Skip to main content

Sunni Syiah Bersatu Menuju Al-Malhamah Al-Kubro Bhgn 3

Sukarnya teknologi AI sedia ada untuk mengesan Imam Mahdi. Kita pun buat tekaan sendiri, warga Pakistan itu Imam Mahdi! Sabar, imam Mahdi tidak dikenali melainkan satu isyarat, tentera Yahudi mengejarnya dan penduduk Madinah menyaksikan, tentera ini dibenam bumi. Itulah Imam Mahdi! Dari mana Imam Mahdi ini? Dari Iran? Tidak.. beliau telah bersama dengan tentera tidak pernah dikalahkan. Beliau aktif melibatkan diri dalam peperangan. Ini pendapat sebahagian ulama' berdasarkan hadis lain, manakala pendapat sebahagian lainnya bahawa Imam Mahdi memang menetap di Madinah seorang yang warak, ketika beliau telah dikenali, berbondong² ulama menariknya untuk berbaiah di hadapan Kaabah. 


Imam Mahdi tiada identiti sehinggalah baik ulama' mahupun musuh Islam mengesannya melalui teknologi AI dan memburunya. Benar, dia berasal dari Madinah. Ini ilmu Allah, biarlah tiba waktunya kerana Yahudi senantiasa mencari dia sedangkan tentera panji hitam dari Syam dan Iraq yang telah membina kekuatan hanya akan mengenalinya melalui pembenaman tentera dari Syam yang mengejarnya. Itu isyarat bahawa teknologi AI mungkin 5G atau 6G tetapi jauh ke hadapan sehingga dapat mengenali Imam mahdi secara detil kelak. Lambat atau cepat pasti ketahuan juga. Kifa akan cerita kisah ini pada bahagian kelima kelak, Insya Allah.


Iran bukanlah pilihan ulama' mutaakhirin untuk mengaitkan kisah akhir zaman, kerana kesyiahannya. 


Begini cerita ringkasnya, aliran al-syafie pun berbeza. Mazhab Al-syafie ini, jika kita ke Yemen dan Mesir, nescaya kita terasa bahawa Malaysia bukanlah bermazhab al-syafie. Cukup dua sahaja contoh saya cuba tanya, zakat rakyat Malaysia, guna makanan asasi atau duit? Tak puas juga soalan ini? Saya tanya lagi, mandi junub dengan air pancuran hujankah? Banyak lagi.. sebenarnya kita tak ikut mazhab al-syafie pun. Mazhab rojak! Inilah maksud saya, apabila dalam Syiah juga, berlaku sedemikian, penyelewangan sehingga mencederakan diri semasa hari Asyura. Mereka turut berpecah banyak bahagian.


Jadi, siapakah yang dapat menyatukan umat Muhammad yang berbilang mazhab dan sekte ini selain Imam Mahdi?


Jawapannya mudah, buang taksub politik, berbaiah dengan pemimpin walaupun pemimpin lemah itu tunduk dengan Amerika mahupun Yahudi. Terimalah dengan reda. Kita hidup di era fitnah duhaima, seolah esok sudah habis fitnah tetapi ada lagi fitnah lain. Sampai satu masa, di pagi hari beriman, di malam hari kafir. Semua akan terkena termasuk ulama'.. ia berterusan sehingga muncul dajjal.


Iran bukanlah tempat Imam Mahdi muncul, bahkan di Khurasan Iran tempat Dajjal dibaiah oleh Yahudi. Tetapi tidak dapat disangkal lagi, melalui beberapa penelitian terhadap hadis, Iran antara tempat markas panji hitam bermula. Mengapa Allah memilih Iran sebagai tempat Dajjal dibaiah dan tempat bermulanya perarakan Bendera Panji Hitam menuju ke Syam bakal bermula? Sangat besar perbahasannya. Nantikan sambungan bahagian 5 akan datang!


Rasulullah mengisyaratkan bahawa kubu Muslim ketika perang akhir zaman ada tiga. Barat, Selatan dan Timur. Ringkasnya, siapa tidak sanggup ke Syam (Suriah), maka menetaplah di Mesir, Yemen atau Iraq. Kenapa Yemen dan Iraq?

Yemen adalah satu kubu untuk menyekat kemaraan kapal² dari laut. Iran adalah kubu menyekat kemaraan puak musyrik (mungkin China dll) dan Rom Timur (Rusia dll) melalui laluan sutera. Mengekang kemasukan mereka, sudah cukup membantu tentera di Syam yang dipimpin Imam Mahdi!

Ya, kubu kita di Iran sudah kuat walaupun telah dikepung sepenuhnya dengan tentera US. Tetapi kubu di selatan iaitu Yemen masih menjadi konflik antara Wahhabi dan Houthi. Perang sia².. yang membunuh dan terbunuh, masing² masuk neraka. Houthi adalah aliran Syiah Zaydiyyah yang ekstrim kerana mereka ingin membina kubu kuat di sebelah selatan sedangan Wahhabi atas dana Amerika terus menghasut rakyat Yemen agar memerangi Houthi. Ia semuanya perang politik, bukan perang agama semata² iaitu sama seperti di Suriah, Iraq, Lubnan dan Afghanistan.


