Sunni Syiah Bersatu Menuju Al-Malhamah Al-Kubro Bhgn 4

Pergolakan politik di Parsi pada zaman Ali, Husain dan ahlul bait adalah menjadi asbab berlakunya perpecahan besar di kalangan umat Islam. Ini kerana, mereka seolah² enggan bersekutu dengan Khalifah sedia ada sama ada Muawiyyah mahupun Yazid. Banyak fitnah berlaku di sana-sini dan ketika itu, kelompok yang menyokong ahlul bait digelar Khawarij. Istilah Syiah datang kemudian selepas itu. Pada zaman itu, cuma dua perpecaham berlaku, siapa tidak baiah dengan Khalifah, dia Khoroja (terkeluar) dari sunni. Di situlah label Khawarij diberikan kepada ahlul bait pada kelompok penyokong Ali, Husain dll.

Ulama' sering melindungi, siapakah pembunuh Husain bin Ali kerana ia memalukan sunni. Disebab itulah kelompok ini sangat membenci sunni satu ketika dahulu.

Keruntuhan akhlak di Iran berlaku di zaman Iran dipimpin Raja yang mengamalkan sistem sekular. Zaman di mana semua tidak berbaju di tepi pantai. Agama makin diselewengkan. Iran menjadi sekutu Amerika. Tetapi akhirnya keadaan itu berubah apabila kepimpinan ulama' menggulingkan Raja Shah Iran, dengan bantuan Angkatan Pengawal Revolusi Iran. Undang² pertama selepas Raja digulingkan, wajib pakai niqab bagi semua perempuan di negara Iran. Itulah yang kita saksikam pada hari ini.

Kesesatan syiah makin ekstrim, tetapi bukan semua sekte. Sekte yang ekstrim telah diketahui umum seperti Imamiah, Isna Asyaro dll. Banyak sekali. Mujurlah sekte dalam sunni tidak banyak, kerana sebahagian besar telah pupus seperti Mazhab Zohiri, Mazhab Bukhari, Mazhab Al Tsauri dll. Pupus di telan zaman berbaki 4 sahaja. Antara kesesatan Syiah ekstrim antaranya memuja Ali lebih baik dari nabi Muhammad, Allah tersalah wahyu kepada Muhammad, Al-quran tidak lengkap (panjang kisah ini), memukul diri (ratapan hari Asyura), mencerca sahabat nabi dan banyak lagi. Ketaksuban dalam mencintai ahlul bait menyebabkan mereka menyelewengkan Islam. Teringat kisah di mana Imam al-Syafie hampir dikenakan hukuman gantung kerana kecintaannya kepada ahlul bait semasa menetap di Yemen menjawat jawatan Qadhi (atau mufti). Ya, orang Yemen memang sayang ahlul bait. Sebab itulah nabi kita memuliakan Yemen kerana di sana, bangsanya amat mencintai ahlul bait. Sedikit sebanyak, ia membentuk peribadi Imam al-Syafie sendiri sehingga beliau dituduh Syiah dan hampir digantung sampai mati. Semua mati, kecuali Imam Al-Syafie dibebaskan. Terkejut bukan?

Baiklah, kita sambung topik dalam bab ketiga mengenai teknologi AI. Ia mungkin membuka mata kita sedikit mengenai Syiah yang kita takfir itu.

Suatu hari nanti, keturunan Sufyani iaitu dari jalur keturunan Muawiyah Abu Sufyan itulah diangkat menjadi khalifah (Raja, Pemerintah, Presiden) yang menyusun gerak serangan ke atas Imam Mahdi. Mereka sunni. Ia dari keluarga Abu Sufyan melalui anaknya iaitu Muawiyyah. Ia digambarkan, mengaku keturunan ahlulbait. Ketika ini, sebahagian ulama' berkata, Basyar Assad adalah Sufyani sedangkan ciri² fizikal tidak sama iaitu buruk orangnya dan rambut merah kebiruan. Bahkan Basyar Assad tampan dan bukan keluarga ahlul bait dan keluarga Sufyani. Jadi, siapakah mereka?

