balik ke dapur, kena tunggu lagi setengah jam.
- Pilih kasih: Eh, mentang ler kau kenal orang tu, kita orang yang dah 30 minit tunggu order sampai, orang lain dapat order dulu padahal dia baru 10 minit sampai.
5. Indah Khabar Dari Rupa: Kualiti Rasa Makanan
- Makanan Tidak Sedap: Rasa hidangan yang mengecewakan. Ataupun kes "harapan palsu"—masa bulan pertama buka main main sedap, tapi bila dah lama, rasa dia terus jadi hambar dan tak konsisten.
- Menu Tidak Tersedia: Buku menu tebal macam kamus, semua benda nampak sedap. Tapi bila nak pesan, "Maaf bang, ini habis, itu habis." Akhir sekali yang tinggal cuma nasi goreng bujang.
6. Vibes Kelaut: Suasana & Kemudahan Kedai
- Kedai Kerap Tutup: Hari ini buka, esok tutup. Waktu operasi biskut—kejap ada, kejap tak ada. Kesian dekat pelanggan yang datang dari jauh, alih-alih kena hadap grill besi berkunci.
- Persekitaran Tidak Selesa: Keadaan kedai yang bahang dan panas, dipenuhi asap rokok, atau susun atur meja yang sempit sampai nak bangun ambil sambal pun berlaga punggung dengan orang lain. Paling rimas kalau dapat meja fizikal "jongkang-jongkit" yang tak stabil—silap gaya tumpah air kopi atas seluar.
💡 Nota Santai Netizen:
Tapi tulah, dalam banyak-banyak sebab dekat atas, ada juga netizen yang bagi komen plot twist. Katanya, kadang-kadang pelanggan tak datang lagi tu bukanlah sebab kedai tu bermasalah. Tapi sebab faktor peribadi... sama ada tengah poket kering (tiada duit) ataupun sbb dorang ada hutang "tulis buku" yang belum dijelaskan dekat kedai tersebut. Jadi jalan selamat, dorang banned diri sendiri daripada lalu depan kedai tu!
Sebagai pemilik kedai makan, kalau nak bisnes bertahan lama, cubalah elakkan 6 perkara di atas. Pelanggan zaman sekarang ada banyak pilihan, sekali dorang pangkah, memang rugilah jawapannya! ❤️

0 Ulasan