PERATURAN & TATATERTIB KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PERATURAN DAN TATATERTIB KOLEJ KEDIAMAN UTeM (Pindaan 2018) 

 

BAHAGIAN I: PERMULAAN

  1. ​'UTeM' ertinya Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

  1. ​Ini Peraturan & Tatatertib Kolej Kediaman Universiti Teknikal Malaysia Melaka (pindaan 2018).

  1. ​'Kolej Kediaman' ertinya kawasan yang mengandungi apa-apa perumahan, baik apa pun dinamakan, yang disediakan oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka, untuk kediaman pelajar.

  1. ​'Pelajar' ertinya seseorang pelajar berdaftar dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, secara sah.

  1. ​"Penghuni' ertinya seorang pelajar berdaftar yang menghuni di dalam sesebuah Kolej Kediaman secara sah.

  1. ​"TNC (HEPA)' ertinya Ketua Pegawai Tertinggi di Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni yang dilantik oleh Menteri.

  1. ​Pentadbiran Kolej Kediaman UTeM diterajui oleh Pengurus Asrama dan Penolong Pengurus Asrama.

  1. ​'Pengetua' ertinya pegawai yang dilantik oleh TNC HEPA, bertanggungjawab ke atas segala pentadbiran, aktiviti dan kebajikan penghuni Kolej Kediaman dan dibantu oleh Felo yang dilantik. Pengetua bertanggungjawab menguatkuasakan Peraturan dan Tatatertib Kolej Kediaman.

  1. ​'Dewan Makan/Kafetaria' ertinya mana-mana ruang/tempat dalam kawasan Kolej Kediaman yang digunakan/dijadikan tempat makan.

  1. ​'Pentadbiran Kolej Kediaman' ertinya terdiri daripada Pengurus Asrama, Penolong Pengurus Asrama, dan Penyelia Asrama.

  1. ​'Pengurusan Kolej Kediaman' ertinya terdiri daripada Felo, Pengetua Kolej Kediaman, Pentadbiran Kolej Kediaman dan TNC HEPA.

BAHAGIAN I: PERMULAAN

  1. ​'UTeM' ertinya Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

  1. ​Ini Peraturan & Tatatertib Kolej Kediaman Universiti Teknikal Malaysia Melaka (pindaan 2018).

  1. ​'Kolej Kediaman' ertinya kawasan yang mengandungi apa-apa perumahan, baik apa pun dinamakan, yang disediakan oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka, untuk kediaman pelajar.

  1. ​'Pelajar' ertinya seseorang pelajar berdaftar dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, secara sah.

  1. ​"Penghuni' ertinya seorang pelajar berdaftar yang menghuni di dalam sesebuah Kolej Kediaman secara sah.

  1. ​"TNC (HEPA)' ertinya Ketua Pegawai Tertinggi di Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni yang dilantik oleh Menteri.

  1. ​Pentadbiran Kolej Kediaman UTeM diterajui oleh Pengurus Asrama dan Penolong Pengurus Asrama.

  1. ​'Pengetua' ertinya pegawai yang dilantik oleh TNC HEPA, bertanggungjawab ke atas segala pentadbiran, aktiviti dan kebajikan penghuni Kolej Kediaman dan dibantu oleh Felo yang dilantik. Pengetua bertanggungjawab menguatkuasakan Peraturan dan Tatatertib Kolej Kediaman.

  1. ​'Dewan Makan/Kafetaria' ertinya mana-mana ruang/tempat dalam kawasan Kolej Kediaman yang digunakan/dijadikan tempat makan.

  1. ​'Pentadbiran Kolej Kediaman' ertinya terdiri daripada Pengurus Asrama, Penolong Pengurus Asrama, dan Penyelia Asrama.

  1. ​'Pengurusan Kolej Kediaman' ertinya terdiri daripada Felo, Pengetua Kolej Kediaman, Pentadbiran Kolej Kediaman dan TNC HEPA.

BAHAGIAN II: PERATURAN AM

​1. Syarat Mendiami Kolej Kediaman.

