RAHSIA KURUS MACAM KILAT

Jangan Mudah Kena Game, Geng!

Zaman sekarang ni, bukak TikTok, IG, atau X (Twitter), melambak gila video before-after orang turun berat badan. Yang acap kali viral mestilah kisah-kisah yang kontroversi dan drastik.


Kalau setakat cerita "Aku turun 20kg dalam masa setahun," netizen macam kita ni mesti pandang sebelah mata je, kan? Tak heran langsung! Kita semua lagi mudah terbeliak biji mata dan kagum nak mati bila dengar cerita jenis: "Turun 20kg dalam masa sebulan!" atau apa-apa je jenis transformasi yang magis dan mendadak.


Persoalannya... dorang yang kongsi cerita tu menipu ke?


Sebenarnya, dorang tak menipu pun, tapi dorang cuma mempermainkan keadaan.



Turun 13kg Seminggu! 5kg Sehari! Betul ke Sembang?

Jawapannya: Betul, tapi korang dah kena game.
Dalam program kurus mana-mana pun, memang selalu ada spesis individu yang tunjuk result berat turun sampai 10-12kg pada minggu pertama, atau hilang lebih 20kg dalam masa 6 minggu.
Dengar macam gempak nak mampus, kan? Gempak memang gempak, tapi realitinya bukan macam apa yang korang bayangkan. Pernah ada kes tau, berat turun 13kg dalam masa 6 hari, dan hari pertama je dah hilang 5kg. Pergh, wow gila!
Tapi korang rasa benda ni patut dikagumi atau patut dicurigai? Cuba pakai logik akal sat:

Macam mana logik dia manusia boleh kurangkan 5kg dalam masa SATU HARI?

  • Sebab tak makan? Eh, tak logik bro. Korang kalau tak makan seharian pun, badan cuma guna sekitar 2000kcal. Ikut sifir sains, 2000kcal tu baru bersamaan dengan 260 gram lemak (2000 / 7700). Jauh panggang dari api nak dapat 5kg!
  • Sebab bersenam non-stop? Katakanlah korang gila pergi berzumba dengan penuh momentum 24 jam tanpa henti, dan berjaya bakar 500kcal setiap jam. Total baru 12,000kcal, ataupun baru bersamaan 1.6kg. Masih tak cukup 5kg!
    Jadi, macam mana dorang buat? Nak kurangkan 5kg dalam sehari sebenarnya tak susah, tapi korang kena 'menipu' diri sendiri. Meh sini Terataktok nak bentang story sebenar.

Taktik Licik Ala Atlet Boxers & MMA

Korang yang minat layan sukan gusti MMA atau boxing mesti tahu satu momen penting sebelum perlawanan: Sesi timbang berat badan (weigh-in). Sesi ni kritikal sebab nak tentukan atlet tu layak atau tak masuk kategori berat yang dorang tandingi.
Korang tahu tak, perbezaan berat atlet MMA dalam masa 24 jam antara sesi timbang berat dengan waktu dorang melangkah masuk gelanggang boleh beza sebanyak 2 hingga 6kg!
Macam mana dorang adjust? Dorang manipulasi berat air dalam badan sebelum timbang, pastikan air tu keluar, pastu lepas setel timbang, dorang pulun minum balik untuk naikkan berat asal buat persediaan lawan. Ha, dalam artikel ni, Terataktok nak dedahkan 'magis' air ni.

Sila Hadam: 40% hingga 70% Badan Korang Tu Sebenarnya Air!

Air ni zero kalori, tapi dialah komponen paling berat dalam badan korang. Kalau berat korang 100kg, maknanya 50 ke 70kg daripada berat tu adalah air semata-mata! Banyak kan? Tapi peratusan air ni berbeza ikut umur, jantina, dengan genetik:

  • Budak-budak/Kanak-kanak: Peratusan air paling tinggi, sekitar 60-80%. Sebab tu dorang nampak soft, gebu, dan picit-picit rasa best.
  • Warga Emas: Dorang agak "kering", peratusan air dalam lingkungan 40-60% sahaja.
  • Orang Dewasa: Kita kat tengah-tengah, dalam 60-75%.
  • Fakta tambahan: Otot korang ada 80% air, tulang ada 30%, dan kulit ada 60% air.

