Skip to main content

Sunni Syiah Bersatu Menuju Al-Malhamah Al-Kubro Bhgn 5

Setelah sampai ke tajuk ini, mungkin ada yang cuba memomokkan bahawa jalur laluan yang ingin dibentuk oleh Iran menuju ke Falastin adalah laluan sutera Dajjal! Boleh sahaja kita pusing cerita ini kerana kita tidak tahu pihak mana benar dan pihak mana dusta. Boleh jadi Basyar Assad itu adalah Bani Sufyani? Bukankah Syiah Alawiyah lebih kuat bertaqiyyah berbanding Syiah Imamiah? Jelas sekali di media, terdapat pembantaian tentera pro Basyar Assad hampir sama dengan hadis pembantaian Sufyani ke atas umat Islam sendiri. Kemudian, Basyar Assad ke Iraq dan melakukan pembantaian ke atas kelompok sunni yang minoriti di Kufah? Di Karbala? Kemudian barulah tentera panji hitam masuk melalui... hmmm, melalui mana? Turki? Untuk menghapuskan tentera Basyar Assad di Iraq. Ini bermakna, adakah Tentera Panji Hitam akan lalu di Iran dulu kan? Tak logik! Sama sekali tidak logik walaupun terang tertulis, dari Khurasan.


Maka dengan itu, Amerika sudah membuat percaturan ini dengan menaja semua keperluan ISIS. Digambarkan bahawa hero sunni pro barat dan wahhabi iaitu Daulat Al-islam 'Eraq ila Sham (Daesh) menjadi tentera panji hitam bermula di Iraq membantai umat Islam di sana semata-mata untuk menentang Syiah di Iraq kemudian di Suriah pula mereka menyertai Parti Pembangkang (FPA) di sana menentang Basyar Assad. Tetapi malangnya percaturan Amerika ini nampak pelik kerana sepatutnya jika ikut turutan, Basyar Assad wajib melakukan pembantaian di Kufah dan Makkah, tetapi sebaliknya muncul Panji Hitam versi Daesh terlebih dahulu membantai tentera Basyar Assad di Iraq kemudian barulah Suriah. Nampaknya Amerika belum cukup habis mengkaji hadis atau terlalu gelojoh mencatur strategi. 


Tentera² asing upahan Amerika inilah yang mensabotaj Basyar Assad dengan mengebom di sana sini, kemudian mereka mendakwa, ini kerja Basyar Assad. Kecintaan Basyar Assad kepada Said Ramadan Al-Buti menyebabkan ulama' ini dibom oleh pengebom berani mati. Sumber jelas bahawa pengebom ini anak muda iaitu anak dari salah seorang pimpinan besar Parti FPA iaitu pembangkan di Syria 8 tahun lepas. Basyar Assad berikrar, akan menghapuskan semua tali barut pro Amerika di Syria setelah bersedih kehilangan ulama' yang dicintainya itu. Janji ini sangat dipegang kuat hingga sekarang.


Semakin memeningkan kerana banyak bercanggah dengan hadis. Selagi Iran terus kekal dengan Khomeini, mana mungkin perang akhir zaman akan melanda. Sebab itulah ISIS tidak bermula di Khurasan kerana Iran dikawal rapi oleh Khomeini dan Angkatan Pengawal Revolusi Iran. Itulah satu²nya negara di Timur Tengah yang masih tidak berkerjasama dengan Amerika dan Rom bahkan mengancam Israel. 


Persoalannya, siapa pula tentera yang akan berarak dari timur ini? Mustahil kita hendak mengakui bahawa, Angkatan Tentera Revolusi Iran inilah yang sedang melatih mereka. Maka di situlah wujud teori, Panji Hitam bukanlah Taliban tetapi askar dari Malaysia, Pakistan dan Indonesia. Haru. Adakah Pakistan? Mungkin tidak, buktinya? Salah satu maqam Kaabah menghadap ke Malaysia dan Indonesia. Itulah kesimpulan mudah. Haru biru sekali lagi.