  • ​1.1 Semua pelajar Tahun Satu adalah diMESTIkan menginap di Kolej Kediaman.

  • ​1.2 Semua ahli MPP diberi keutamaan menginap di Kolej Kediaman, manakala empat orang pemegang jawatan utama MPP diwajibkan mendiami Kolej Kediaman.

  • ​1.3 Pelajar tahun akhir diberi keutamaan menginap di Kolej Kediaman jika masih terdapat kekosongan tempat.

  • ​1.4 Pelajar di tahun pengajian selain daripada dalam para 1.1 hingga 1.3 boleh dipertimbangkan untuk mendiami Kolej Kediaman sekiranya terdapat kekosongan. Namun demikian pelajar yang aktif dalam persatuan akan diberi keutamaan.

​2. Penempatan Pelajar

  • ​2.1 Penentuan bilik, blok dan kolej bagi seseorang pelajar adalah ditentukan oleh pentadbiran Kolej Kediaman.

  • ​2.2 Setelah diperuntukkan sesebuah bilik, penghuni tidak boleh berpindah ke bilik lain tanpa mendapat kebenaran secara bertulis daripada pihak Pengurusan Kolej Kediaman.

  • ​2.3 Pentadbiran Kolej Kediaman boleh mengarahkan seseorang penghuni mengosongkan bilik/blok atau berpindah ke tempat lain pada bila-bila masa.

  • ​2.4 Jika seseorang penghuni dikehendaki berpindah dan/atau mengeluarkan semua barang kepunyaannya, ia hendaklah berbuat demikian dalam tempoh yang diberi.

  1. ​Setiap penghuni adalah bertanggungjawab terhadap semua kemudahan yang disediakan dan memastikan bahawa kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik sehingga tamat tempoh kediamannya.

  1. ​Seseorang penghuni hendaklah menggunakan premis Kolej Kediaman dengan cermat dan sewajarnya dan tidak boleh melakukan sesuatu yang mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan kepada mana-mana bahagian kawasan atau bangunan atau kepada apa-apa benda atau kelengkapan di dalamnya.

  1. ​Dalam menggunakan premis Kolej Kediaman dan kemudahan di dalamnya, seseorang penghuni hendaklah memastikan supaya ia tidak menyebabkan apa-apa kesusahan, kegusaran, halangan atau kacau ganggu kepada mana-mana orang lain.

  1. ​Penghuni hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan elektrik.

  1. ​Penghuni bertanggungjawab mengemaskan bilik masing-masing dan menentukan segala kelengkapan serta pakaian tersusun rapi. Pakaian tidak boleh disangkut di tingkap.

  1. ​Setiap penghuni dikehendaki membayar ganti rugi ke atas apa-apa harta Universiti yang hilang, musnah atau rosak yang ia bertanggungjawab yang berpunca dari kecuaian penghuni sendiri. Sebagai tambahan, tindakan tatatertib juga boleh dikenakan.

  1. ​Penghuni adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap diri dan harta bendanya.

  1. ​Stor simpanan barang-barang adalah kawasan larangan bagi penghuni dan tidak dibenarkan memasukinya kecuali dengan kebenaran Pengetua/bagi pihak Pengetua.

​11. Peraturan Semasa Cuti

  • ​11.1 Semasa cuti semester, penghuni dikehendaki mengeluarkan semua harta benda persendirian dari biliknya dan menyerahkan kunci ke Pejabat Kolej Kediaman.

  • ​11.2 UTeM tidak bertanggungjawab atas sebarang harta benda persendirian yang ditinggalkan semasa cuti.
  • ​11.3 Pelajar yang ingin menyewa dalam masa cuti semester, boleh membuat permohonan di Pejabat Kolej Kediaman selewat-lewatnya seminggu sebelum dari tarikh bermula cuti. Hanya permohonan yang mendapat sokongan fakulti dan/atau Pejabat Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni sahaja yang akan dipertimbangkan.