So, apa rahsia paling senang nak cut 5kg sehari?

Mudah gila: Sebelum sesi timbang berat yang pertama tu, korang pergi togok air sebanyak 5 liter. Dah setel timbang, automatik badan korang akan flush balik lebihan air tu keluar sebab badan tak perlukannya pun. Badan kita ni bijak gila bab-bab nak seimbangkan bendalir (fluid balance).
Rasa tertipu tak? Chill, korang tak keseorangan. Ramai lagi yang kena scam dengan angka atas penimbang ni.

CARA NAK DETECT KORANG NI "GEMUK AIR" ATAU "GEMUK LEMAK"?

Ciri Utama: Cepat Turun, Cepat Naik!

Korang minum air, berat naik. Korang pergi tandas buang air kecil, berat turun. Dalam sehari, berat badan boleh main yoyo naik turun dalam +/- 1kg.
Kalau berat korang jenis acap kali yo-yo macam ni, sah-sah itu BERAT AIR, bukannya lemak. Lemak dalam tubuh tak boleh dibina dalam masa semalam, bro. Dia ambil masa yang lama untuk bertimbun bawah kulit korang. So, kalau korang bangun tidur tiba-tiba rasa acacang "eh, kenapa aku rasa macam tak kurus hari ni?", relaks. Itu bukan lemak baru, itu cuma air yang bertakung.

Badan Rasa Lembik-Lembik

Gaya pemakanan, lifestyle, tahap stres yang melampau, ataupun korang pulun bersenam berat sangat pun boleh buat badan korang alami inflamasi (bengkak) dan simpan air dalam masa yang singkat.

Ujian Lompat Depan Cermin (Do This!)

Macam bayi yang gebu sebab kandungan air tinggi, kalau badan korang rasa lembik, soft, dan bouncy, itu tanda korang tumpas dengan gemuk air. Nak tahu betul ke tak, malam ni lepas mandi, korang bukak tuala, berdiri tegak depan cermin besar, pastu melompatlah!
Kalau lepas korang dah mendarat tapi isi-isi badan korang still bergegar-gegar macam jeli gergasi, haaa... sah! Itu namanya gemuk air.

18 TIPS PADU UNTUK KECILKAN GEMUK AIR

Nah, Terataktok belanja 18 cara yang orang selalu pakai untuk manipulasi kandungan air dalam badan. Ilmu ni kalau korang khatam, korang boleh faham macam mana nak hilangkan 4kg dalam masa seminggu!

No Tip Kurang Gemuk Air Penerangan Ringkas Cara Ia Berfungsi
01 Minum Lebih Air Pelik tapi benar. Kena minum air secukupnya sampai warna urin korang jadi jernih.
02 Cut Karbohidrat Inilah 'rahsia' teragung kenapa diet low-carb boleh bagi angka turun mendadak minggu pertama.
03 Puasa & Intermittent Fasting Cara terbaik untuk sekat dan hadkan kemasukan karbo pada waktu-waktu tertentu.
04 Genetik & Hormon Faktor usia, genetik, dan suntikan hormon memang bagi kesan pada takungan air badan.
05 Urus Stres Stres melampau akan kacau kestabilan hormon korang, pastu badan paksa simpan air.
06 Bina Otot Badan Sel otot ada 70% air, tapi sebab dia dibalut fiber otot, dia akan nampak kemas, fit, dan 'kering'.
07 Kurangkan Garam Garam ni macam pasir pantai. Dia bertindak macam sponge yang serap dan pegang air.
08 Potassium & Magnesium Dua mineral ni adalah musuh ketat kepada sodium (garam). Tugas dorang stabilkan bendalir.
09 Mandi Epsom Salts Nak kurangkan 1-2kg dalam sejam? Geng atlet selalu berendam dalam air garam epsom sebab dia tarik air keluar dari badan.
10 Turunkan Berat Badan Bila berat lemak korang makin kurang, automatik air pun ikut turun sekali.
11 Detoks Cara Serat Serat ni sifat dia kering. Masa dia nak keluar jadi najis, dia akan tarik sekali air badan.
12 Detoks Guna Limau Limau atau lemon bertindak sebagai laksatif semulajadi untuk kasi lancar membuang.
13 Pre & Probiotik Jaga geng bakteria baik dalam perut (gut flora) supaya sistem pencernaan korang smooth.
14 Detoks Pakai Kafein Kafein ni bukan setakat ejen perangsang, tapi dia juga bersifat diuretik (kaki flush air).
15 Sweat Sweat Sweat! Tak kisahlah bersenam ke, masuk sauna ke, janji korang kasi badan tu berpeluh.
16 Sapu Losyen Panas Bertindak macam mini-sauna tempatan untuk kasi kulit berpeluh dan nampak tegang sekejap.
17 Jemurkan Diri Cahaya matahari pun membantu 'mengeringkan' takungan air di bawah lapisan kulit.
18 Dandelion & Suplemen Banyak produk kurus guna asas serat atau teh kurus (slimming tea) yang tinggi kafein untuk paksa korang berak kencing.

