Berikut adalah nota Faedah Terbitan & Ex Gratia untuk penjawat awam:
🕊️ Bila Berlakunya Tragedi: Apa Hak Waris?
Nota ini merupakan panduan lengkap tentang bantuan kewangan bagi waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam tugas (kes kemalangan 1 Mac 2026). Fokus utama adalah memastikan kebajikan keluarga—isteri, anak-anak, dan ibu bapa—terjamin melalui beberapa saluran:
* Bantuan Segera: Tuntutan RM3,000 untuk pengurusan jenazah dan kos pengangkutan jenazah mengikut resit (WP6.4).
* Sokongan Bulanan: Isteri dan anak layak menerima Pencen Terbitan (walau khidmat kurang 10 tahun) dan Pencen Tanggungan tambahan kerana faktor "Bencana Kerja".
* Bayaran 'Lump Sum': Ganjaran perkhidmatan, pampasan GCR, dan Ex Gratia Kematian sehingga RM150,000 (bergantung tempoh khidmat).
* Istimewa Bencana Kerja: Waris layak mendapat bayaran pukal RM20,000 serta bayaran bulanan khas di bawah skim Ex Gratia Bencana Kerja (WP6.3).
* Bonus Akhir: Kerajaan memberikan 1KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) secara automatik sebelum pengiraan faedah dibuat untuk memaksimumkan jumlah yang diterima waris.
Ringkasnya: Kerajaan menyediakan "payung terjun" kewangan yang pelbagai agar keluarga yang ditinggalkan tidak terbeban, terutamanya apabila kematian berlaku demi tugas negara.
Kajian kes :
Pegawai Awam Gred H1 telah meninggal dunia akibat kemalangan semasa menjalankan tugas rasmi pada 1 Mac 2026.
Tarikh lantikan 1 Disember 2020 dan telah disahkan jawatan serta telah diberi taraf berpencen. Tarikh Pergerakan Gaji : 1 Oktober.
Beliau telah berkahwin, mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak berumur 8 tahun dan 10 tahun. Beliau juga meninggalkan ibu berusia 70 tahun manakala ayah telah meninggal dunia.
Apakah tuntutan yang layak dibuat oleh waris dan faedah yang bakal diterima oleh waris?
1. Bayaran mengurus jenazah
* tuntutan dibuat melalui jabatan terakhir
* amaun RM3,000 bayaran sekaligus
* perlu tuntut dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian
* rujukan borang dan dokumen sokongan : Pekeliling Perbendaharaan WP6.4
2. Bayaran pengangkutan jenazah
* bayaran untuk membawa jenazah dari tempat kematian di dalam negara ke tempat pengebumian atau penyempurnaan mayat di dalam negara
* tuntutan mengikut resit berdasarkan perbelanjaan sebenar yang munasabah
* perlu tuntut dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian
* Sekiranya kemudahan pengangkutan jenazah disediakan oleh jabatan atau ditanggung oleh pihak lain, Bayaran Pengangkutan Jenazah bagi perjalanan tersebut tidak lagi boleh dituntut
* rujukan borang dan dokumen sokongan : Pekeliling Perbendaharaan WP6.4
*Rujukan untuk maklumat di bawah adalah MyPPSM Persaraan dan Faedah Persaraan (Ceraian PP1.2.1 dan PP1.2.8) dan juga Akta Pencen 1980
3. Pencen terbitan
* Isteri dan anak2 gemulah akan menerima pencen terbitan secara bulanan walaupun pegawai berkhidmatan kurang drpd 10 tahun. Kiraan pencen adalah terhad 1/5 daripada gaji akhir pegawai.
* Syer isteri : 2 syer, syer anak : 1 syer setiap seorang
* Ibu/bapa bukan penerima pencen terbitan
* Isteri layak terima pencen terbitan seumur hidup walaupun berkahwin semula
4. Ganjaran dan GCR terbitan
* Isteri, anak2 dan ibu akan layak menerima ganjaran dan GCR terbitan
* Syer bagi ganjaran dan GCR terbitan :
* Isteri dan anak2 : 9/10
* Ibu : 1/10
* Bayaran dibuat secara sekaligus, bukan bulanan. Formula adalah sama seperti kiraan ganjaran dan GCR sekiranya pegawai bersara.