Sebagaimana artikel 1 lepas, kekuatan perlu dibina tapi malangnya, ada penghalang besar iaitu sekutu Amerika. Mengapa tidak sahaja negara Wahhabi menghalau Amerika sebaliknya bersekutu untuk memerangi Houthi? Itu qada dan qadar. Berimanlah kepada Qada dan Qadar. Sama seperti di Suriah, kenapa parti politik masing² tetap memerangi Basyar Assad? Tidak nampakkah rakyat sengsara dengan permainan politik? Semua itu qada dan qadar.


Iran maksum? Tidak!

Kesatuan yang wujud di kalangan ummat Islam ini akan berhasil, mungkin selepas Muslimin dan Mukminin menyedari bahawa kita semua tertipu dengan agenda Freemason dan Illuminati serta Yahudi. Tetapi belum lagi hari ini kerana syarat asas kemunculan Dajjal adalah, para ulama' dan khatib tidak lagi berbicara mengenali dajjal (mungkin kerana diharamkan oleh kerajaan?) sehingga kita rakyat biasa tergelak dan memperlekehkan teori konspirasi Dajjal ini.


Unik apabila banyak negara tahun ini, ditimpa salji. Memang ada yang kemarau, tetapi yang turun salji terlampau banyak. Ia sekaligus mendebarkan saya, adakah ini benar sebagaimana sabda nabi, merangkak dalam salji? Seolah² salji yang turun di merata tempat ini, adalah isyarat bahwa tidak lama lagi, Imam Mahdi bakal dibaiah. Malangnya sekali lagi, tiada sesiapa pun anggota tentera yang mahu pergi berbaiah melainkan 240,000 orang sahaja. Ini berdasarkan hadis lain, 70k memimpin kemenangan. ⅓ murtad (lari medan perang) dan ⅓ syahid. Angka tentera ini adalah di Syam, dan bukan di Yemen, Mesir dan Iraq.


Terkadang mungkin terdetik hati kita, mengapa mereka asyik berperang?

Sebenarnya dengan berperang ini, melahirkan tentera yang lebih berpengalaman. Sebagai contoh, lihat video tentera Taliban dikala peluru dan bom meletup sana sini, mereka selamba membuat live di fb, tiktok, youtube dll. Rasa takut, telah tercabut di hati. Tak kisah mati, sebabnya semua akan mati. Cuma pengakhiran hidup masing² berbeza. Kita di Malaysia, baru sebut covid, dah takut mati. Ini semua Wahn, bukan nak bahan.. tapi ini Wahan!. Ingat satu kisah di mana anak² Az-Zubair pernah menceritakan, aku sempat bermain lubang di bahu ayahku. Cedera akibat perang sehingga parutnya berlubang di tubuh beliau. Kita semua tahu, Az-Zubair, Saad Abi Waqqas, Muawiuyah, dll terlibat banyak peperangan sehinggalah perang Khaibar, menentang Rom. Beliau adalah komando yang menerjah pasukan Rom sehingga menggerunkan tentera rom!


Suatu hari, saya terbaca.. Iran tak akan diserang Amerika kerana Iran negara kafir. Jagalah penulisanmu. Sudah terbukti, seluruh negara arab bahkan Asia Barat telah dikelilingi Iran dengan Tentera Amerika. Jika itu teorimu, sekarang sekali lagi ingin saya bertanya, apakah yang tentera Amerika buat di Timur Tengah? Atau mengapa tiada pengkalan Amerika di Malaysia? Adakah kerana Malaysia negara Dajjal?


Laluan ke Palestin harus dibuka, lambat atau cepat, itu bergantung kepada penyatuan ummat. Sebagaimana artikel bahagian pertama, adakah ia mustahil? Kita cuba jawab kelak di bahagian 4 insya Allah.


Mungkin kita dimomokkan dengam kemunculan Dajjal di Khurasan bersama 70,000 Yahudi. Tetapi adakah Iran negara Dajjal? Ramai ulama' sepakat, Dajjal berada di kepulauan Yemen. Baiklah, selepas sungai Furat mengering, Ladang Baisan Tak Berbuah dan Tasik Tabari dan Laut Mati menyurut terjadi, belenggu dajjal akan terbuka. Apabila telah terbuka, dia tahu negara yang harus dituju adalah Khurasan kerana di sana ramai Yahudi menunggunya. Dengan adanya tentera tersendiri, Dajjal memulakan misi.. iaitu membina negara Iran? Tidak.. dia akan ke Palestin atau Madinah, wallahu a'lam, untuk membina negaranya. Sekaligus memulakan misi masuk seluruh negeri dan kampung, untuk menambahkan bilangan pengikutnya. Ia berlaku sejurus selepas Imam Mahdi menakluki rom tanpa pertumpahan darah. Diingatkan sekali lagi, ketika itu Imam Mahdi sendiri tidak tahu dajjal sudah muncul melainkan selepas menghantar komando hebat untuk menyiasat perkara ini. Komando berkuda ini, Rasulullah mengenali nama mereka, warna kuda mereka, nama bapa mereka. Sekali lagi, Rasulullah tidak mendedahkan siapakah nama mereka.


