Sunni Syiah Bersatu Menuju Al-Malhamah Al-Kubro Bhgn 6

 Afghanistan dilabel barat sebagai negara tak pernah kalah perang. Walaupun dari segi politik, Taliban kalah.

Chechnya adalah negeri tak pernah kalah zaman komunis Soviet Union, walaupun dunia tak mengiktiraf kemerdekaan Chechen.

Iran adalah Persian, memang tak pernah kalah sejak beribu tahun kecuali kepada Saidina Ali sahaja. 

Dan ada hadis, 3 negara tentera akan membentuk satu pakatan tentera besar bersama Imam Mahdi. Penyertaan negara Islam lain kurang, sehingga nabi mengancam, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak dalam salji.

Haq tetap haq, batil tetap batil. Ulama' sembunyikan hadis, tugas kita sebarkan hadis. Sebarkan hadis walaupun satu ayat! Carilah kebenaran dengan kebenaran. Setelah sampai ke bahagian 6, mungkin juga karangan ini tidak benar. Tetapi sebahagian besar dikutip dari hadis dan pengolahan gaya cerita dibuat sesuai dengan situasi semasa dan selera gaya bacaan generasi zaman sekarang.


Kesan dari kekalahan selepas 18 bulan berjuang itu menyebabkan "Muhammad" lari ke tanah airnya di Madinah. Bersembunyi takut² identiti dikenali oleh proksi Tentera Sufyani. Ketika itulah, ramai penduduk Madinah mengenalinya dengan paras rupa tampan, bercahaya. Ingatkah satu kisah, di mana ada seorang sahabat nabi terlalu tampan dan sering menjadi bahan fitnah wanita? Dia mengadu pada nabi, dan nabi memberi cadangan supaya dia ke Parsi. Di Parsi, penduduknya kebanyakkannya tampan dan jelita, maka ketampanan sahabat ini akan menjadi semulajadi dan biasa² sahaja. Itulah sebab mengapa tiada orang mengenali calon Imam Mahdi semasa beliau di Iran bahkan Pemuda Bani Tamim turut tidak mengecam raut wajah itu.


Syarat besar Tentera Sufyani dihantar ke Makkah mestilah, berlaku perselisihan 3 putera selepas wafatnya Raja Saudi. Berlaku beberapa tragedi buruk di Mekah dan beberapa pertumpahan darah akibat ketegangan politik perebutan takhta di sana. Nampaknya pada 27 Feb 2021, salah seorang putera Salman telah dituduh melakukan pembunuhan. Penulis berkira-kira, mungkin kejadian ini akan mewujudkan kelompok berpuak² di masa akan datang untuk menjatuhkan kredibiliti masing² ketika krisis perebutan takhta kelak.


Merujuk pada kisah bahagian 5, "Muhammad" melarikan diri ke Madinah. Kemudian dia didatangi oleh penduduk Madinah pula lalu membawanya keluar dari rumah dalam keadaan beliau enggan. Kemudian beliau lari ke Makkah. Ketika krisis perebutan takhta berlaku, maka secara tidak sengaja, 7 ulama' dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan haji atau umrah, bersama pengikutnya di kalangan wali Allah iaitu keseluruhannya berjumlah 313 bersepakat untuk mencari khalifah yang baharu kerana amat meyakini, sudah tiba masa Imam Mahdi dibaiah. Ini berdasarkan petunjuk hadis bahawa, 3 putera berebut takhta. Ketika itulah Imam Mahdi perlu diangkat menjadi pemimpin.


Selepas mencapai kata sepakat, akhirnya kesemua ulama itu melakukan pencarian. Di situlah mereka menemui seorang jejaka tampan di hadapan Kaabah, mirip dengan fizikan Rasulullah. Ulama' yang memandang dengan mata hati itu mendekati pemuda itu dan berkata, kamulah Imam Mahdi! Walaupun "Muhammad" menafikan bahawa dia Imam Mahdi, tetapi akhirnya setelah beberapa kali siri lari dari Mekah ke Madinah, kemudian orang Madinah pula merayu menjadi Imam Mahdi, dia lari semula ke Mekah, beliau akhirnya akur juga dengan kehendak ulama' ini dan memohon agar diberikan tempoh untuk bermunajat kepada Allah. Dalam semalaman, Allah mengurniakan semua ilmu peperangan, hadis, fiqh, usuluddin dan sebagainya. Beliau lalu dibaiah di antara Rukun Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim.


Ada hadis berbunyi, “Kalian akan perangi jazirah Arab sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian (kalian perangi) Parsi sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Rom sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Dajjal sehingga Allah menangkan kalian atasnya.” 