  • ​11.4 Pihak pentadbiran Kolej Kediaman berhak menetapkan blok/bilik sewaan.

​12. Pelawat

  • ​12.1 Waktu melawat adalah seperti mana yang ditetapkan iaitu:-
    • Hari Isnin hingga Jumaat: 5.00 ptg hingga 10.00 mlm
    • Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am: 8.00 pagi hingga 10.00 mlm
  • ​12.2 Semua pelawat mestilah memakai pas pelawat yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan UTeM.

  • ​12.3 Pelawat dan tetamu hanya boleh berada di luar blok kediaman Kolej Kediaman.

  • ​12.4 Blok siswi adalah kawasan larangan kepada mana-mana pelawat/siswa kecuali.

  • ​12.5 Blok siswa adalah kawasan larangan kepada siswi.

  • ​12.6 Makanan tidak halal di sisi agama Islam tidak boleh dibawa sama sekali ke dalam Kolej Kediaman.

​BAHAGIAN III: TATATERTIB KOLEJ KEDIAMAN MAHASISWA

  1. ​Tiada seseorang boleh memasuki bilik atau berada di dalam bilik yang diduduki oleh seseorang penghuni kecuali penghuni itu sendiri. Dengan syarat bahawa perenggan ini tidaklah dipakai bagi seseorang pegawai, pekerja atau agen UTeM yang memasuki bilik itu bagi maksud menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawabnya, atau bagi seseorang yang memasukinya atau berada di dalamnya mengikut sesuatu kebenaran yang diberi oleh atau bagi pihak Pengetua. Dan selanjutnya dengan syarat bahawa perenggan ini tidak boleh disifatkan sebagai melarang seseorang pelajar daripada memasuki bilik seseorang penghuni dari jantina yang sama untuk lawatan bagi maksud sosial yang biasa.

  1. ​Adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab penghuni untuk memastikan supaya sekatan-sekatan dalam perenggan (1) dipatuhi dengan sewajarnya.

  1. ​Seseorang penghuni tidak boleh melakukan sesuatu untuk menghalang, merintang atau menahan seseorang pegawai, pekerja atau agen UTeM dari memasuki bilik penghuni itu dan menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawab di dalam bilik itu.

  1. ​Seseorang penghuni selepas jam 12.00 tengah malam, tidak boleh berada di luar Kolej Kediaman kecuali dengan kebenaran Pengetua atau bagi pihak Pengetua. Penghuni yang ingin keluar dari Kolej Kediaman dan akan balik lewat mestilah mendapatkan kebenaran Pengetua atau bagi pihak Pengetua.

  1. ​Selepas jam 12.00 tengah malam, tiada seorang penghuni lain boleh berada dalam bilik/blok tersebut kecuali dengan kebenaran yang diberi oleh Pengetua atau bagi pihak Pengetua.

  1. ​Keadaan senyap hendaklah diwujudkan di Kolej Kediaman dan di kawasan sekelilingnya di antara pukul 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi. 'Headphone' atau 'earphone' hendaklah digunakan untuk mendengar radio pada waktu tersebut.

Berbual bising yang boleh menganggu penghuni lain adalah ditegah pada sepanjang masa.

  1. ​Tiada seseorang pelajar dan tiada sesuatu pertubuhan badan atau kumpulan pelajar boleh mengatur, mengurus, menjalankan atau membantu dalam mengatur, mengurus, menjalankan atau menyertai apa-apa judi, pertaruhan atau loteri dalam Kolej Kediaman. Sebarang bentuk perjudian adalah diharamkan sama sekali di kawasan Kolej Kediaman.

  1. ​Tiada seseorang penghuni boleh memiliki atau di bawah jagaannya atau kawalannya apa-apa bahan lucah di dalam Kolej Kediaman. Tiada seseorang pelajar dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh membahagi-bahagi, mengedar atau mempamerkan atau menyebabkan dibahagi-bahagi, diedar atau mempamerkan atau dipamerkan atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam membahagi, mengedar atau mempamerkan, apa-apa bahan lucah di dalam Kolej Kediaman, seseorang penghuni adalah disifatkan sebagai membahagi-bahagi, mengedar atau mempamerkan sesuatu bahan lucah, tidak kira sama ada pembahagian, pengedaran atau pameran itu adalah untuk mendapat bayaran atau apa-apa balasan lain. Tiada seseorang penghuni boleh dengan sengaja melihat atau dengan sengaja mendengar apa-apa bahan lucah di Kolej Kediaman.