JOM BEDAH SETIAP TIP SATU PER SATU!

01. Minum Lebih Banyak Air (Kasi Urin Jernih!)

Bila badan korang tengah gemuk air, jalan penyelesaian dia bukannya dengan berhenti minum air, tapi kena minum lagi banyak air untuk flush balik air lama yang bertakung tu. Badan kita ni ada satu sistem pertahanan yang paranoid; kalau korang kurang minum air, dia akan hantar isyarat untuk simpan dan catu baki air yang ada dalam badan sebab dia takut korang mati kehausan.
Persoalannya, berapa liter nak kena minum?
Lupakan formula tipikal yang kata "1 liter air untuk setiap 25kg berat badan" yang selalu dilaungkan oleh ejen suplemen tu. Teori tu terlalu ringkas. Keperluan air kita ni berubah-ubah ikut diet korang, cuaca tempat korang tinggal (macam kat Malaysia yang bahang ni), aktiviti harian, dan faktor genetik.
Petunjuk paling senang: Tengok warna urin!
Target kita adalah untuk kekalkan warna urin sejernih yang boleh. Kalau warna kuning pekat, itu kod merah bermakna badan korang tengah dehydrated.

Gaya Terataktok: Aku sendiri tak koser nak mengira sukat liter air hari-hari, renyah gila weh! Sampai bila nak hidup berpandukan botol bersukat, kan? Tak praktikal langsung. Cara aku, aku cuma make sure aku minum air konsisten sepanjang hari ikut rasa dahaga, janji bila aku pergi tandas, urin aku nampak jernih. Simple!

FAQ Pengambilan Air:

  • Boleh tak kalau aku pulun minum gila-gila sampai 5-6 liter sehari?
    Terataktok tak galakkan! Korang bayangkan korang kencing kerap sangat macam flush tandas. Setiap kali korang flush, buah pinggang korang kena kerja keras. Kalau korang 'tekan butang flush' sampai 10-15 kali sehari, korang tengah bagi stres melampau kat buah pinggang dan boleh pendekkan jangka hayat dia. Jangan buat kerja gila!
  • Air kosong je ke dikira sebagai air?
    Eh, tak semestinya. Apa-apa makanan atau minuman yang ada air pun dikira sekali. Korang makan tembikai, makan sup, minum kopi, atau minum air bergas pun semua tu tetap menyumbang kepada total fluid intake korang.
  • Macam mana pulak dengan Air Alkali atau Air Oksigen yang mahal tu?
    Terataktok malas nak ulas panjang, tapi satu benda aku boleh jamin: Kalau korang punya pemakanan dengan lifestyle hancur, jangan haraplah air alkali harga kayangan tu boleh jadi magis korang.
    Pernah sekali aku dijemput ke satu conference yang ada tauke air oksigen ni nak taja program kurus. Tapi masa borak dengan dia, aku nampak ada sekotak rokok dalam poket baju dia. Aku terus cakap, "Macam mana bro nak sembang pasal produk 'kesihatan' dekat orang ramai kalau bro sendiri tak tunjuk gaya hidup sihat?" Memang aku tak proceed lah kolaborasi tu. Tapi tulah realiti industri suplemen sekarang—janji manis demi untung.