Peperangan pertama Imam Mahdi adalah di Mekah bersesuaian dengan hadis tadi. Setelah berita Imam Mahdi dibaiah tersebar, tentera Al-Hashimi datang berbaiah membawa bendera hitam yang pernah diserahkan kepada Syuaib dahulu. Ini kerana tentera mereka berada di laut dan sangat mudah sampai ke Makkah lalu mendarat dan mudah bertemu Imam Mahdi mahdi yang telah dibaiah ulama'. Jentera kekuatan pertama Imam Mahdi inilah berjaya mengusir tentera Arab Saudi Wahhabi yang ketika itu melakukan kerosakan akibat konflik perebutan takhta. Beberapa tentera dihantar sekali lagi oleh Kerajaan Saud dari Madinah, untuk menewaskan Tentera Imam Mahdi di Makkah ketika itu, walaupun Imam Mahdi tidak mempunyai keanggotaan yang ramai lagi. Berita penentangan ini sampai kepada pemerintah Banu Sufyani di Suriah. Oleh kerana Saudi dan Suriah telah menjadi proksi dan sekutu Amerika, seterusnya as-Sufyani mengirimkan pasukan tentera tehebat ke Makkah. Dalam perjalanan, mereka singgah di al-Baida' yang pada ketika itu kebetulan bulan bulan purnama (ulama' mentakrifkan sama ada bulan Ramadah atau Zulhijjah) sedang mengambang.


Kerana besarnya jumlah dan hebatnya kelengkapan tentera Sufyani ini, beberapa orang yang menyaksikan perkara ini berkata, “Aduh! Celakalah kamu semua wahai penduduk Makkah kerana telah didatangi oleh pasukan tentera hebat ini.” 

Setelah beberapa ketika, mereka bertasbih beristighfar mereka yang menyaksikan peristiwa ini kerana khuatir apa yang akan berlaku di Makkah. Ternyata bukan semua penduduk Mekah dan Madinah adalah wahhabi. “Subhanallah! Mereka telah berangkat sebentar tadi”, itulah kata² dari seorang pemuda apabila melihat, tiada lagi tentera Sufyani dan Wahhabi di Madinah kerana sedang menuju ke Makkah menentang Tentera Panji Hitam pimpinan Imam Mahdi yanh telah dibaiah.


Beberapa pemuda tadi cuba mengekori tentera Sufyani, perlahan-lahan dari belakang, khuatir jejak mereka diketahui. Mereka ini tahu hadis akhir zaman. Jika berlaku peristiwa seterusnya, maka benarlah lelaki yang dibaiah itu seorang Imam Mahdi, bukan syiah, bukan CIA, bukan proksi barat!


Wallahi, di sana para pemuda itu menemui pasukan tentera tadi dalam keadaan terbenam separuh badan ke dalam tanah. Mereka mendekati para tentera itu dan cuba menolong mereka tetapi tentera sufyani dan wahhabi semakin ditelan bumi. Akhirnya para pemuda ini mengetahui bahawa pasukan itu sebenarnya telah ditelan oleh bumi. Para pemuda itu pun bergegas ke Makkah untuk menyampaikan khabar tersebut. "Wallahi Tentera Sufyani dan Wahhabi tenggelam dalam tanah!"


Mendengarkan berita ini, penduduk Makkah mengucapkan "Alhamdulillah", kemudian mereka berkata, “Inilah dia tanda-tanda yang sangat-sangat kami tunggu selama ini.” . Berita ini terus tersebar ke pelosok negara Islam.


Kisah ini tersebar ke seluruh dunia dengan cepat bahawa "Imam Mahdi dah muncul! Imam Mahdi dah muncul!" Maka datanglah beberapa serpihan tentera panji hitam yang sedang bersembunyi, dari Suriah dan Iraq. Serpihan tentera panji hitam mula berarak ke Makkah dan sebahagumian lain pula ke Ghoutah Suriah untuk bersama Syuaib Tamim Ad-Dari kerana mereka sebahagiannya mengingati janji ketua mereka, apabila Imam Mahdi dibaiah, bersegeralah kau bersama aku di Ghoutah. Maka berbondong-bondong pemuda dari seluruh dunia menuju ke Suriah. Ada yang ke Yemen, ada yang ke Mesir dan ada yang ke Iraq, berpandukan pada hadis Rasulullah berkata bahawa jika kau tidak mampu ke Syam (kerana gentar kekuatan musuh yang luar biasa), menetaplah di Yemen, Mesir dan Iraq. 