Jika kita fikir, syiah dan 71 lagi mazhab dalam Islam ini adalah kafir, bermakna umat Islam tidaklah ramai. Bagaimana kita tahu mereka kafir sedangkan Allah dan RasulNya sudah pesan, jika kamu tuduh muslim kafir, jika dia tidak kafir, bermakna kamulah yang kafir!

Perbezaan politik dan mazhab menyebabkan kita mudah sangat mengkafirkan saudara kita. Bila saudara kita talkin mayat, kita cakap kafir. Apa yang terjadi sebenarnya? Bila tidak menjaharkan basmallah ketika membaca surah alfatihah, kita mengkafirkan seseorang. Bila cinta pada ahlul bait, kita tuduh mereka kafir. Nauzubillahi min zaalik.


Kerancuan yang berlaku ini menyebabkan sukarnya membentuk penyatuan ummah. Masing² menunggu Imam Mahdi, tetapi tidak berbuat sesuatu. Persiapan pun tidak ada. Secara warasnya jika kita menggunakan akal, terbukti hanya Iran, Afghanistan dan Suriah yang kini sedang membuat persiapan untuk Imam Mahdi baik dalam bentuk laluan mahupun ketenteraan. Di manakah negara lain? Wahan.. itulah wahan.


Bersambung..

Bahagian 4 di https://terataktok.blogspot.com/2021/02/sunni-syiah-bersatu-menuju-al-malhamah_26.html?m=1

Bahagian 2 di https://terataktok.blogspot.com/2021/02/sunni-syiah-bersatu-menuju-al-malhamah_24.html?m=1

Comments

Popular posts from this blog

Perintah Tetap Ketua Polis Negara H602

PERINTAH TETAP KETUA POLIS NEGARA H 602 POLIS BANTUAN 1. Pendahuluan Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis, No.41/67 dan Peraturan-Peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U.(A) 461 bertarikh 21hb, Disember, 1970). Ketua Polis Negara boleh, atas permohonan agensi-agensi yang menubuhkan Polis Bantuan menggunakan apa-apa nama yangbersesuaian dengan matlamat dan penubuhan agensi berkenaan. 2. Tafsiran Pegawai Polis Bantuan bermaksud mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 47 Akta Polis 1967 dan diberikan kuasa-kuasa dan keistimewaan-keistimewaan untuk menjalankan tugas-tugas polis di dalam sesuatu kawasan yang ditetapkan di bawah kawalan agensi Polis Bantuan. Agensi Polis Bantuan Mana-mana jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, agensi syarikat atau organisasi yang memperolehi kelulusan secara bertulis dari Ketua Polis Negara di bawah Seksyen 50 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan kuasa-kuasa dan keistimewaan-keistimewaan untuk menjalankan tugas-tugas pol

Beyond The Future Era FoE

A life beyond Future Era  First things first: FE is the second best age in this game, SAAB is the best. If you plan on aging up, you either do it to go to SAV tp help on AA in GvG, or you planning on staying in SAAB because it is the best GBG age to be in. Second thing you should know: AF and OF suck big time because you won’t be able to reach high attrition anymore (expect your FE attrition to be cut in half)   and because you can’t really rush the ages beyond FE (because of the special goods that you can’t trade), you’ll be in these ages for a while and you will hate it. But as soon as you reach SAM it’s all fine again and SAAB is fun again. So if you still plan on aging up, this is what you should do: First make sure you advance on the continent maps. You should have zero problems fighting AF, OF and VF maps with Hover Tanks. Make sure you’ve done these cmaps before aging up to AF. It’s on the SAM cmap where you will need to

Penyakit hati - Waswas dan Lintasan Hati

Sering kali ia dikaitkan sebagai pelupa dan nyanyuk (lupa bilangan solat, lupa wuduk, mandi wajib berjam-jam dan sebagainya). Sebetulnya, ia bukan penyakit pelupa seperti itu.  Antara sebab penyakit lintasan hati adalah luka hati, dengki, takbur, baru masuk Islam, dan berbagai lagi. Syaitan dari kalangan jin akan membisikkan di dalam hati atau memberi bayangan sewaktu kita melaksanakan ibadat atau bila-bila masa. Ada yang terkena setiap hari, ada yang terkena sebulan sekali, ada yang jarang terkena. Mungkinkah qarin? Jawapannya tidak kerana qarin tidak berupaya menjejaskan seseorang itu walaupun bisikannya setiap detik kerana kita juga dibantu oleh bisikan malaikat. Jika diturutkan dengan lintasan waswas itu, nescaya ia mendorong kita menjadi jahat.  Contohnya: 1. Jika sebab baru masuk Islam, ia akan mula meragui keesaan Allah dan ingin kembali ke agama asalnya. 2. Jika disebab dengki, ia akan menganiaya orang yang didengkinya itu. 3. Jika disebabkan luka hati, dia akan murung dan meng