5. Pencen Tanggungan
* Sekiranya anggota mati akibat menanggung bencana, mendapat kemalangan atau menghidap penyakit, atau mati dalam tempoh tujuh (7) tahun dari tarikh itu, orang tanggungannya layak diberi pencen tanggungan sebagai tambahan.
* Waris yang layak :
Jika layak dibayar kepada balu, anak dan ibu/bapa
Balu : 1/6 x gaji
Anak (tiap seorang) 1/48 x gaji
Ibu/Bapa : 1/12 x gaji
*kiraan berbeza bila waris yang layak berkurang
* Pencen tanggungan bukan menggantikan pencen terbitan, ia nya adalah tambahan kepada faedah sedia ada
* Balu hilang kelayakan pencen tanggungan apabila berkahwin semula.
6. Ex Gratia Kematian Sekaligus (kuatkuasa 1 Januari 2020) – Rujukan Ceraian PP1.2.8
* Pemberian sekaligus bagi kematian pegawai awam yang berkhidmat kurang daripada 240 bulan (20 tahun)
* Layak untuk skim pencen dan skim KWSP
* Kadar adalah mengikut tempoh perkhidmatan :
\le 60 bulan : RM150,000
61 - 120 bulan : RM100,000
121 - 180 bulan : RM75,000
181 – 240 bulan : RM50,000
\ge 241 bulan : Tiada
* Tidak diberikan bagi kes kematian yang disahkan akibat membunuh diri.
* Syer bagi ex gratia kematian :
* Duda/balu : 9/10
* Ibu/ bapa (mendahulukan ibu) : 1/10
*sekiranya tiada waris yang layak, tiada bayaran ex gratia kematian akan dibuat.
* Diuruskan bersekali dengan permohonan Faedah Terbitan yang lain (skim pencen)
* Skim KWSP – jabatan perlu mohon kepada JPA Pencen.
7. Ex Gratia Bencana Kerja (Faedah Kematian) - Rujukan Pekeliling Perbendaharaan WP6.3
* bayaran faedah kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang ditimpa Bencana Kerja - “Bencana Kerja” ertinya bencana yang disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang terbit daripada dan dalam masa menjalankan tugas rasmi
* “Tugas rasmi” ertinya:
(i) tugas jawatan;
(ii) tugas-tugas berkaitan urusan pejabat;
(iii) semasa menjalani aktiviti kursus;
(iv) menghadiri peperiksaan perkhidmatan awam yang melibatkan urusan pengesahan perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tugas hakiki pegawai; dan
(v) arahan-arahan lain yang diiktiraf sebagai urusan rasmi Kerajaan.
* Faedah bagi kes kematian adalah berkuat kuasa sehari selepas tarikh kematian Pegawai.
* Terdapat 2 jenis bayaran bagi ex gratia Bencana Kerja faedah kematian :
* Ex Gratia Waris Pukal (EXWP) : bayaran sekaligus sebanyak RM20,000.00 kepada waris yang layak dan dibahagikan secara sama rata; dan
* Ex Gratia Waris Bulanan (EXWB) : bayaran bulanan kepada Waris mengikut kelayakan berikut :
a. Balu/duda sehingga meninggal dunia;
b. Anak2 yg belum berkahwin sehingga umur 21 thn atau tamat ijazah pertama;
c. anak OKU dan tidak berupaya menanggung diri sendiri;
d. ibu/bapa menerima bayaran sehingga meninggal dunia, jika tiada balu/duda dan anak.
* Bayaran tidak akan diagih semula jika mana2 waris hilang kelayakan
* Permohonan ex gratia bencana kerja adalah melalui Portal Sistem Ex Gratia Bencana Kerja (https://exgratiabk.treasury.gov.my)
Nota Tambahan :
* Pegawai yang meninggal dunia sebelum tarikh pergerakan gaji layak dibayar KGT diawalkan pada tarikh meninggal dunia, tertakluk telah mendapat kelulusan PPSM (rujukan terkini U.P.9.1.1 Dasar Kelayakan Pemberian PGT)
* Oleh itu, semua kiraan faedah terbitan termasuk pencen, ganjaran, GCR, ex gratia akan menggunakan gaji yang telah dinaikkan 1KGT.

0 Ulasan