Mawara An-Nahar ( ماوراء النهر) adalah terletak di Khurasan dan ulama' telah menetapkan ianya sekitar Afghanistan, Iran, Uzbekistan, Tajikistan dan Turkeministan. Mereka adalah kelompok kecil tentera yang mampu menawan dunia. Ia juga tentera tidak pernah dikalahkan. Cara mengenalinya, ia mendukung dan mencintai ahlul bait.

Setakat ini, tentera Taliban lebih dekat dengan pembayang ini. Pembayang ini dikuatkan lagi apabila Taliban berjaya menakluki Afghanistan tanpa pertumpahan darah dalam masa 2 minggu sahaja walaupun kumpulan mereka kecil.

Cuma nama Harrith dan Harrath belum berlegar lagi sebagaimana nama Imam Mahdi (Muhammad/Ahmad) dan nama ketua Bani Tamim (Syuaib). Apabila nama² ini muncul, maka dekatlahlah sangat Perang Al-Malhamah Al-Kubro bakal terjadi.


Malaysia dan Indonesia, tidak pernah melibatkan diri dalam peperangan lebih 60 tahun. Generasi muda gila tiktok, bigo, atau kalau berperang pun sekadar winner winner chicken dinner. Mungkin ada benarnya dari Malaysia dan Indonesia kerana dua negara ini, Amerika tidak berani bom atau serang. Inilah petanda, tentera dua negara ini tidak pernah dikalahkan lebih 60 tahun berbanding Iran yang cuma baru 50 tahun tidak pernah dikalahkan. Yang senior, barulah dinamakan otai! Semua ini mimpi di siang hari. Tahukah, di Falastin.. diayah yang mengatakan tentera Panji Hitam adalah dari Malaysia juga berlegar sehingga ketika Gaza di bom, para pemudanya merakam satu video, "Wahai Pemuda di Malaysia, bangunlah dari tidur kalian.. kami perlukan kalian semua.." Malangnya, winner winner chicken dinner sahaja suasana di sini.


Wah, semakin menarik topik ini. Kita tinggalkan dahulu apa yang berlaku di Makkah. Fokus kepada Iran, negara terbitnya Panji Hitam. Sepakat ulama' menyebut dari Khurasan. Aduh, bukankah Dajjal yang muncul? Apa kaitannya dengan The Black Parade? Baiklah, sesiapa ingin faham topik ini, sila baca dahulu Bahagian 4 kerana ada nama² "bani" yang pasti mengelirukan.


Ketika Bani Sufyani menggulingkan kerajaan Suriah dan melakukan kerosakan berganda, mereka mengirimkan dua tentera, satu ke Makkah dan satu lagi ke Kufah untuk membantai Syiah. Tetapi sudah tentu ke Kufah dan Karbala terlebih dahulu kerana ada syarat khusus untuk tentera ini dihantar ke Makkah. Nanti kita bincang di bahagian 6.


Kemungkinan besar, kepimpinan Iran sedia ada, lemah kerana tekanan politik dan sekatan ekonomi berganda di mana kita dapat lihat kini, sebahagian rakyat Iran ingin mengembalikan sistem monarki semula. Dari situlah, Pemerintah Bani Sufyani menghidu peluang, mungkin ketika itu Khomeini sedang dalam proses digulingkan. Tentera Sufyani dari Suriah ini ingin memasuki Iran dari Baghdad dan Kufah menuju Khurasan dengan alasan, memerangi tentera dajjal. Pada 26 Feb 2021, Biden mengumumkan bahawa mereka telah mengebom beberapa kawasan tentera pro Iran di Suriah sebagai pembalasan dendam kerana Iran mengebom kedutaan Amerika baru² ini di Iraq.