  1. ​Tiada seseorang boleh meminum atau memiliki atau di bawah jagaannya atau kawalannya apa-apa minuman keras dalam Kolej Kediaman. Seseorang penghuni yang didapati dalam keadaan mabuk akibat dari meminum minuman keras adalah bersalah dan boleh dikenakan tindakan.

  1. ​Tiada seseorang penghuni boleh memiliki, mencetak, menerbit, membahagi-bahagikan atau mengedarkan apa-apa dokumen atau bahan bercetak berbentuk hasutan, propaganda, subversif atau apa-apa jua dokumen atau bahan bercetak yang boleh mengancam keselamatan negara dalam Kolej Kediaman. Seseorang penghuni yang didapati melanggar arahan ini adalah bersalah dan boleh dikenakan tindakan.

  1. ​Pelajar adalah sama sekali dilarang membawa makanan tidak halal di sisi agama Islam ke dalam Kolej Kediaman.

  1. ​Tiada seseorang penghuni memiliki atau bawah jagaannya atau kawalannya apa-apa dadah atau racun.

  1. ​'Ragging' dalam segala bentuk apapun adalah dilarang sama sekali. Permainan yang membahayakan seperti membaling 'waterbomb', mercun dan bunga api dan sebagainya adalah juga dilarang dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

  1. ​Segala jenis penampalan seperti gambar, poster, nota-nota kuliah dan sebagainya di dalam atau di luar bangunan dan juga kawasan Kolej Kediaman adalah dilarang sama sekali kecuali di papan kenyataan yang telah dikhaskan oleh Kolej Kediaman. Perbuatan menconteng atau melukis pada sebarang harta benda Universiti termasuk dinding, tembok, pintu dan lain-lain adalah dilarang sama sekali.

  1. ​Pihak Universiti berhak melakukan pemeriksaan bilik pelajar dan harta benda Universiti pada bila-bila masa.

  1. ​Kenderaan pelajar hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan untuk pelajar. Semua kenderaan yang memasuki kawasan Kolej Kediaman hendaklah mematuhi peraturan lalulintas seperti yang terdapat dalam Akta Universiti. Hanya kenderaan yang telah didaftarkan dengan Bahagian Keselamatan dan mempamerkan stiker sahaja dibenarkan diletak di tempat letak kenderaan.

  1. ​Penghuni adalah dilarang mengeluarkan apa-apa perintah ataupun arahan kepada mana-mana staf yang bertugas di Kolej Kediaman.

  1. ​Penghuni dilarang berbahasa kesat dan kasar atau lucah.

  1. ​Penghuni mestilah sentiasa berkelakuan baik, beradap sopan, bertanggungjawab dan memelihara maruah dan tatatertib sesuai dengan taraf pelajar UTeM.

  1. ​Penghuni dilarang menggunakan kasut semasa memasuki mana-mana bilik kediaman di Kolej Kediaman.

Kasut hendaklah disimpan dan disusun kemas di dalam bilik penghuni. Menyimpan/ menyusun kasut di luar bilik penghuni hanya dibenarkan di rak kasut yang disediakan.

  1. ​Penghuni yang didapati menyalahgunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh UTeM seperti telefon awam dan sebagainya akan dikenakan tindakan tatatertib.

  1. ​Pelajar adalah dilarang merokok dalam bangunan Kolej Kediaman dan mana-mana kawasan larangan merokok.

  1. ​Pelajar tidak dibenarkan menggunakan kenderaan bermotor selepas jam 12.00 tengah malam.