Setelah kejadian tanah jerlus itu, Imam Mahdi berarak ke Ghoutah bersama tentera al-Hashimi dan lain-lain lagi. Di Ghoutah, bertemulah sahabat seperjuangannya, bekas ketuanya di kalangan Bani Tamim. Di situ, penyerah panji secara rasmi diadakan sambil disaksikan Jeneral Al-Hashimi. Jeneral Bani Tamim pun berkata kepada semua tenteranya, "mulai hari ini, aku berbaiah kepada Imam Mahdi dan dia adalah ketua dan pemimpin kita di akhir zaman. Berbaiahlah kamu semua kepadanya sepenuh hati sebagaimana aku."


Misi seterusnya Imam Mahdi menakluki jazirah Arab dan memusnahkan semua kekuatan tentera Sufyani dan Wahhabi, kemudian ke Iran untuk penaklukan semula negara itu dan menghapuskan semua sistem sekular dan monarki di sana. Kemudian penaklukan rom.


Benarlah hadis tadi, mengikut peraturanNya. “Kalian akan perangi jazirah Arab sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian (kalian perangi) Parsi sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Rom sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Dajjal sehingga Allah menangkan kalian atasnya.” 


Jumlah tentera Imam Mahdi semakin bertambah sehingga hampir 300,000 orang di Suriah. Ia menggusarkan barat dan Yahudi. Bermulalah siri Perang Akhir Zaman. Penyatuan semua mazhab dalam Islam dari 73 menjadi 1. Bukanlah bermaksud One World Order dan buat agama baharu, tetapi mengembalikan sistem pemerintahan Rasulullah s.a.w semula di atas muka bumi ini.


Sebahagian Tentera Sufyani berpaling tadah kerana mereka baru menyedari, Pemerintah mereka adalah pendusta dan mereka diperalatkan. Perang sesama muslim, yang terbunuh dan dibunuh, dua² masuk neraka. Mereka baru menyedari, mereka tertipu. Maka, Jeneral bani sufyani itu, entah tidak diketahui nasibnya kerana ketika itu umat Islam mula menyedari, bahawa mereka tertipu dengan permainan illuminati Freemason yahudi. Sebab itulah, hanya yang beriman akan sentiasa berhati² dengan diayah puak ini. 


Malangnya, ada pula pemuda yang berkata pada hari ini, "nabi suruh berhati² dengan fitnah dajjal, bukannya suruh fitnah pada dajjal". 


Betapa ceteknya iman ummat akhir zaman ini mempermainkan apa yang Rasulullah sering sebut ini. Bodoh.. jahil.. itulah label yang boleh diberikan kepada pemuda twitter itu yang mempermainkan agama. Semoga Allah memberi hidayah kepada pemuda jahil itu. Takutilah fitnah dhuhaima kerana dengan fitnah ini, ia tercetus peristiwa Imam Mahdi dibaiah. Melalui fitnag dhuhaima' barulah kita tahu, yang mana beriman, yang mana fasik dan munafik. Ramai di antara kita masih keliru, yang mana benar dan yang mana palsu. Tunggulah fitnah dhuhaima' berakhir dan kita akan nampak dua kelompok Islam terbahagi dua, beriman dan tidak beriman. Takutilah olehmu wahai ulama' suu dan para sahabatku semua dengan fitnah dhuhaima ini


Kerana hadis isbahan, mereka berkata iran negara dajjal. Ini tidak adil bagi mereka yang belajar hadis akhir zaman. Kalau begitu, Baitulehem adalah negara dajjal? Kerana pusat pemerintahan dajjal di situ, betul tak?


Kerana hadis isbahan, mereka berkata iran negara dajjal. Ini tidak adil bagi mereka yang belajar hadis akhir zaman. Kalau begitu, Baitulehem adalah negara dajjal? Kerana pusat pemerintahan dajjal di situ, betul tak?


Habis tu hadis dua tanduk syaitan nak letak kat mana? Isyarat pada SAUDI!!


Iran adalah negara unik, satu²nya negara pecinta ahlulbait yang TEGAR. Negara lain, Yemen dan Suriah. Memang bertepatan dengan hadis nabi dengan akhir zaman yakni, kubu muslim di akhir zaman adalah Yemen, Iran dan Suriah.


Tidaklah Albuti dibom, melainkan oleh wahhabi. Tidaklah pemerintah suriah mengamuk kerana gurunya mati dibom melainkan sumpahnya menghapuskan wahhabi di suriah. Sejarah tak pernah lupa isis

Bersambung..


Catat Ulasan

0 Ulasan