Sebelum al-Mahdi dibaiah, as-Sufyani akan muncul bersama-sama 360 pasukan tentera berkuda, kemudian dengan diiringi oleh 30,000 tentera yang dipimpin oleh keturunan Kalb, iaitu bapa saudaranya. Bani Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang
terbunuh di Zoragh, iaitu suatu kota di Timur Iraq di wilayah Iran.
Setelah itu, mereka menyerbu Kufah, kubu kuat Syiah. Lantas ketika itu muncullah Panji-panji Hitam dari laluan negara Iran. Yang memegang benderanya ialah seorang Pemuda dari Bani Tamim yang digelar Syuaib bin Saleh yang telah dilatih sebagai komando. Dia kemudian menyerang balas semula di Kufah dan berhasil membunuh kesemuanya.
Setelah itu as-Sufyani mengerahkan sebahagian
tenteranya pergi menyerang Madinah. Mereka
terus menyerang Madinah selama tiga hari lalu
menuju ke Makkah. Kita sambung bab ini pada bahagian 5, secara panjang lebar.

Di sini kita dapat jawapan, kemungkinan jika zaman inilah Imam Mahdi dibaiah, ia petanda bahawa Basyar Assad bakal digulingkan terlebih dahulu oleh Parti Pembangkang pro barat. Digulingkan sama ada melalui pilihanraya atau dibunuh. Akan naiklah seorang, mungkin dari parti pembangkang, atau dari ISIS sendiri, menjadi Presiden. Iraq diserang dari Syam, dan bukan dari Iran. Pemerintah Suriah ketika itu lebih zalim dari Basyar Assad. Setelah berjaya menakluki Syria melalui politik, mereka mengatur strategi meghapuskan Syiah di Iraq bagi menutupi jalan Iran ke Falastin. (Pada 26 Feb 2021, Biden iaitu Presiden Amerika telah melancarkan serangan ke atas Suriah!)

Dan kemudian datang Bani Tamim membawa panji hitam dari arah Iran. Iran membuka laluan melepaskan semua tentera Panji Hitam yang telah dilatihnya.

Maka, jika Basyar Assadlah tentera kejam itu yang akan membunuh penduduk Kufah, mengapa Iran memberi laluan kepada Panji Hitam untuk bertindak balas? Sedangkan bukankan Basyar Assad juga Syiah? Jadi apakah yang akan berlaku selepas itu?

Sebenarnya, akan muncul bani Sufyani dari bukit tandus menjadi pemerintah di Suriah. Dia sangat mempunyai pengaruh besar di Damsyik, kemudian mengutus dua bala tentara. Tentera pertama diperintahkannya menuju ke arah timur iaitu menuju ke Iraq, sedangkan tentera kedua menuju ke
Madinah. Ketika mereka sampai di negara
Iraq, tepatnya di sebuah kota yang dilaknat selama ini kerana ketaksuban syiah mereka, tentera ini membunuh lebih dari 3000 jiwa. Dan
memperkosa tak kurang dari 100 orang wanita.
Mereka menyembelih 300 kambing milik sebuah
kaum Bani Abbas.

Secara logik, Iran ingin membuka laluan dari Iraq ke Syam terus kepada Palestin dengan bantuan pemerintah Suria, tetapi yang berlaku kelak adalah sebaliknya, iaitu Bani Sufyan ini bergerak menuju selatan atau lebih tepat, ke Madinah dan Iraq.

Ingat tak, betapa sahabat nabi dan para tabiin sangat khuatir bila keturunan Sufiyan di Syam, memaksa mereka semua berbaiah sebagai Khalifah? Mereka gentar kerana ada hadis nabi menyebut mengenai peristiwa bani Sufiyan ini. Paling yang ditakuti para sahabat ialah, kemunculan dajjal. Sebab itulah beberapa sahabat cenderung untuk tidak berbaiah pada Muawiyah dan Yazid! Sewaktu Yazid mengarahkan pembunuhan Husain bin Ali, cucu kesayangan nabi, ketika kepalanya sampai di hadapannya, dia mengacah dan menonjol kepala suci itu dengan tongkatnya. Wallahi, kepala itulah yang nabi cium. Saya selitkan video kisah benar iaitu di https://youtu.be/WbPz8giHQcs. Saya sendiri tak berhenti menangis bila tonton keseluruhan episod ini. Selepas tuan puan menonton, pasti tuan puan tahu, kenapa Syiah jadi sebegitu. Tontoni dengan mata hati. Penceramah ini, Mazhab Al-Syafie. Mazhab ini terkenal dengan pencinta ahlul bait. Alhamdulillah, pengarang lahir dalam mazhab ini.