Pembantaian besar²an yang berlaku di Kufah dan pencerobohan Tentera Sufyani ke sempadan Iran, menyebabkan kebangkitan tentera dari Timur yang dipimpin oleh Syuaib bin Soleh, fizikalnya kulit kuning atau sawo matang, tiada jambang dan berjanggut berbangsa ajam iaitu bukan di kalangan orang Arab (inilah sebabnya ulama nusantara berkata, Tamim Ad-Dari orang Melayu). Maaf, bukan sahaja Melayu bangsa ajam, Bangladesh pun ajam. Ajam ini, asalkan bukan Arab.. maka mereka digelar ajam.


Persoalannya, dari manakah kemunculan julung kali Tentera Panji Hitam? Mereka muncul dari Estakhar di Iran. Mereka menuju ke Khurasan bagi menyekat kemaraan tentera sunni yang kejam ini. Akhirnya, Tentera Sufyani telah dikalahkan di Khurasan, menyebabkan Sufyani sekali lagi mengirimkan tentera lebih besar memasuki Khurasan dan terus menuju ke Estakhar diketuai seorang Jeneral dari bani Umayyah, ya sunni juga. Ia perang sunni syiah kerana kononnya, pembalasan dendam apa berlaku di Suriah. Bukan lagi perang politik sebagaimana sekarang. Ia ditaja oleh barat, Freemason Illuminati dan sebagainya. Tentera besar ini memulakan peperangan di Qom, Iran. Semua nama bandar ini saya telah terjemahkan dalam bahasa moden memandangkan bahasa asli bagi setiap negeri ini di dalam hadis, sangat berbeza. 


Berbalik kepada bahagian 3 lepas, saya memilih calon Imam Mahdi mestilah ada sejarah terlibat berperang sebelum dia dibaiah, di mana identitinya masih tidak dikenali ketika itu. Kemungkinan besar, dia adalah dari keluarga Husain dan bukan Hasan. Jika keluarga Hasan, benarlah pendapat ulama' bahawa dia menetap di Madinah dan seorang warak, alim dan guru. Di sini saya bongkarkan apa terjadi semasa di Khurasan, Qom dan Estakhar. Ketika tentera panji hitam ini menentang pencerobohan bani Sufyani di Iran, berlakulah satu peristiwa di mana Syuaib iaitu ketua Panji Hitam bergabung dengan Imam Mahdi. Bukan.. nanti dahulu, ketika itu Imam Mahdi belum lagi diangkat menjadi Imam Mahdi. Untuk memudahkan cerita, kita namakan dahulu beliau sebagai "Muhammad". Ada tiga tentera bergabung ketika itu menentang tentera Sufyani dari menceroboh Iran. Satu Bani Hashim, Satu Pemuda Bani Tamim dan satu lagi kelompok ahlul bait dipimpin "Muhammad". Ketua Bani Hashim dikatakan merupakan bapa saudara Syuaib menurut pendapat ulama' dan mereka bertiga (termasuk Muhammad) ada kaitan darah daging yang kuat. Jeneral Perang dari Bani Hashim adalah Jeneral Besar atau mungkin Presiden sessuatu negara yang tidak diketahui kerana ketika menyerahkan panji hitam kepada Syuaib, sangat menonjolkan kredibiliti bahawa beliau seorang bangsawan atau Jeneral besar. Ada ulama' berpendapat, mungkin Erdogan? Tidak mungkin Abahcow mahupun atokcow!


Peperangan besar ini bermula di Iran atau lebih tepat di Khurasan. Bani Tamim bergabung dengan beberapa tentera dari Al-Hashimi untuk mengekang kemasukan tentera Suriah di Iran, dan berhasil mengalahkannya dengan izin Allah. Sekali lagi, adakah Basyar Assad yang menyerang Iran? Mustahil, bukan? Mestilah ketika itu, Basyar Assad telah digulingkan terlebih dahulu dan naiknya kepimpinan sunni pro barat menentang Syiah. Ulama' sukar hendak menceritakan benda ini. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Hadis ini daif. Sebagaimana hadis keturunan Hasan juga daif kerana mursal, salah seorang perawinya berusia 7 tahun. Panjang cerita ini, kena belajar ilmu rijal hadis. Daif bukan wajib tolak. Sebab² menjadi daif, hanyalah kerana kekurangan dari sudut perawi hadis itu.