02. Kurangkan Gula & Karbohidrat (Rahsia Diet Cepat Kurus)

Inilah rahsia paling besar kenapa diet jenis low-carb (macam Atkins atau Keto) laku keras. Karbohidrat ni sifat dia suka pegang air. Setiap 1 gram glukosa yang korang makan perlukan 2 hingga 3 gram air untuk proses penghadaman dan disimpan sebagai glycogen dalam otot sebagai simpanan tenaga.
Badan kita memang takkan boleh proses glukosa tanpa kehadiran air. Korang pernah dengar istilah "Carbo-Loading" yang atlet larian jarak jauh selalu buat sebelum race? Dorang sengaja makan karbo banyak-banyak untuk paksa badan simpan kombinasi glukosa + air ni dalam otot supaya dorang ada tenaga simpanan yang bertahan lama semasa berlari.
Apa jadi kalau korang tiba-tiba potong karbo?
Bila korang cut nasi atau mi, paras hormon insulin korang akan merosot mendadak. Insulin ni selain kawal gula dalam darah, dia juga pegang kunci takungan air. Bila insulin turun, dia hantar isyarat kat badan: "Weh, bos dah tak hantar glukosa macam selalu. So air yang kita simpan untuk proses glukosa sebelum ni dah tak pakai. Sila buang semuanya!"
Ha! Inilah punca kenapa dalam minggu pertama diet baru, korang boleh hilang 2-3kg dengan mudah. Tapi ingat, itu BERAT AIR, bukannya lemak korang yang hancur.
Tragedi bila korang 'break diet' & makan nasi semula:
Bila korang bosan diet sekat karbo, pastu korang pergi bantai nasi kandar atau pulun buah-buahan semula, insulin korang akan terkejut dan berlaku spike (lonjakan). Badan korang pulak jadi tak cukup air nak proses glukosa yang tiba-tiba masuk melimpah-limpah tu. Apa lagi, insulin terus order badan: "Simpan air cepat-cepat!"
Kesannya? Berat korang pacu naik balik 2-3kg dalam masa seminggu! Masa ni mulalah korang rasa down, kecewa, pastu paksa diri salahkan diet tu tak berkesan. Padahal itu sains biasa bab kawalan karbohidrat dengan air.

Gaya Terataktok: Aku amalkan konsep moderate carbohydrate. Aku tak cut habis nasi sbb bagi aku makanan tu bawak bahagia, mat! Cuma aku kontrol sukatan dia tak lebih daripada segenggam penumbuk sendiri untuk sekali makan. Aku juga lebihkan karbohidrat kompleks yang tinggi fiber (macam beras perang) sebab dia bagus untuk stabilkan paras gula dalam darah. So, boleh ke tak amalkan diet rendah karbo? Suka hati kaulah! Janji korang buat pilihan berasaskan ilmu, bukan ikut-ikut orang.

03. Puasa Ramadhan & Intermittent Fasting (IF)

Konsep puasa dengan IF ni sebenarnya adik-beradik dengan konsep potong karbo tadi. Bila korang berpuasa, korang hadkan tempoh masa makan, jadi korang berjaya buat paras insulin korang berada bawah paras stabil untuk tempoh yang lama. Automatik, takungan air dalam badan pun akan berkurangan.
Tapi Awas! Cepat Turun, Cepat Naik!
Sebab tu kalau perhati masa bulan puasa, ramai gila bangga tunjuk berat turun 2-3kg sepanjang Ramadhan. Tapi baru raya pertama kedua, berat tu dah melompat naik balik semula tempat asal. Kenapa? Sebab pagi raya korang dah hadap ketupat, rendang, dengan air sirap balang. Insulin korang spike, air pun bertakung balik. Benda ni normal, so tak payah nak kalut sangat.

04. Stres Mengganggu Segalanya

Stres ni impak dia sangat merosakkan badan dari dalam secara senyap. Bila korang stres (sama ada stres kerja, kurang tidur, atau serabut putus cinta), hormon korang akan jadi cacat celaru. Kestabilan sistem pencernaan terganggu, jantung laju, dan mental koyak. Sebagai respon pertahanan (defense mechanism), badan korang akan bertindak mengunci dan menyimpan lebih banyak air. Jadi, walaupun tak boleh elak stres 100%, cubalah hidup dengan sebahagia yang mungkin. Chill-chill sudah!