Bani Sufyani akan muncul dan melakukan
peperangan, mereka membelah perut-perut
wanita hamil dan memasak bayi-bayi  dalam kuali besar. Demikianlah kekejaman sunni pada Syiah sekali lagi. Ia sangat kejam berbanding zaman Muawiyah dan Yazid. Sebab itulah kita semua tidak pernah mendengar hadis ini dari ulama' kerana ianya memalukan! Sangat memalukan. Hanya ulama' khair akan menyebutnya.

Ini antara bentuk kekejaman yang akan terjadi di Iraq nanti atau lebih tepat, ke atas kelompok syiah. Kita tahu, penduduk di Karbala, Najaf dan Kufah kebanyakkannya pro Iran dan bandar suci Syiah. Bani Sufyan mula melakukan penghapusan etnik syiah di sana kelak!
Kebanyakan tenteranya adalah dari Bani Kalb. Dia akan membunuh ramai orang sehingga memperkosa wanita dan membunuh kanak-kanak. Penghapusan etnik bakal berlaku. Itulah yang disukai Amerika, misi mereka tercapai setelah berpuluh tahun menduduki negara Arab.

Tamim Ad-Dari adalah panglima perang yang juga akan muncul sebelum Imam Mahdi dibaiah. Beliau yang mengarak panji hitam dari timur yang dilatih di markas komando Iran yang banyak melahirkan tentera yang tidak pernah dikalahkan. Iran membuka laluan kepada tentera ini untuk terjah menakluki Iraq semula.  Jeneral Tamim Ad-Dari ini dikatakan bernama Syuaib bin Salleh. Mungkin bukan nama sebenar, mungkin nama sebenar. Wallahu a'lam. Mungkin Iran tahu maklumat ini kerana Iran yang sedang giat melatih komando di kalangan Falastin dan Taliban buat masa sekarang.  Pembukaan jalur laluan ke Palestin tetap diteruskan walaupun agak mustahil kerana laluan Tentera Panji Hitam ini harus dibuka tetapi hakikatnya laluan ini mestilah ditawan dahulu oleh Suriah melalui Bani Sufyan yang bersungguh mengatakan kami ini keturunan nabi, di kalangan sunni.

10 tahun lepas, jumhur ulama' suriah merayu kepada rakyat, agar berbaiah sahaja pada Basyar Assad, bahkan Allahyarham Sayyid Ramadan Al-Buti dibunuh kerana mereka menganggap beliau telah murtad!. Maka, siapakah ulama' suu yang mendorong kepada peristiwa pemberontakan ini? Hint.. ulama' yang berkata, DNA babi halal. Salam tangan dengan perempuan ajnabi dibenarkan, dll.

Sabar, kita masih keliru yang mana ulama' khair dan yang mana ulama' suu. Hormati mereka walaupun mereka lantang berkata, saf 1 meter. Sabar... kita tidak tahu, yang mana benar, yakni selaras dengan hadis nabi, ummat akhir zaman ini keliru. Kita cuma bertaklid sahaja. Tiada dosa pun kerana kita pasti boleh menyalahkan mereka di padang mahsyar kelak!

Sebaik² muslim di akhir zaman, dia membawa ternakannya dan menuju ke pergunungan kerana keliru dengan apa yang berlaku.

Bersambung..

Bahagian 5 di https://terataktok.blogspot.com/2021/02/sunni-syiah-bersatu-menuju-al-malhamah_27.html?m=1

Bahagian 3 di https://terataktok.blogspot.com/2021/02/sunni-syiah-bersatu-menuju-al-malhamah_25.html?m=1


Baca dari Bahagian 1 di https://terataktok.blogspot.com/2021/02/sunni-syiah-bersatu-menuju-al-malhamah_26.html

Catat Ulasan

0 Ulasan