Kemudian tentera Panji Hitam keluar bersama-sama 5,000 orang penduduk Khurasan yang di bawah pimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi. Seandainya mereka ini menghadapi gunung, nescaya dihancurkannya. Rasulullah menggambarkan, mereka ini hebat walaupun kumpulan mereka kecil. Sudah tentu komando kerana komando bergerak dalam kumpulan kecil. Mereka berperang menentang kemaraan pasukan as-Sufyani, terus menggempur mereka dan berjaya membunuh mereka dalam jumlah yang besar dari Khurasan hingga ke Kufah dan Baghdad. Tempoh konflik peperangan ini berlangsung selama 18 bulan. Bukan menang sahaja, adakalanya kalah juga. Tentera ini bergabung dengan tentera ahlul bait dipimpin "Muhammad", di Estakhar di Iran. Itulah sebabnya ketika Iran mengumumkan akan memerangi Amerika pada Januari 2020, saya begitu terperanjat apabila sekelompok tentera berpakaian hitam menutupi muka dari kalangan ahlul bait di Iran mengatakan, kami akan berjuang bersama Khomeini. Ini isyarat bahawa memang di Iran, terdapat tentera ahlul bait dan mungkin juga "Muhammad" ada di situ! Itulah sebabnya mengapa teknologi AI tidak dapat mengesan beliau kerana Iran menutup semua data dalaman negara.


Dukacita dimaklumkan, apa yang menyedihkan, tentera panji hitam kalah besar kerana tentera pro barat pimpinan Sufyani ini semakin bertambah. Mungkin juga kerana Tentera Amerika menyertai mereka untuk menceroboh Iran. Wahhabi mencanangkan bahawa Tentera Amerika di Tanah Arab adalah Bani Asfar. WTF, bani asfar orang rom, bukan orang Amerika. Kalau andaikata tentera Itali atau tentera Russia, okaylah juga, kan? Betul tak?


Kalah besar! Ya.. kita sering dihidangkan cerita, Panji Hitam menang 24 jam. Sabar, hero kena kalah dulu. Inilah menyebabkan sebahagian tentera Tamim Ad-Dari lari menuju ke Baitul Maqdis kerana mungkin telah mendapat janji perlindungan dari Hamas dan Al-Qassam manakala tentera ahlul bait melarikan diri ke Madinah. Tentera bani hashim menuju ke tengah laut dengan kapal.


Keseluruhan masa peperangan ini adalah 18 bulan. Ia pembantaian ke atas Syiah secara besar-besaran dan negara Iran runtuh, tiada lagi Khomeini dan naiknya Raja Shah Iran ketika itu. Semua tentera panji hitam bersembunyi, sebahagian tentera bani Tamim masih di sekitar Iran dan Iraq, tentera bani Hashim juga bersembunyi dan mereka memilih lautan sebagai tempat mengasingkan diri. Tentera ahlul bait bersembunyi merata² di Tanah Arab. 


Sembunyi bukan kerana takut, tetapi seolah² mereka tahu, ketua baharu akan muncul. Ketika 18 bulan masa terjadi, mereka tahu Allah akan mengirim Al-Muntazar. Mereka tidak sedar, Al-Muntazar pernah bersama mereka di Qom, Khurasan, Estakhar, Karbala dan Kufah. Ketua yang mempunyai kredibiliti dan IQ tinggi untuk menghadapi peperangan seterusnya. Inilah peristiwa buruk bagi tentera yang tidak pernah dikalahkan, mereka tewas. Iran tumbang. Yahudi bersorakan dan memenuhi semua bandar di Khurasan hingga Esfahan meraikan kemenangan itu. Jalur laluan dari Iran ke Falastin telah terbuka luas untuk Yahudi dan bukannya untuk tentera Panji Hitam lagi.