05. Otot Badan: Penyimpan Air Yang Seksi

Kandungan air dalam otot kita ni sangat tinggi, nak dekat 90%! Tapi beza otot dengan lemak adalah otot ni tekstur dia mampat, kemas, dan padat. Terataktok suka bandingkan otot ni macam buah tembikai yang dibalut fiber tebal—elok je bentuk dia. Berbeza dengan lemak yang gelebeh macam jus tembikai tumpah.
So, kalau nak badan korang tak nampak bergegar atau gelebeh, masukkan sekali senaman rintangan (resistance training / angkat berat) dalam jadual korang.
Eh, perempuan boleh ke angkat berat? Tak sado macam abang sado ke nanti?
Lantaklah korang nak angkat berat macam mana pun, korang wahai kaum wanita takkan boleh senang-senang dapat otot ketul-ketul macam lelaki sebab korang kekurangan hormon testosterone. Jadi jangan takut, angkat berat cuma akan buat badan korang nampak toned dan fit!

06. Kurangkan Garam (Si Ejen Penyerap Air)

Korang perasan tak, kalau orang ada penyakit darah tinggi, benda pertama doktor pesan mesti suruh pantang garam? Sebab garam (sodium) ni macam pasir pantai yang kering, dia sifat dia menyerap air gila-gila macam sponge. Bila garam tinggi, isi padu air dalam saluran darah jadi tinggi, paip darah jadi tegang, maka tekanan darah pun naik.
Tips Terataktok nak kurangkan garam:

  • Kurangkan makan benda-benda proses yang tinggi sodium tersembunyi macam sosej, bebola ikan, nuget, dan sewaktu dengannya.
  • Kurangkan kuah-kuah banjir masa makan nasi. Tak semestinya kena makan kering kontang, cuma elakkan daripada banjirkan pinggan korang dengan kuah masin.
  • Limitkan garam sekitar 3,000mg sehari (lebih kurang satu sudu teh kecil).
  • Jangan terpedaya dengan label Himalayan salt, rock salt, sea salt, atau organic salt. Semua tu nama tetap GARAM dan kesan dia tetap sama kalau korang ambil berlebihan.
  • Boleh ganti perasa guna daun pudina, lada hitam, rosemary, atau buah pala untuk naikkan aroma masakan.

07. Tingkatkan Potassium & Magnesium

Kalau garam tu korang anggap penjahat dalam bab takungan air, mineral Potassium dengan Magnesium ni pulak adalah superhero penyelamat. Dorang ni berfungsi sebagai elektrolit yang akan melawan kerja jahat sodium dan bantu buah pinggang korang buang air lebihan lewat air kencing.

  • Lubuk Potassium: Pisang, kentang, ikan, avokado, jus sitrus, kekacang, lobak merah, kurma, dan ya... raja buah, durian!
  • Lubuk Magnesium: Dark chocolate, tofu, pisang, ikan, avokado, brokoli, oats, bayam, dan nasi beras perang.

08. Mandian Epsom Salt (Garam Epsom)

Nak tahu taktik rahsia macam mana nak buang berat 1-2kg dalam masa 60 minit? Atlet sukan gusti atau boxing selalu buat mandian garam epsom ni. Garam ni bertindak menarik keluar kandungan air dari bawah kulit korang. Aku sendiri pun ada amalkan rendaman ni 1-2 kali sebulan untuk hilangkan sengal otot. Tapi ingat, jangan pergi berendam lama sangat sampai pening kepala. Dan macam biasa, berat yang turun ni kejap je, nanti korang minum air dia naik balik.

SISTEM DETOKS SEBENAR: "JOM LAWAS"

Korang kena tahu satu benda: perkataan "DETOKS" ni sebenarnya cuma istilah fancy yang dipopularkan oleh industri pemasaran untuk menggambarkan sistem perkumuhan semulajadi badan kita (berak, kencing, berpeluh). Bahagian ni kita nak fokus macam mana nak bagi sistem perkumuhan korang lancar (melawas 2-3 kali sehari) supaya berat air tak bertakung lama.

