Skip to main content

Posts

Kajian 10 Sebab Kenapa isteri curang?

Kajian antarabangsa dari paderi yang berpengalaman mengendalikan kes pengakuan di gereja (confession) telah mendapati terdapat 10 faktor mengapa isteri curang. Kepada para suami, mungkin alasan nombor 2, 3, 4 dan 6 adalah dari diri anda. Jika selain itu, adalah datang dari sikap isteri itu sendiri. Nasi kangkang tidak mampu mengelakkan isteri dari curang! 10 sebab isteri curang adalah: 1. Ada kekasih cinta lama mengganggu. 2. Ketiadaan suami (sebab kerja/PJJ) 3. Balas dendam (sebab suami pun curang) 4. Bosan Dengan Benda Sama (cuba benda baru) 5. Berzina adalah kebiasaan dan tidak salah. 6. Gersang (suami 5 minit, mati pucuk atau jarang senggama) 7. Berlagak Bagus (Diva dan superior complex) 8. Selalu ditolong lelaki (lelaki lain ambil kesempatan dengan beri pertolongan "ikhlas") 9. Mahukan perhatian orang ramai. 10. Mabuk kuasa/pangkat (kejar pangkat dan kuasa) 5 Sebab Kenapa Suami Curang 1. Seks Hambar (isteri kurang layan, kurang hangat) 2. Tidak

Sunni Syiah Bersatu Menuju Al-Malhamah Al-Kubro Bhgn 6

 Afghanistan dilabel barat sebagai negara tak pernah kalah perang. Walaupun dari segi politik, Taliban kalah. Chechnya adalah negeri tak pernah kalah zaman komunis Soviet Union, walaupun dunia tak mengiktiraf kemerdekaan Chechen. Iran adalah Persian, memang tak pernah kalah sejak beribu tahun kecuali kepada Saidina Ali sahaja.  Dan ada hadis, 3 negara tentera akan membentuk satu pakatan tentera besar bersama Imam Mahdi. Penyertaan negara Islam lain kurang, sehingga nabi mengancam, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak dalam salji. Haq tetap haq, batil tetap batil. Ulama' sembunyikan hadis, tugas kita sebarkan hadis. Sebarkan hadis walaupun satu ayat! Carilah kebenaran dengan kebenaran. Setelah sampai ke bahagian 6, mungkin juga karangan ini tidak benar. Tetapi sebahagian besar dikutip dari hadis dan pengolahan gaya cerita dibuat sesuai dengan situasi semasa dan selera gaya bacaan generasi zaman sekarang. Kesan dari kekalahan selepas 18 bulan berjuang itu menyebabkan "M

Sunni Syiah Bersatu Menuju Al-Malhamah Al-Kubro Bhgn 5

Setelah sampai ke tajuk ini, mungkin ada yang cuba memomokkan bahawa jalur laluan yang ingin dibentuk oleh Iran menuju ke Falastin adalah laluan sutera Dajjal! Boleh sahaja kita pusing cerita ini kerana kita tidak tahu pihak mana benar dan pihak mana dusta. Boleh jadi Basyar Assad itu adalah Bani Sufyani? Bukankah Syiah Alawiyah lebih kuat bertaqiyyah berbanding Syiah Imamiah? Jelas sekali di media, terdapat pembantaian tentera pro Basyar Assad hampir sama dengan hadis pembantaian Sufyani ke atas umat Islam sendiri. Kemudian, Basyar Assad ke Iraq dan melakukan pembantaian ke atas kelompok sunni yang minoriti di Kufah? Di Karbala? Kemudian barulah tentera panji hitam masuk melalui... hmmm, melalui mana? Turki? Untuk menghapuskan tentera Basyar Assad di Iraq. Ini bermakna, adakah Tentera Panji Hitam akan lalu di Iran dulu kan? Tak logik! Sama sekali tidak logik walaupun terang tertulis, dari Khurasan. Maka dengan itu, Amerika sudah membuat percaturan ini dengan menaja semua keperluan ISI

Sunni Syiah Bersatu Menuju Al-Malhamah Al-Kubro Bhgn 4

Pergolakan politik di Parsi pada zaman Ali, Husain dan ahlul bait adalah menjadi asbab berlakunya perpecahan besar di kalangan umat Islam. Ini kerana, mereka seolah² enggan bersekutu dengan Khalifah sedia ada sama ada Muawiyyah mahupun Yazid. Banyak fitnah berlaku di sana-sini dan ketika itu, kelompok yang menyokong ahlul bait digelar Khawarij. Istilah Syiah datang kemudian selepas itu. Pada zaman itu, cuma dua perpecaham berlaku, siapa tidak baiah dengan Khalifah, dia Khoroja (terkeluar) dari sunni. Di situlah label Khawarij diberikan kepada ahlul bait pada kelompok penyokong Ali, Husain dll. Ulama' sering melindungi, siapakah pembunuh Husain bin Ali kerana ia memalukan sunni. Disebab itulah kelompok ini sangat membenci sunni satu ketika dahulu. Keruntuhan akhlak di Iran berlaku di zaman Iran dipimpin Raja yang mengamalkan sistem sekular. Zaman di mana semua tidak berbaju di tepi pantai. Agama makin diselewengkan. Iran menjadi sekutu Amerika. Tetapi akhirnya keadaan itu berubah

