Pingat Perkhidmatan Am (P.P.A.) di Malaysia

🛡️ Panduan Lengkap Pingat Perkhidmatan Am (P.P.A.) di Malaysia

Pingat Perkhidmatan Am (P.P.A.) adalah salah satu pengiktirafan rasmi tertinggi terhadap anggota perkhidmatan seragam di Malaysia. Ia bukan sekadar pingat, tetapi simbol penghargaan atas dedikasi, disiplin, dan kelakuan terpuji sepanjang berkhidmat.

Dizahirkan pada 29 Julai 1960.


👥 Siapa Yang Layak Menerima P.P.A.

Pada asalnya, P.P.A. hanya dikurniakan kepada anggota pasukan “Diraja” seperti:

  • Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

Namun, kini pengurniaan telah diperluas kepada pasukan beruniform lain yang menunjukkan perkhidmatan lama dan prestasi cemerlang, termasuk:

  • Jabatan Penjara
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
  • Penjawat Awam gred KP (Pentadbiran Keselamatan). Huraian lanjut lagi di bawah.
  • Dan lain-lain pasukan beruniform. Rujuk majikan anda. 

Nota: Setiap penerima tetap tertakluk kepada syarat kelayakan dan pencalonan rasmi oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri.


🎖️ Tujuan Pemakaian P.P.A.

P.P.A. dipakai sebagai pengiktirafan rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong atas perkhidmatan cemerlang. Pemakaian biasanya dilakukan semasa:

  • Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP)
  • Sambutan Hari Kebangsaan
  • Majlis istiadat rasmi lain

🏅 Proses Pengurniaan

  1. Penganugerahan Rasmi: Dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
  2. Istiadat Pengurniaan: Nama penerima diumumkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda.
  3. Pengumuman Rasmi: Nama penerima disenaraikan dalam Warta Kerajaan.

📏 Susunan Pemakaian & Kekananan Pingat

  • Pingat disematkan di bahagian kiri dada.
  • Kekananan ditentukan oleh:
    • Jenis pingat (darjah lebih tinggi diutamakan)
    • Tarikh penerimaan (lebih awal lebih kanan)
  • Jika penerima memiliki lebih daripada satu pingat, P.P.A. akan disusun selepas pingat yang lebih tinggi.

📆 Hubungan Dengan Tahun Perkhidmatan

  • Lazimnya, P.P.A. dikurniakan kepada anggota yang telah berkhidmat lebih 10 tahun dengan rekod disiplin baik.
  • Bagi pasukan keselamatan seperti PDRM dan ATM, perspektif mereka agak berbeze, iaitu boleh dikurniakan seawal setahun jika terlibat dengan operasi di sempadan negara lebih 30 hari.
  • Berbeza daripada Pingat Perkhidmatan Setia (P.P.S), yang mana kebiasaan dianugerahkan kerana berkhidmat lebih 15 tahun.
  • Jumlah perkhidmatan boleh disambung sekiranya seseorang menukar perkhidmatan selagi mana ia adalah badan beruniform.

✅ Klasifikasi Jawatan Gred KP (Pentadbiran Keselamatan & Pertahanan Awam)

Jawatan dalam gred KP penjawat awam merangkumi lima bidang utama:

  1. Penguatkuasa

    • Pegawai Penguatkuasa, Pembantu Penguatkuasa
    • Bertugas di KPDN, JPJ, Imigresen, Majlis Daerah, dan lain-lain
  2. Pendaftaran

    • Jawatan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
    • Mengurus dokumen identiti, kelahiran, kematian, dan perkahwinan
  3. Pertahanan Awam

    • Jawatan dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
    • Fokus kepada operasi kecemasan, bencana, dan latihan awam
  4. Keselamatan

    • Pembantu Keselamatan, Pegawai Keselamatan. 
    • Biasanya bertugas di Universiti Awam, AADK, Majlis Bandaraya, dan sebagainya. Sebahagiannya adalah Polis Bantuan di agensi terbabit (bergantung kepada ikhtisas dari PDRM).
    • Bertugas menjaga aset, premis, dan kawalan fizikal
  5. Keselamatan Perlindungan (CGSO)

    • Di bawah Bahagian Keselamatan Kerajaan Malaysia
    • Bertanggungjawab terhadap perlindungan maklumat dan dokumen rasmi kerajaan

Pingat Perkhidmatan Am (P.P.A.) bukan sekadar lambang prestij, tetapi juga bukti pengiktirafan negara terhadap jasa dan pengorbanan anggota perkhidmatan beruniform. Ia menegaskan nilai disiplin, kesetiaan, dan dedikasi yang menjadi tonggak keamanan dan keselamatan Malaysia.



🎨 Reka Bentuk Pingat Perkhidmatan Am (P.P.A.)

Setiap Pingat Perkhidmatan Am (P.P.A.) bukan sekadar logam atau reben biasa, ia mempunyai makna simbolik tersendiri yang melambangkan jasa, disiplin, dan kesetiaan penerima:

  • Bentuk Pingat: Biasanya berbentuk bulat dengan jata kebangsaan di tengah, lambang perkhidmatan dengan negara.
  • Reben: Warna reben mencerminkan nilai tertentu, contohnya merah untuk keberanian dan kuning untuk kesetiaan bersama Sultan dan Raja.
  • Elemen Simbolik: Setiap corak dan ukiran membawa mesej penghargaan dan pengiktirafan rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong.
  • Pemakaian: Pingat disematkan di bahagian kiri dada semasa majlis rasmi, mengikut susunan kekananan pingat lain.

Reka bentuk ini bukan sahaja menunjukkan keindahan fizikal, tetapi juga mewakili sejarah dan nilai perkhidmatan anggota beruniform yang telah lama mengabdikan diri kepada negara.




Catat Ulasan

0 Ulasan