  1. ​Hanya peralatan elektrik yang dibenarkan sahaja boleh dibawa dan hendaklah didaftarkan ke Pejabat Kolej Kediaman.

Peralatan Elektrik Yang Dibenarkan Dibawa Ke Kolej Kediaman

  • Tanpa Bayaran:
    • ​a) Set Komputer
    • ​b) Komputer (desktop)
    • ​c) Laptop
    • ​d) Printer
    • ​e) Scanner
    • ​f) Pengecas bateri
  • Dengan Bayaran (RM5):
    • ​a) Kipas meja
    • ​b) Lampu belajar
    • ​c) Mesin gunting rambut
    • ​d) Cerek/jug elektrik
  • Dengan Bayaran (RM10):
    • ​a) Pengering rambut
    • ​b) Seterika (wajib beserta papan penggosok)
    • ​c) Radio
    • ​d) Pembakar roti
    • ​e) Peti ais mini (atas sebab kesihatan dengan kebenaran Timbalan Naib Canselor (HEPA))

Had Bilangan Kebenaran Membawa Peralatan Elektrik Persendirian Pelajar Di Kolej Kediaman

  • Seorang pelajar: Setiap pelajar hanya dibenarkan membawa 4 unit peralatan elektrik yang berbeza sahaja.

  • Jumlah peralatan: Setiap bilik hanya dibenarkan mendaftar 1 unit sahaja bagi peralatan:
    • ​a) Cerek
    • ​b) Seterika
    • ​c) Radio
    • ​d) Pembakar roti
    • ​e) Peti ais mini
  1. ​Pelajar/Penghuni tidak boleh terlibat dalam sebarang perniagaan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Pengetua/bagi pihak Pengetua Kolej Kediaman.

  1. ​Pihak Universiti dari masa ke semasa memberi secara lisan atau bertulis, apa-apa perintah, suruhan atau arahan yang difikirkan perlu atau sesuai untuk memelihara ketenteraman atau tatatertib dalam Kolej Kediaman dan perintah, suruhan atau arahan itu boleh pada amnya mengenai semua pelajar atau sesuatu golongan atau jenis pelajar atau seseorang pelajar dan adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pelajar yang diberi perintah, suruhan atau arahan itu mematuhi dan melaksanakannya.

  1. ​Tindakan tatatertib sepertimana terkandung di dalam Akta Universiti Dan Kolej Universiti, 1971 akan dikenakan kepada semua penghuni yang melanggar peraturan Kolej Kediaman.

BAHAGIAN IV: PERATURAN DI DEWAN MAKAN/KAFETARIA

  1. ​Semua makanan dan minuman yang tidak halal di sisi agama Islam tidak dibenarkan dibawa masuk ke Kolej Kediaman/Dewan Makan/Kafetaria.

  1. ​Penghuni mestilah berpakaian kemas dan sopan serta hendaklah sentiasa dalam keadaan tertib semasa berada di Dewan Makan/Kafetaria untuk mengambil atau menikmati hidangan makanan.

  1. ​Penghuni tidak dibenarkan memakai baju tanpa berlengan dan berseluar pendek semasa berada di Dewan Makan/Kafetaria.

  1. ​Peralatan Dewan Makan/Kafetaria tidak boleh dibawa keluar dari Dewan Makan/Kafetaria.

​BAHAGIAN V: PERATURAN KESELAMATAN

  1. ​Penghuni adalah dikehendaki memastikan pintu dan tingkap bilik masing-masing sentiasa berkunci apabila meninggalkan bilik.

  1. ​Penghuni-penghuni tidak dibenarkan memasak.

  1. ​Pembakaran mercun, bunga api dan sampah sarap adalah dilarang sama sekali.

  1. ​Penggunaan heater bergelung (immersion) adalah dilarang.

  1. ​Penghuni mestilah sentiasa berwaspada bagi mengelakkan berlaku sebarang kebakaran.

  1. ​Penghuni tidak dibenarkan merosak, menyusup atau memanjat pagar.