Sunni Syiah Bersatu Menuju Al-Malhamah Al-Kubro Bhgn 3

Sukarnya teknologi AI sedia ada untuk mengesan Imam Mahdi. Kita pun buat tekaan sendiri, warga Pakistan itu Imam Mahdi! Sabar, imam Mahdi tidak dikenali melainkan satu isyarat, tentera Yahudi mengejarnya dan penduduk Madinah menyaksikan, tentera ini dibenam bumi. Itulah Imam Mahdi! Dari mana Imam Mahdi ini? Dari Iran? Tidak.. beliau telah bersama dengan tentera tidak pernah dikalahkan. Beliau aktif melibatkan diri dalam peperangan. Ini pendapat sebahagian ulama' berdasarkan hadis lain, manakala pendapat sebahagian lainnya bahawa Imam Mahdi memang menetap di Madinah seorang yang warak, ketika beliau telah dikenali, berbondong² ulama menariknya untuk berbaiah di hadapan Kaabah.  Imam Mahdi tiada identiti sehinggalah baik ulama' mahupun musuh Islam mengesannya melalui teknologi AI dan memburunya. Benar, dia berasal dari Madinah. Ini ilmu Allah, biarlah tiba waktunya kerana Yahudi senantiasa mencari dia sedangkan tentera panji hitam dari Syam dan Iraq yang telah membina kekuatan ha

Sunni Syiah Bersatu Menuju Al-Malhamah Al-Kubro Bhgn 2

Ramainya umat ini sehingga jika kita semua bersepakat berdiri sahaja di tanah Palestin tanpa berbuat apa², sudah tentu lintang pukang Yahudi melarikan diri. Tetapi Allah mencabut rasa gerun Yahudi dan Nasrani kerana umat ini cinta dunia dan takut mati. Saf solat dijarakkan kerana takut mati sedangkan penyakit ini bukan darurat. Lebih teruk taun di zaman sahabat, tetapi tiada pun berlaku penjarakan saf. Ini adalah fenomena baru melanda umat Islam yang terkena penyakit Wahn. Zaman sekarang kita menyaksikan gelaran doktor dianggap sangat tinggi ilmunya. Merekalah yang menjadi ulama suu yang menyebabkan kita jadi sebegini. Kesilapan ulama khair, mereka dahulunya menolak sistem pengajian dajjal ini. Akhirnya seperti nama bersabda secara ringkasnya, kamu melantik orang bodoh untuk menjadi ketua (agama) di kalangan kamu. Kita nampak mereka cerdik kerana phD bahkan pada hakikatnya mereka adalah bodoh (jahil) yang menjual agama Allah dengan harga murahan. Menuju akhir zaman.  Zaman sekarang, ge

Sunni Syiah Bersatu Menuju Al-Malhamah Al-Kubro Bhgn 1

Dulu Yahudi berpecah kerana politik hingga terjadi perpecahan 71 Mazhab berbeza. Kini seluruh mazhab bersatu di bawah Zionis menjadikan mereka kelihatan hebat.  Demikian juga Nasrani telah bersatu dengan 72 mazhab mereka di bawah payung Veto Amerika. Islam masih belum bersatu dari 73 mazhab yang ada. Secara khususnya, dari 73 mazhab, ada dua mazhab besar dalam Islam iaitu Syiah dan Sunni. Dua mazhab inilah jika bergabung, akan menggentarkan hati Yahudi dan Nasrani. Sering kali ulama' kedua² mazhab ini mencerca sesama sendiri dan kita pula taklid dari kalam ulama'. Percaya atau tidak, semua mazhab berpecah kerana politik. Ia bermula dengan Khawarij. Para syuhada' besar sebagaimana sabda Rasulullah ketika baginda memberi peringatan kepada Bukit Uhud, di atas kamu ada Rasulullah, As-Siddiq (Abu Bakr) dan Al-Syahid. Siapakah syahid itu sedangkan tiada lagi yang mati? Mereka adalah Umar, Uthman, Ali, Az-Zubair dll yang syahid selepas kewafatan Rasulullah. Semuanya kerana politik