Skip to main content

Posts

Beli rumah tanpa deposit, zero legal fee, zero SPA?

 Beli rumah tanpa deposit, zero legal fee, zero SPA? Secara umumnya, hanya rumah dalam pembinaan sahaja yang ada tawaran sebegitu. Jika rumah dah siap? Ada juga, ia skim di bawah pinjaman LPPSA atau bantuan dari kerajaan negeri masing². Secara tidak langsung, sesiapa yang membeli rumah subsale atau rumah terpakai (second hand) sudah pasti terikat dengan bayaran deposit yang pada kebiasaannya 10% dari harga rumah. Oleh itu, sesiapa bercadang membeli rumah, katalah nilainya RM250,000, tentukan sudah ada sekurang²nya RM25,000 untuk deposit. Ada juga pihak bank melalui syarikat hartanah, peguam atau koperasi, menawarkan pakej serendah 2% deposit. Dalam kes ini, 8% deposit akan diambil semula setelah pinjaman diluluskan. Maka jika benar, sediakanlah minimum RM5000 bagi rumah berharga RM250,000.  Biasanya, (bukan sesungguhnya) ejen penjual rumah akan sebut pasal pengeluaran akaun 2 KWSP. Saya percaya, semua dari kita sudah kekurangan wang di dalam akaun 2 KWSP. Oleh itu, opsyen ini kita lang

Soalan Peperiksaan Perkhidmatan Staf Pengawal Keselamatan Gred KP11-KP18

KERTAS I Bahagian A -Pentadbiran Am Universiti Rujukan pautan di   https://docs.jpa.gov.my/ppsm/index.php/akta-perintah-am-peraturan ✅Organisasi Universiti ✅Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj 2000) Akta 605 ✅ Perintah Am ✅ Bab A  Lantikan dan kenaikan pangkat (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005. ✅Bab B  Elaun-elaun dalam perkhidmatan ✅Bab C  Cuti ✅Bab D Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 ✅Bab E  Rumah dan Bangunan Pejabat ✅Bab F  Perubatan ✅Bab G  Waktu Bekerja dan Lebih Masa ✅Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) yang sedang berkuatkuasa dan terpakai pada masa ini. ✅Panduan Pengurusan Pejabat :- Bhgn 1 : Pengurusan Am Pejabat Bhgn 2 : Pentadbiran Sumber Manusia Bhgn 3 : Keperibadian dan ketrampilan Bhgn 4 : Pengurusan Perhubungan Pelanggan Bhgn 5 : Sistem Penyampaian Perkhidmatan Bhgn 6 : Urusan Surat Kerajaan Bhgn 7 : Pengurusan Fail Bhgn 8 : Penyelenggaraan, Pemelih

Polis Bantuan (Auxiliary Police)

 Polis Bantuan sebenarnya terbahagi kepada tiga kategori. 1. Kerajaan 2. Separa Kerajaan 3. Swasta. A. Polis Bantuan dalam sektor awam ini boleh dimohon melalui SPA atas talian serta badan berkanun (tak semua ada PB). Jawatan asal mereka adalah KP iaitu KP11, KP19, KP29 dan KP41 (SSPA KP1, KP5, KP9). Makanya, kalau nak mohon PB di bawah kerajaan punya sektor, cari kod angka "KP". Contohnya, PB UiTM, UTM, UTeM dll. B. PB Separa Kerajaan ialah agensi yang ada hubungkait dengan kerajaan seperti GLC, PBT dan badan bukan berkanun. Antaranya Felda, Pos Malaysia, Majlis Daerah/Perbandaran, BSN dll. C. PB Swasta pula, adalah agensi yang tidak ada hubungkait dengan kerajaan. Contohnya PB di Aeon Mall, Afamosa Resort, Sunway etc. Boleh mohon melalui laman sesawang mereka atau laman jobstreet maukerja. Tujuan ditubuhkan Polis Bantuan agar kuasa mereka sama seperti kuasa polis di dalam kawasan sempadan agensi masing² (rujuk https://www.rmp.gov.my/orang-awam/polis-bantuan ). Ye lah, nak b

Keperluan Barang Peralatan Program Transformasi Minda

 Assalamualaikum. Sudah bersedia disahkan dalam perkhidmatan Penjawat Awam (SPA) atau Badan Berkanun? Terfikir apa nak bawa? Berikut adalah contoh, manakala bilangan adalah mengikut hari masing². Asalnya sepasang sahaja tetapi jika lebih dua malam, gandakan sepasang lagi. Contohnya, dua malam dua pasang, 3-4 malam, tiga pasang, 5-6 malam empat pasang. Barang yang perlu dibawa semasa PTM 1) Dokumen - Surat panggilan - Kad Pengenalan dan Kad Staf - Gambar passport (jika diminta di dalam surat tawaran) 2) Pakaian formal  -Baju kurung (Perempuan) -Kemeja dan seluar slight hitam (lelaki)  -Bertali leher (lelaki) -kasut hitam/berwarna gelap dan bertutup (wanita/lelaki) dan pengilat kasut hitam. -Berstokin -Tanda nama (tengok pada surat tawaran, seeloknya bawa kalau semua orang bawa). - Tali leher hitam/biru gelap - Baju Kot (jika diarahkan. Biasanya skim 41 harus bawa sesuai dengan tarafnya) - Jaket eksekutif (kelas sejuk aircond) - Seterika. (Ada setengah majikan, hantar PTM bukan di hotel/

Ujian Amali Pengesahan Staf Skim KP11

Kata Perintah Kawad Polis Bantuan BIL PERKARA KATA PERINTAH/ PERGERAKAN 1 Kawad Tanpa Senjata 1.1      Sedia Arahan kawad: “ Skuad, Skuad……. Sdia” Pergerakan: 1.        Dengan pantas angkat kaki kiri separas pergelangan kaki (angklet) atau setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak di sebelah kaki kanan. 2.        Jatuhkan tapak kaki supaya terdengar satu bunyi sahaja serentak dengan kiraan “Satu”. 1.2      Senang diri Arahan kawad: “ Senang…… Dri” Pergerakan : 1.        Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet bawa ke sebelah kiri supaya terdengar satu bunyi dengan kiraan “Satu”, 2.        Masa itu juga bawa kedua-dua tangan ke belakang tangan kanan rapat di hadapan tapak tangan kiri dan ibu jari bersilang. 1.3      Rehatkan diri Arahan kawad: “ Rehatkan.... Dri” Pergerakan: 1.        Lemahkan semua anggota badan & kepala. 2.        Tangan dinaikkan di atas punggung serentak dengan kiraan “Satu”. 1.4   Membentuk Skuad (Jadikan tiga berisan) Arahan kawad: “ Tiga barisan di ha