  1. ​Penghuni-penghuni hendaklah mematuhi peraturan mencegah kebakaran dan mana-mana peraturan yang dikeluarkan mengenainya.

  1. ​Kenderaan seperti kereta, motor, basikal yang diletakan di tempat-tempat yang disediakan hendaklah sentiasa dikunci dengan selamat.

  1. ​Penghuni adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan harta peribadi. Pihak Kolej Kediaman tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan harta tersebut.

  1. ​Sebarang kerosakan di Kolej Kediaman yang boleh mengancam keselamatan penghuni hendaklah dilaporkan kepada pihak pengurusan dan/atau pentadbiran Kolej Kediaman dengan segera.

  1. ​Sebarang keadaan yang mencurigakan dan mengancam keselamatan penghuni hendaklah dilaporkan kepada pihak pengurusan dan/atau pentadbiran Kolej Kediaman.

BAHAGIAN VI: PERATURAN PAKAIAN

  1. ​Semua penghuni/pelajar dikehendaki mematuhi etika berpakaian sepertimana yang terkandung di dalam Buku Peraturan Pakaian & Penampilan Pelajar.

  1. ​Pelajar tidak dibenarkan memakai purdah (menutup muka).

  1. ​Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar/skirt ketat atau bertampal dan tidak kemas/tidak sopan.

  1. ​Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar/skirt pendek di luar bilik blok Kolej Kediaman.

  1. ​Pelajar tidak dibenarkan memakai baju tidak berlengan di luar bilik/blok Kolej Kediaman.

  1. ​Pelajar dinasihatkan supaya berpakaian kemas dan berkelakuan sopan semasa berada di dalam dan luar kampus sebagai menjaga nama baik pelajar, keluarga dan UTeM.

  1. ​Pemakaian kain sarung, kaftan, dan baju tidur tidak dibenarkan di luar bilik/blok kecuali di tempat-tempat yang berkaitan dengannya.

​BAHAGIAN VII: PERATURAN TATATERTIB ASRAMA

(Cabutan dari Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971)

  1. ​Tiada seorang pun boleh memasuki atau berada di dalam bilik yang diduduki oleh seseorang pelajar. Perenggan ini tidak terpakai bagi seorang Pegawai, pekerja dan agen Universiti yang memasuki bilik itu bagi maksud menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawab atau bagi seseorang yang memasukinya atau berada di dalamnya mengikut sesuatu kebenaran yang diberi oleh Pengetua atau bagi pihak pengetua.

  1. ​Adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab seseorang pelajar menetap mempastikan supaya sekatan-sekatan dalam perenggan (1) dipatuhi bagi bilik yang diduduki olehnya. Seseorang pelajar menetap tidak boleh melakukan sesuatu untuk menghalang, merintang dan menahan seseorang pegawai, pekerja atau ejen Universiti daripada memasuki bilik pelajar, menetap dan menjalankan tugas-tugas, kewajipan atau tanggungjawabnya di dalam bilik itu.

  1. ​Seseorang pelajar yang tinggal di sesuatu Kolej Kediaman adalah tertakluk kepada budibicara dan kuasa mutlak Universiti.

  1. ​Universiti boleh jika menghendaki seseorang pelajar menetap, mengosongkan tempat tinggalnya atau berpindah ke tempat tinggal lain yang disediakan oleh universiti pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab.

BAHAGIAN VIII: PERATURAN KECEMASAN

​1. Peraturan Kebakaran

  • ​1.1 Sekiranya berlaku kebakaran, penghuni yang mula-mula sekali melihatnya hendaklah memberitahu Pengetua atau Felo atau Pejabat Kolej Kediaman atau Pihak Keselamatan yang berdekatan dengan segera.

  • ​1.2 Alat penggera kebakaran perlu dibunyikan.

  • ​1.3 Penghuni Kolej Kediaman perlu keluar daripada bilik masing-masing dan berkumpul di tempat yang selamat.

​2. Bencana Alam (banjir, gempa bumi, ribut, bangunan runtuh)

  • ​2.1 Sekiranya berlaku bencana alam penghuni hendaklah mengosongkan bilik dan mendapatkan bantuan.