Bersambung

Bahagian 6 di https://terataktok.blogspot.com/2021/02/sunni-syiah-bersatu-menuju-al-malhamah_27.html?m=1

Baca dari Bahagian 1 di https://terataktok.blogspot.com/2021/02/sunni-syiah-bersatu-menuju-al-malhamah_26.html?m=1

Comments

Popular posts from this blog

Perintah Tetap Ketua Polis Negara H602

PERINTAH TETAP KETUA POLIS NEGARA H 602 POLIS BANTUAN 1. Pendahuluan Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis, No.41/67 dan Peraturan-Peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U.(A) 461 bertarikh 21hb, Disember, 1970). Ketua Polis Negara boleh, atas permohonan agensi-agensi yang menubuhkan Polis Bantuan menggunakan apa-apa nama yangbersesuaian dengan matlamat dan penubuhan agensi berkenaan. 2. Tafsiran Pegawai Polis Bantuan bermaksud mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 47 Akta Polis 1967 dan diberikan kuasa-kuasa dan keistimewaan-keistimewaan untuk menjalankan tugas-tugas polis di dalam sesuatu kawasan yang ditetapkan di bawah kawalan agensi Polis Bantuan. Agensi Polis Bantuan Mana-mana jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, agensi syarikat atau organisasi yang memperolehi kelulusan secara bertulis dari Ketua Polis Negara di bawah Seksyen 50 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan kuasa-kuasa dan keistimewaan-keistimewaan untuk menjalankan tugas-tugas pol

Beyond The Future Era FoE

A life beyond Future Era  First things first: FE is the second best age in this game, SAAB is the best. If you plan on aging up, you either do it to go to SAV tp help on AA in GvG, or you planning on staying in SAAB because it is the best GBG age to be in. Second thing you should know: AF and OF suck big time because you won’t be able to reach high attrition anymore (expect your FE attrition to be cut in half)   and because you can’t really rush the ages beyond FE (because of the special goods that you can’t trade), you’ll be in these ages for a while and you will hate it. But as soon as you reach SAM it’s all fine again and SAAB is fun again. So if you still plan on aging up, this is what you should do: First make sure you advance on the continent maps. You should have zero problems fighting AF, OF and VF maps with Hover Tanks. Make sure you’ve done these cmaps before aging up to AF. It’s on the SAM cmap where you will need to

Penyakit hati - Waswas dan Lintasan Hati

Sering kali ia dikaitkan sebagai pelupa dan nyanyuk (lupa bilangan solat, lupa wuduk, mandi wajib berjam-jam dan sebagainya). Sebetulnya, ia bukan penyakit pelupa seperti itu.  Antara sebab penyakit lintasan hati adalah luka hati, dengki, takbur, baru masuk Islam, dan berbagai lagi. Syaitan dari kalangan jin akan membisikkan di dalam hati atau memberi bayangan sewaktu kita melaksanakan ibadat atau bila-bila masa. Ada yang terkena setiap hari, ada yang terkena sebulan sekali, ada yang jarang terkena. Mungkinkah qarin? Jawapannya tidak kerana qarin tidak berupaya menjejaskan seseorang itu walaupun bisikannya setiap detik kerana kita juga dibantu oleh bisikan malaikat. Jika diturutkan dengan lintasan waswas itu, nescaya ia mendorong kita menjadi jahat.  Contohnya: 1. Jika sebab baru masuk Islam, ia akan mula meragui keesaan Allah dan ingin kembali ke agama asalnya. 2. Jika disebab dengki, ia akan menganiaya orang yang didengkinya itu. 3. Jika disebabkan luka hati, dia akan murung dan meng