09. Kuasa Serat (Fiber)

Serat ni sejenis karbohidrat, tapi badan kita tak boleh hadam dia. Jadi walaupun secara teori 1g serat ada 4kcal, dia tak menyumbang langsung kepada kalori harian korang sebab dia lalu je terus ke pintu belakang. Serat ni bagus sebab dia buat korang rasa kenyang lama, kawal kolesterol, dan paling penting—bantu korang membuang dengan lancar.
Sumber serat terbaik? Ambil pelbagai jenis. Gabungkan buah, sayur, bijirin, dan roti gandum penuh. Jangan makan benda sama hari-hari, bosan mat! Tapi jangan ambil berlebihan pulak (target sekitar 25-30g sehari je), kalau terlampau banyak serat tak cukup air, korang boleh kena sembelit dan perut kembung angin.

Eksperimen "Tiga Rupa Pisang" Najis Korang:

Bentuk hasil perkumuhan korang boleh bagitahu status air dalam badan:

  1. "Pisang Muda": Najis jenis keras, ketul-ketul, dan kering. Maknanya serat dah ada tapi korang kedekut air. Kena minum air lagi!
  2. "Pisang Tua": Ada bentuk memanjang yang cantik dan lembut. Tahniah! Kombo serat dengan air korang memang perfect.
  3. "Berterabur / Letupan Gunung Berapi": Jenis cirit atau berterabur. Ini tanda kandungan air terlampau banyak tapi korang kurang serat untuk ikat najis tu.

10. Air Lemon / Sitrus

Lemon, limau nipis, kasturi, atau gank sitrus yang lain adalah agen laksatif semulajadi yang sangat power untuk bantu bagi rangsangan kat usus korang membuang. Jadi tak payah bazir duit beli suplemen teh detoks mahal-mahal, korang pergi kedai mamak order Teh O Limau Ais atau Teh O Halia Limau (kurang gula) pun dah cukup padu dah!

11. Prebiotik & Probiotik (Geng Bakteria Baik)

Ramai budak muda suka minum air kultur atau makan yogurt, tapi dorang tak faham pun apa benda dorang makan. Dalam perut kita ni ada ratusan juta bakteria. Ada bakteria baik, ada bakteria jahat.

  • Probiotik: Membekalkan askar bakteria baik yang baru (contoh makanan: yogurt, keju, kimchi, miso, tempeh, dark chocolate).
  • Prebiotik: Bertindak sebagai 'makanan' untuk bagi askar bakteria baik tu kuat.
    Bila ekosistem bakteria (gut flora) dalam perut korang seimbang, bukan setakat penghadaman korang mantap, malah proses pembuangan sisa toksin pun jadi laju gila.

12. Kafein (Si Kaki Drive Air Keluar)

Sebab tulah produk kurus atau pil kurus kat luar sana kebanyakannya mesti sumbat kafein atau ekstrak teh hijau dalam produk dorang. Kafein ni bertindak sebagai stimulant (bantu naikkan kadar metabolisme) dan juga ejen diuretik (ejen yang paksa badan korang kerap buang air kecil).
Tapi adakah kafein ni bagus gila?
Tak semestinya. Kafein kalau diambil berlebihan boleh menghalang penyerapan nutrien penting macam kalsium. Sebab tu ibu mengandung, ibu menyusu, atau budak-budak tak digalakkan minum kopi berlebihan.

13. Sweat, Sweat, Sweat! (Kasi Lencun!)

Walaupun status 'berpeluh' tu bukan penentu mutlak korang punya senaman tu berkualiti atau tidak (sebab ada orang jenis susah peluh), tapi aktiviti yang bawak peluh ni memang sangat membantu dalam menyingkirkan berat air.
Badan kita berpeluh sebab nak sejukkan balik suhu dalaman badan bila berdepan cuaca panas.