  • ​2.2 Penghuni hendaklah menyelamatkan diri dengan melalui laluan yang selamat serta mengikut arahan yang diberi.

  • ​2.3 Berkumpul di kawasan lapang yang jauh dari bangunan/tempat bencana.

  • ​2.4 Penghuni Kolej Kediaman perlu menghubungi Pengetua/Felo atau pihak keselamatan dengan segera.

​3. Rawatan Kecemasan

  • ​3.1 Jika berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan pada waktu pejabat, penghuni perlu menghubungi staf Kolej Kediaman atau pengawal keselamatan. Staf Kolej Kediaman bertanggungjawab memastikan penghuni berkenaan mendapat perkhidmatan ke hospital/klinik terdekat.

  • ​3.2 Jika berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan di luar waktu pejabat, penghuni perlu menghubungi felo/pengetua/JAKSIS/pengawal keselamatan. Pengetua/Felo/pengawal keselamatan bertanggungjawab menghantar penghuni berkenaan mendapatkan perkhidmatan ke hospital/klinik yang berdekatan. Pengetua Kolej Kediaman boleh mengeluarkan surat pengesahan (Guarantee Letter) bagi urusan kemasukan ke wad hospital berdekatan.

​Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.


BAHAGIAN IX: TINDAKAN/DENDAAN BAGI KESALAHAN YANG DILAKUKAN DI KOLEJ KEDIAMAN

Etika

  • Bil 1: Berjudi - Tindakan: Rujuk Tatatertib

  • Bil 2: Bergaduh - Tindakan: Rujuk Tatatertib

  • Bil 3: Mencuri - Tindakan: Rujuk Tatatertib

  • Bil 4: Penyiaran haram (cetak/elektronik) - Tindakan: Denda RM100

  • Bil 5: Ragging/mendera - Tindakan: Rujuk Tatatertib

  • Bil 6: Mendatangkan mudarat kepada diri dan orang lain - Tindakan: Denda RM50

  • Bil 7: Perlakuan sumbang yang melanggar kesopanan, seperti: i. Berpegangan tangan, ii. Bercium, iii. Berdua-duaan di tempat yang mencurigakan, iv. Bersekedudukan, v. Homoseksual/lesbian, vi. Lain-lain perlakuan yang dianggap sumbang - Tindakan: Rujuk Tatatertib

b. Perlakuan ke arah gangguan seksual

  • Bil 8: Gangguan seksual: i. Persetubuhan haram, ii. Berduaan tanpa pakaian, iii. Mengandung tanpa nikah, iv. Lain-lain perlakuan yang boleh dianggap menimbulkan gangguan seksual - Tindakan: Rujuk Tatatertib

Barang Terlarang

  • Bil 8: Menghisap/memilik/menjual/mengedar rokok - Tindakan: Denda RM 100

  • Bil 9: Meminum/memiliki/menjual/mengedar minuman keras - Tindakan: Rujuk Tatatertib

  • Bil 10: Penyalahgunaan/memiliki/menjual / mengedar dadah/racun - Tindakan: Rujuk Tatatertib

  • Bil 11: Bermain/memiliki / menjual/mengedar/mercun/suar - Tindakan: Denda RM50 & Rampas

  • Bil 12: Melihat/memiliki / mengedar bahan lucah (cetak/elektronik) - Tindakan: Rujuk Tatatertib

  • Bil 13: Menggunakan/memiliki peralatan / senjata merbahaya - Tindakan: Rujuk Tatatertib

Kesalahan di kolej kediaman

  • Bil 14: Berpindah bilik tanpa kebenaran - Tindakan: Denda RM50 & Kembali ke bilik asal

  • Bil 15: Membenarkan setinggan di dalam bilik / rumah - Tindakan: Denda RM20

  • Bil 16: Tidur di tempat yang tidak dibenarkan - Tindakan: Denda RM10

  • Bil 17: Membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam - Tindakan: Denda RM50

