Ada QR tapi nak bayar pula jadi problem sebab select

Aduhai, pening kepala wey! Nak bayar nasi lemak RM3 pun macam nak kena ambil exam lari berhalangan.

​Pernah tak korang terpacak depan kaunter, pastu dalam kepala pusing ligat, "Eh, kedai ni pakai QR apa pulak? TNG eWallet lepas tak? Ke kena buka app bank? Eh jap, GrabPay boleh ke?"

​Lagi parah bila nak guna PayLater. Kedai ni nak Atome, kedai sana nak SPayLater, kedai satu lagi cakap "Sorry dik, Shopee biasa boleh, Shopee PayLater tak boleh!" Sudahnya, kita tersangkut depan kaunter dengan barisan panjang dekat belakang. Rasa nak sorok muka dalam poket!

​Jom kita bedah peta pening ni satu per satu, dan tengok apa 'penyelamat' yang kerajaan tengah usahakan.



​📱 Misteri QR Code: Kedai Lain, Ragam Lain

​Sedar atau tidak, skrin telefon kita penuh dengan app semata-mata nak bayar barang. Jom tengok "spesies-spesies" kedai yang wujud sekarang:

  • Kedai A (The TNG Monopolist): Kedai ni steady, tapi dia cuma terima Touch 'n Go eWallet je. Kalau korang jenis simpan duit dalam akaun bank, memang gigit jari lah.
  • Kedai B (The Bank-Only Club): Semua QR bank (Maybank, CIMB, dll) boleh scan. Tapi pelik, e-wallet popular macam TNG, Ritzy (Ryt Bank), atau ShopeePay pulak kena rejek.
  • Kedai C (The Odd Combo): Dia tak main QR sangat. Dia nak kad debit atau GrabPay sahaja. Kombinasi yang sangat spesifik ya!
  • Kedai D (The Tech-Savvy Premium): Semua bank dan e-wallet dia terima, tapi syaratnya... kena pakai Apple Pay atau Google Pay dekat terminal kad. Siapa yang telefon tak ada fungsi NFC, memang ucap bye-bye jelah.
  • Personal account: Ini pun satu hal, bila guna personal account, e-wallet pun tak dapat scan nak bayar.

Orthodox punya orang

"Bang, ada QR?"

"Tak ada.. tapi boleh transfer ke akaun number, 01261716189, akaun bank hawau yu"

Kau rasa????

​💸 Drama PayLater: Nak Berhutang Pun Kena Pilih Bulu?

​Bila hujung bulan, fungsi Buy Now, Pay Later (BNPL) nilah penyelamat poket remaja. Tapi realitinya, kedai-kedai pun ada kegemaran masing-masing:

  • Kedai E vs Kedai F vs Kedai G: Kedai E setia dengan SPayLater. Kedai F pulak eksklusif Atome. Kedai G pulak acah-acah korporat, cuma nak Boost PayLater. Kalau kita ada satu je akaun, terpaksa lah beralih kedai.
  • Kedai H (The Heartbreaker): Ini paling friendzone. Boleh scan guna Shopee wallet, tapi bila kita tukar payment method pergi ke Shopee PayLater, system error! Alahai...
  • QR nama kompeni tapi paylater disable: Eh, kita ingatkan dia support paylater, nama kedai kat QR nama Syarikat Bermadu Nangka Padu Enterpise, tapi bila paylater, tak support ler pulak.. adoyay..

Tiba-tiba muka jadi macam gangster

Ni lagi satu hal, bila tanya "bang, QR ada tak?

Pergh.. dia punya ketat muka, jangan cakap ler. Macam kita ni miskin sangat guna QR. Lagi dahsyat, kena sindir "eh, beli kuih RM1 pun pakai QR ke?"

Kang, kalau aku tak support bisnes kau, kau cakap melayu tak tolong melayu ler, kedai kena santet ler.. padahal itu semua kau ler punca utamanya.

​🛠️ Apa Solusi Kerajaan? Bye-Bye Pening!

​Korang jangan risau, kerajaan dan pihak berkuasa kewangan (seperti Bank Negara Malaysia) sebenarnya tak duduk diam tengok kita pening lalat. Menyedari isu fragmentasi pembayaraan dan lambakan sistem BNPL yang tak seragam ni, ini langkah padu yang sedang digerakkan:

​1. DuitNow QR Ditambah Baik (Satu QR untuk Semua)

​Kerajaan terus memperkasakan DuitNow QR sebagai satu-satunya kod QR Kebangsaan. Matlamatnya jelas: satu kod QR atas meja kaunter mesti boleh imbas guna SEMUA jenis aplikasi bank dan e-wallet (termasuk ShopeePay, TNG, GrabPay, dan lain-lain). Tiada lagi istilah "Kedai B tak sokong e-wallet".

​2. Penguatkuasaan Akta Kredit Pengguna (CCA)

​Untuk isu PayLater yang bersepah dan tiada standard tu, kerajaan melalui Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB) kini menguatkuasakan Akta Kredit Pengguna (CCA).

​Melalui undang-undang ini:

  • ​Semua penyedia PayLater (Atome, SPayLater, Boost, dll) diletakkan di bawah satu payung regulasi yang ketat.
  • ​Sistem integrasi merchant diperkemas supaya peniaga tidak pening nak pilih-pilih provider, dan pengguna dapat perlindungan adil (tiada caj tersembunyi).
  • ​Di masa depan, integrasi sistem pembayaran akan membolehkan terminal atau QR yang sama menerima pelbagai pilihan BNPL dengan lebih lancar tanpa diskriminasi app.

​Kesimpulan

​Lepas ni, impian kita nak keluar rumah bawak telefon sehelai sepinggang bakal jadi lebih realistik. Tiada lagi drama salah imbas kod atau akaun PayLater kena tolak. Hidup muda-mudi pun makin smooth dan kurang stres!

​Korang sendiri paling selalu sangkut dekat kedai jenis mana?

Catat Ulasan

0 Ulasan