Tips Kasi Peluh Letup: Korang pergi bersenam outdoor waktu petang kat Malaysia ni tanpa aircond. Ataupun kalau nak cabar diri macam atlet pro, korang boleh try pakai sweat suit (baju plastik perangkap haba) masa bersenam. Memang lencun habislah air badan korang keluar!
 

14. Losyen Panas / Krim Kurus

Terataktok nak tegaskan satu benda penting: Losyen panas TIDAK AKAN BAKAR LEMAK korang! Jangan berangan lemak tu boleh cair keluar ikut kulit. Losyen tu cuma fungsi dia macam mini-sauna setempat; dia panaskan permukaan kulit tu untuk bagi berpeluh sikit.
Kalau losyen tu ada kandungan kafein, dia akan tarik air ke permukaan kulit untuk bagi kesan kulit nampak tight (tegang) sekejap. Nanti bila kesan dia dah habis, graviti tarik balik, kulit korang gelebeh balik, pastu korang pun sapu lagi, lagi dan lagi sampai habis sebotol. Tapi kalau korang jenis suka rasa berangin panas-panas tu sambil layan Netflix, haa sapulah. Sukahati korang.

15. Sauna & Steam Bath

Aku sendiri memang hantu sauna. Sauna ni banyak kelebihan dia selain daripada sekadar buang gemuk air:
 * Mantapkan sistem kardiovaskular (jantung).
 * Kurangkan stres otak.
 * Cuci liang pori kulit (kulit jadi glowing).
 * Bantu legakan otot yang koyak lepas korang workout.
 * Alternatif terbaik untuk orang yang ada kecederaan dan tak boleh bersenam berat.

FAQ Sauna Cara Terataktok:

 * Satu sesi nak kena duduk lama mana? Cukuplah dalam 20 hingga 45 minit ikut ketahanan badan korang. Jangan sampai pengsan dalam tu pulak.
 * Boleh buat hari-hari tak? Tak payah. Seminggu buat 3 ke 4 kali dah lebih daripada cukup.
 * Berapa banyak kalori terbakar? Sejam baru terbakar dalam 100-200 kalori je, geng. So jangan ingat lepas sauna korang boleh terus bantai double cheeseburger.

AMARAN KERAS: Kehilangan air yang keterlaluan dan drastik boleh undang padah kena dehydration teruk dan boleh rosakkan organ dalaman. Sentiasa utamakan keselamatan diri, okay?
 

KESIMPULAN: JADI BAGAIMANA SEMUA ILMU NI BOLEH BANTU KORANG CUT 4KG SEMINGGU?

Jawapan jujur daripada Terataktok: Benda ni bergantung kepada nasib genetik korang, jantina, umur, berat asal, dan sedalam mana tahap disiplin korang untuk kontrol karbohidrat.
Tapi bagi aku, angka 1kg, 2kg, atau 4kg yang turun dalam seminggu tu langsung tak penting!

Faham Sains Dia, Jangan Ikut Buta Tuli!

Benda paling mahal yang korang kena bawa balik hari ni adalah PEMAHAMAN. Korang kena faham macam mana nak kawal dan manipulasi takungan air dalam badan ikut keperluan dan objektif peribadi korang.
Tak ada gunanya korang tiru taktik potong air ni secara membuta tuli semata-mata nak tengok angka penimbang turun 4kg dalam seminggu, tapi lepas tu korang melantun naik balik 5kg sebab korang tak faham apa yang berlaku pada sistem biologi badan sendiri.
So, lepas ni kalau korang nampak lagi video viral pasal ubat kurus magis boleh turun berat semalaman, atau kawan korang sembang kencang berat dia turun mendadak dalam masa tiga hari, korang dah takkan mudah panik atau rasa insecure.
Sebab apa? Sebab otak korang dah ada ilmu. Korang dah tahu yang dorang tu bukannya kurus lemak, tapi dorang cuma tengah main aci lut dengan BERAT AIR dorang je! Stay safe, stay smart, geng!

Please cut sugar (dalam makanan dan minuman).. 

Amalkan hidup sihat dengan Brisk Walk atau jogging sekurangnya sejam sehari, 6× seminggu. Jangan lupa home workout untuk bina bentuk otot tang pejal nak menarik 20 minit setiap hari


Catat Ulasan

0 Ulasan