  • Bil 18: Menghilangkan kunci - Tindakan: Denda RM10 setiap unit

  • Bil 19: Tidak pulang kunci dalam tempoh yang ditetapkan - Tindakan: Denda RM 20 & caj sewaan/hari (maks. RM 100)

  • Bil 20: Memiliki kunci pendua bilik lain - Tindakan: Denda RM50

  • Bil 21: Memiliki peralatan elektrik tanpa kebenaran / yang tidak dibenarkan - Tindakan: Denda RM50 & Rampas

  • Bil 22: Menggunakan / memiliki elemen pemanas (immersion heater) - Tindakan: Denda RM30 & Rampas

  • Bil 23: Memasak / memiliki peralatan memasak di kolej kediaman - Tindakan: Denda RM50 & Rampas Peralatan

  • Bil 24: Tidak menutup suis elektrik / air - Tindakan: Denda RM20

  • Bil 25: Membuat ampaian di tempat yang tidak dibenarkan - Tindakan: Denda RM 10 & Rampas

  • Bil 26: Menjejaskan kebersihan dan kekemasan bilik / rumah / kolej kediaman - Tindakan: Denda RM30

  • Bil 27: Tidak menggunakan cadar / sarung bantal - Tindakan: Denda RM10

  • Bil 28: Memasang selak pintu / mangga - Tindakan: Denda RM20 & gantirugi

  • Bil 29: Melakukan amalan pemujaan yang dilarang - Tindakan: Denda RM20

  • Bil 30: Meletak kenderaan di tempat larangan - Tindakan: Rujuk Peraturan Lalulintas UTeM

  • Bil 31: Menampal poster / iklan tanpa kebenaran - Tindakan: Denda RM20

  • Bil 32: Melakukan aktiviti/perhimpunan tanpa kebenaran - Tindakan: Rujuk Tatatertib

  • Bil 33: Menghalang / menahan staf daripada menjalankan tugas - Tindakan: Rujuk Tatatertib

  • Bil 34: Tidak hadir aktiviti wajib - Tindakan: Bayar RM 20

  • Bil 35: Ponteng sembahyang Jumaat - Tindakan: Rujuk ke Pusat Islam

  • Bil 36: Ingkar arahan pihak kolej kediaman - Tindakan: Rujuk Tatatertib

  • Bil 37: Memelihara haiwan - Tindakan: Denda RM50

  • Bil 38: Menjalankan perniagaan tanpa kebenaran - Tindakan: Denda RM50 & Rampas

Menyalahgunakan kemudahan

  • Bil 39: Merosakkan harta benda kolej / universiti - Tindakan: Denda RM50 & Gantirugi

  • Bil 40: Menyalahgunakan kemudahan - Tindakan: Denda RM50

  • Bil 41: Menceroboh tempat larangan / terhad - Tindakan: Denda RM50

  • Bil 42: Mengubah kedudukan perabot bilik / rumah / kemudahan kolej kediaman - Tindakan: Denda RM30 & Susun semula ke tempat asal

  • Bil 43: Menyalahgunakan alat pemadam api - Tindakan: Denda RM100 & Gantirugi

  • Bil 44: Pendawaian haram - Tindakan: Denda RM50 & Rampas Gantirugi

  • Bil 45: Menipu / pemalsuan dokumen - Tindakan: Rujuk Tatatertib

  • Bil 46: Menipu / memalsukan kenyataan - Tindakan: Rujuk Tatatertib

  • Bil 47: Meniru tandatangan mana - mana pegawai - Tindakan: Rujuk Tatatertib

  • Bil 48: Salah guna kad pelajar - Tindakan: Rujuk Tatatertib


Nota:

  • ​Segala barang rampasan hendaklah dituntut pada setiap hujung semester (selepas minggu ulangkaji) setelah denda dijelaskan.

  • ​Barang rampasan yang tidak dituntut dalam tempoh setahun selepas rampasan akan dilupuskan.





Catat Ulasan

0 Ulasan